Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Saya bangun pagi ini, masih lagi Menteri Besar yang sah," Ahmad Samsuri Mokhtar

10-6-2021 02:01 PM Komen: 12

Sebuah portal melaporkan, kedudukan Ahmad Samsuri (gambar) kini tersepit antara masalahnya dengan pihak istana dan wujud usaha pimpinan lain dalam Pas untuk mengambil alih tempat beliau. - Gambar fail



KUALA TERENGGANU: "Saya bangun pagi ini, masih lagi Menteri Besar yang sah," kata Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berseloroh demikian ketika diminta mengulas spekulasi yang mengaitkan dirinya kini tersepit dengan pihak istana Terengganu sehubungan dakwaan wujud usaha daripada pihak dalaman Pas untuk mengambil alih jawatannya.

Ahmad Samsuri berkata, setakat ini tidak timbul isu pertukaran Menteri Besar (MB) itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Saya rasa, bangun pagi ini, MB lagi, walaupun ada gambar 10 orang jadi Menteri Besar, bertukar setiap jam.

"Saya rasa tidak timbul lagi yang lain-lain itu. Biarlah polis jalankan siasatan," katanya.

Ditanya berhubung dakwaan perpecahan yang berlaku dalam Pas Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu juga hairan dengan perkara itu.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berhenti menabur fitnah.

"Saya pun hairan. Orang tak ingat api neraka agaknya, dia buat fitnah-fitnah begini. Jadi saya hendak seru kepada orang ramai, ingat sikit, buat fitnah itu, api neraka ada.

"Kita ini hidup lama-lama pun, akan mati juga," katanya.

Pada Selasa, Setiausaha Politik beliau, Muhyiddin Abdul Rashid, tampil membuat laporan polis berhubung artikel yang disiarkan sebuah portal yang disifatkan sebagai fitnah dan tidak betul.

Jelasnya, kandungan laporan bertajuk MB Terengganu tergugat, borang aku janji berkanun kini tersebar itu berniat jahat terhadap kredibiliti Ahmad Samsuri.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan kedudukan Ahmad Samsuri kini tersepit antara masalahnya dengan pihak istana dan juga usaha pimpinan lain dalam Pas untuk mengambil alih tempat beliau.

Satu borang 'surat akuan berkanun' dikatakan sudah disediakan untuk membolehkan para wakil rakyat Terengganu menandatanganinya bagi menyatakan kesediaan menolak Ahmad Samsuri sebagai MB.

Ia didakwa disediakan untuk ADUN kedua-dua parti, sama ada dari Pas yang mempunyai 22 kerusi atau UMNO yang mempunyai 10 kerusi.




Sumber: Astro Awani

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 12
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote farahasyiqin 11-6-2021 08:51 AM
Patut la hj hadi berbunyi, ada problem kat ganu rupe nye

Lain-lain Komen

Quote Limao 10-6-2021 02:10 PM
Dr Ahmad ni orang profesional dalam kerja. Mana selari ngan puak puak jumud dalam PAS dan golongan bayangan Tuhan tuh.
Quote alesandra 10-6-2021 02:15 PM
Skrg musim mbs pas bermasalah ke?padan la muka .cash!!nak2 lagi ko bermasalah dgn bayangan tuhan.patut la ketuai lobai smlm menggelabah tetek ..
Quote dodolgemok 10-6-2021 02:31 PM
Lobai2 mana suka tgok golongan professional memerintah, xsekufu, xyislamik katanya. Ujong2 lobai sendiri cari janda, tgok porn kat oversea. Kahkahkah!
Quote Sham143 10-6-2021 03:56 PM
Dunia akhir zaman sekarang.. Kebanyakan lobai2 sekarang ni sanggup jual agama untuk kepentingan diri dan politik..
Quote mamajawie 10-6-2021 04:04 PM
Lobai ni hanjeenggg tau sejak arwah Tok Nik mninggal semua jadi penonggeng agama..
Quote CiliPadiSedap 11-6-2021 12:34 AM
Nak tgk arab jahiliah tgk je lebai yang ada . Arab jahiliah dulu habis jual pokok kurma buat perabot.
Quote terma2nkondisi2 11-6-2021 12:49 AM
aikk.. ape yg jadikk?

bukan terengganu skang ni ok ke golongan teknokrat memimpin?
Quote Thunderclouds 11-6-2021 07:01 AM
Limao replied at 10-6-2021 02:10 PM
Dr Ahmad ni orang profesional dalam kerja. Mana selari ngan puak puak jumud dalam PAS dan golongan b ...

Kan. Kadang2 nawaitu nk jd pemimpin tu dh betul nk bkhidmat utk rakyat contohnya, tp pressure dr pucuk kpimpinan parti depa sendri yg mcm ketam dlm bakul & golongn bygn tuhan wat org mcm dia ni tsepit. Pdhal hakikatnya dlm pas tu leni ramaiiiii geng2 professional yg bgus.
Quote jas7512 11-6-2021 07:06 AM
terma2nkondisi2 replied at 11-6-2021 12:49 AM
aikk.. ape yg jadikk?

bukan terengganu skang ni ok ke golongan teknokrat memimpin?

Mmg ok tapi biaaalah some people dlm pas yg pandai ckp tapi x pabdai wat keje  sakit ati lah. .mmg nampak sgt some people dlm pas pun bkn berjuang utk agama tapi tembolok sendiri..bullshit
Quote Feno 11-6-2021 07:52 AM
menunggu juga apa kesudahan cerita balak yang besar dikatakan dari Terengganu , tu kalo buat kayu api mau rentung habis nanti tu.
Quote farahasyiqin 11-6-2021 08:50 AM
Thunderclouds replied at 11-6-2021 07:01 AM
Kan. Kadang2 nawaitu nk jd pemimpin tu dh betul nk bkhidmat utk rakyat contohnya, tp pressure dr p ...

Tu yg pelik, pas selalu claim ahli2 ramai bijok2, golongan profesional, alih2 yg jadi menteri ke mb ke semua tah apa2 dok boleh pakai setabok
Quote farahasyiqin 11-6-2021 08:51 AM
Patut la hj hadi berbunyi, ada problem kat ganu rupe nye

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top