CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Esma Daniel Terkejut, Ada Yang Ajak Kahwin Dan Mahukan Anak Bersama

10-6-2021 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3357| Komen: 26

Description: Pelakon Esma Daniel terkejut apabila menerima mesej peribadi daripada seorang pengikut di Instagram yang mengajaknya untuk berkahwin dan memiliki zuriat.
Pelakon Esma Daniel terkejut apabila menerima mesej peribadi daripada seorang pengikut di Instagram yang mengajaknya untuk berkahwin dan memiliki zuriat.

Esma berkata, dia menganggap mesej peribadi itu sekadar gurauan, tetapi perlu hati-hati ketika berhadapan dengan individu sebegini.


Foto: IG

"Tidak dinafikan saya menerima berbagai mesej peribadi daripada individu tidak dikenali di media sosial dan perkara sebegini perlu berhati-hati.

"Kadang-kadang kita tak tahu apa niat mereka. Adakah dia seorang 'scammer', penyamar atau betul-betul mempunyai niat baik. Susah saya nak kenal pasti sebab mereka tidak meletakkan foto sebenar selain ada akaun yang tidak meyakinkan.




"Namun, saya anggap dia mungkin nak bergurau. Sekurang-kurangnya adalah sesuatu yang boleh menghiburkan hati dalam keadaan sekarang ini. Tak sangka, perkongsian ini menarik perhatian ramai," katanya.

Terdahulu Isma memuat naik tangkap layar imej mesej peribadi yang dihantar seorang pengikut di Instagram yang meluahkan rasa cinta dan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya.



Menurut Esma, walaupun tidak memiliki jutaan pengikut, tetapi dia juga tidak terlepas daripada menerima mesej atau gambar yang keterlaluan.

"Selalu saja dapat mesej daripada pengikut yang bertanya khabar. Saya anggap media sosial adalah platform untuk saya berinteraksi dengan peminat.




"Tidak kurang juga ramai yang mesej minta sumbangan. Kalau ketika itu saya ada duit lebih, saya akan bagi tapi jika dia menipu itu antara urusan dia dengan Tuhan. Selain itu, ada juga menerima mesej daripada golongan tertentu, lebih-lebih lagi kalau saya muat naik gambar atau video ketika bersenam. "Tapi apa yang lebih bahaya, saya juga kerap menerima gambar atau video yang bukan-bukan, seolah-olah ada satu sindiket yang mana mereka mensasarkan individu tertentu. Tahulah industri tertua adalah pelacuran dan kita antara negara Asia yang tertinggi menonton pornografi tapi apapun perlu sentiasa berwaspada ," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 10-6-2021 11:05 AM
iols salah sorang peminat dia masa menang hero remaja dulu. hensem banget masa tu. iols lak masa tu dara sunti lagi {:spec
Quote umbut 10-6-2021 01:48 PM
X payah.. Keje ko buat anakkkkkk je.. Pastu cerai
Quote Daftpunk_shine 11-6-2021 01:15 AM
Teringat kes rr msj ngan pelakon lelaki mintak nak anak sekian2 muka..{:smile
Quote epal21 15-8-2021 05:07 PM
Esma Daniel ni mukanya macam NC UPM, Prof Roslan Sulaiman.  
Quote Hoola 15-8-2021 05:20 PM
Crush acikmasa beliau pilem xxray di era 90an..
Quote 800214 15-8-2021 05:37 PM
Daftpunk_shine replied at 11-6-2021 01:15 AM
Teringat kes rr msj ngan pelakon lelaki mintak nak anak sekian2 muka..{:smile

. I baru lepas block dia kat ig. Dulu minat gak even lepas ke anak jepun. Sejak kes vaksin meroyan teruk she oll... I block
Quote ezacbee 15-8-2021 10:23 PM
Dia ni dah tua pun nampak hensem lagi.
Kalah azhar sulaiman nampak kertu sangat.
Quote Lengkong 15-8-2021 10:25 PM
Esma dulu smart betul

Quote annadonna 15-8-2021 11:20 PM
Gitulah kalau hensemmmm
Quote cmf_premierleag 15-8-2021 11:44 PM
dia dh cerai ke dgn wife dia nitra sari tu?
dulu kemain ya tayang berendam bersama dlm jakuzi dlm urtv
Quote silampumeja 15-8-2021 11:49 PM
ezacbee replied at 15-8-2021 02:23 PM
Dia ni dah tua pun nampak hensem lagi.
Kalah azhar sulaiman nampak kertu sangat.

Azhar sulaiman giginya mengerikanla i rasa... Hahahah nasib tak pernah crush... Esma ni dulu sempat berlakon spektra jugak.. sekali sherry rasanya... Muda memang kacak hensem... Skrg agak ok la sbb berlakon pun banyak jd ayah2 org kaya... Hahahaha
Quote ezacbee 16-8-2021 12:17 AM
silampumeja replied at 15-8-2021 11:49 PM
Azhar sulaiman giginya mengerikanla i rasa... Hahahah nasib tak pernah crush... Esma ni dulu sempa ...

Time muda azhar hensem gak.
Sekarang ni kertu sangat.
Keding je badan.
Quote Potpouri 16-8-2021 12:28 AM
yewww, geli muka berpeluh2 camtu. Letaklah gambar yang hensem sikit kalau ye pun
Quote imanjannah 16-8-2021 12:33 AM
berapa umyr dah dia ni..
Quote wirazam 16-8-2021 05:12 PM
Amboi...tayang ketet ke tuh..hahaha
Quote Whitepinkrider 16-8-2021 09:38 PM
nak buat acaner.. yg elok sentiasa direbut2
Quote midori_katana 17-8-2021 10:01 AM
tak ada isteri ke heols?
(sat gi ada yg mai semboq kata iols baru keluarq gua teruih mai bergosip !)
Quote Asdira 18-8-2021 03:36 AM
Dgn sherie merlis berapa org anak diorg ek?lupa dah..
Quote Burong_Hantuk 18-8-2021 08:14 AM
dia nih blh tahan hensem masa muda

Lihat semua komen(26)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2021 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.080713 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top