CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Budak Darjah 4 Cabul Kanak-kanak Lepas Tonton Porno

10-6-2021 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1408| Komen: 5

Description: Seorang murid darjah empat mencabul kanak-kanak berusia enam tahun di Kampung Wogowela, Nusa Tenggara Timur selepas menonton filem lucah.
Seorang murid darjah empat mencabul kanak-kanak berusia enam tahun di Kampung Wogowela, Nusa Tenggara Timur selepas menonton filem lucah.

Tribunnews melaporkan, Unit Siasatan Jenayah Polis Ngada, Rai Artika berkata, hasil soal siasat terhadap saksi, mangsa dan suspek, pihaknya mendapati budak itu memperoleh video pornografi daripada seorang pekerja yang bekerja di pusat kesihatan awam.



Gambar hiasan

Katanya, suspek tidak ditahan memandangkan kanak-kanak itu masih di bawah umur.

“Kes itu dilaporkan sendiri ibu mangsa pada 19 Mei lalu. Kejadian bermula selepas mangsa diajak abangnya dan pelaku serta saksi lain mencari serbuk kayu.

“Mereka mencari serbuk itu di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Keli. Selepas itu, suspek dan seorang individu lain mengajak mangsa ke tempat lain di belakang batu besar. Di situlah suspek mengambil kesempatan mencabul kanak-kanak itu,” katanya.


Menurut Rai, selepas suspek mencabul, seorang rakan lain juga berkeinginan mencabul secara bergilir-gilir, namun, hasrat tersebut berjaya digagalkan abang mangsa.

Katanya, abang mangsa melihat adiknya dalam keadaan separuh bogel tanpa memakai seluar.


Sumber: Utusan

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 10-6-2021 10:29 AM
takut jadi kat keturunan, minta jauhkan.. bdk bdk perlu kesedaran gangaun sexual
Quote dua_chzy 10-6-2021 10:30 AM
Teringat lobai yang kata child porn sama saja dengan adult porn.

Takda kaitan. Saja nak mention.
Quote gideoncross 10-6-2021 03:49 PM
Yg ni news yg pling mnyeramkan dlm Cari.
Quote Artemesiaa 10-6-2021 04:33 PM
Jahanam kecik2 dah rosak macam tu
Quote Thunderclouds 11-6-2021 07:04 AM
Ni ler bahaye gadjet. Access to anything and everything. The good bad and ugly.

Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 12:25 PM GMT+8 , Processed in 5.263648 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top