CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

"Satu Sen Pun Tak Ada,"-Ramai Penarik Beca Tak Ada Tempat Tinggal, Tidur Di Jalanan

10-6-2021 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1542| Komen: 12

Description: Georgetown: Ketika semua penduduk berada di rumah ketika sekatan pergerakan penuh (SPP), keadaan yang berbeza berlaku terhadap sekumpulan penarik beca apabila terpaksa menjadikan pengangkutan lama itu ...
Georgetown: Ketika semua penduduk berada di rumah ketika sekatan pergerakan penuh (SPP), keadaan yang berbeza berlaku terhadap sekumpulan penarik beca apabila terpaksa menjadikan pengangkutan lama itu sebagai tempat berteduh.


Malah, tidak diketahui sama ada sekumpulan penarik beca di Lebuh Armenian di sini, mempunyai makanan bagi mengalas perut.

Setiausaha Eksekutif Urban Life Volunteers, Sarah Abdullah berkata, kebanyakan golongan ini terdiri daripada warga emas, hidup bersendirian dan mempunyai pelbagai masalah kesihatan.

Katanya, mereka juga tiada kemampuan untuk menyewa bilik, tambahan pula tiada pendapatan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Foto: Harian Metro

"Mereka terpaksa menjadikan kaki lima atau beca sebagai tempat tidur dan membersihkan diri di tandas awam berhampiran, malah kini mereka hanya bergantung kepada ihsan orang ramai yang menyumbang makanan.

"Tidak sangka begitu nasib mereka walaupun dulu menjadi nadi penggerak kepada sektor pelancongan, namun kini tiada siapa peduli," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Berikutan itu, Sarah berkata, sebagai badan bukan kerajaan (NGO), pihaknya mengambil inisiatif memberi bantuan makanan kepada penarik beca di tiga lokasi iaitu berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Jalan Penang selain Lebuh Armenian, di sini.

Katanya, pihaknya kini merekodkan seramai 120 penarik beca yang aktif di negeri ini dan menerima sumbangan makanan setiap hari.

"Kami memerlukan lebih ramai sukarelawan atau penyumbang bagi menghulurkan bantuan makanan, barang keperluan harian seperti sabun, selimut, tuala, pelitup muka atau pensanitasi tangan.

"Ketika ini kami juga dalam proses mengenal pasti keperluan mereka supaya bantuan yang sesuai dapat disalurkan menerusi dana yang diterima daripada beberapa dermawan," katanya.

Dalam perkembangan lanjut, Sarah berkata, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang bagi meneliti semula jumlah wang bantuan kepada penarik beca berjumlah RM100 untuk dinaikkan kepada RM200 sebulan.

Malah, katanya, pihaknya akan mencadangkan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) supaya memberi pekerjaan yang bersesuaian kepada mereka bagi menampung kehidupan.

"Mungkin mereka sesuai diberi tugas di bahagian pembersihan seperti mengutip sampah dengan upah yang setimpal.

"Kami juga mahu berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bagi mencari kaedah membantu golongan itu supaya nasib mereka tidak terlepas pandang," katanya.

Sementara itu, penarik beca, Surinder Singh, 58, berkata, dia sudah terbiasa tidur di dalam beca berikutan tidak mempunyai wang bagi menyewa bilik atau rumah tumpangan.

"Saya hanya ada sehelai kain yang dijadikan selimut dan membersihkan diri di tandas berhampiran.

"Pada masa ini, saya tiada satu sen pun wang di dalam poket dan hanya bergantung kepada ihsan orang ramai bagi mendapatkan makanan," katanya. -CARI

Sumber: Harian metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sidewinder 10-6-2021 09:47 AM
patut nyer masa muda2 jangan bercita2 jadi penarik beca....konon nak kekalkan warisan....nilai sejarah bla2....hidup dgn nilai sejarah....sentimental value tak akan kemana pun ....haaa tgk apa dah jadi......nak bekerja mcm org lain dah x bole sbb dah lanjut usia....
Quote jahcomel 10-6-2021 09:49 AM
Siang kt atuk2 nih...
Quote Lengkong 10-6-2021 09:52 AM
jahcomel replied at 10-6-2021 09:49 AM
Siang kt atuk2 nih...

kan..kaki dah lah berbalut ..macam mana nak cepat baik tu

Quote Skuau 10-6-2021 10:02 AM
mana yb dap yg tu...???
Quote MissVixen 10-6-2021 10:04 AM
Kesiannya. Ramai pak cik2 tua. Tak kira agama dan bangsa semua pun tersepit. Semoga cepat la covid ni hilang. Semoga makin ramai ambil vaksin dan jumpa rawatan alternatif yang berkesan.
Quote Hazi1975 10-6-2021 10:07 AM
Mudah2an ada jalan terbaik untuk pakcik2 ni
Quote monreyes 10-6-2021 10:10 AM
at one time masa skolah rendah kat mersing...
aku g balek skolah naik beca...
dlm tu ada 4 budak2 duduk...
best nya...
those days beca mmg banyak otr...
Quote kluangman 10-6-2021 10:27 AM
Skuau replied at 10-6-2021 10:02 AM
mana yb dap yg tu...???

Undi cina dah 100% secure. Nak tarik sikit undi Melayu sikit je
Quote exclusive_vvip 10-6-2021 10:27 AM
kesiannya..selama ni kerajaan pulau pinang@melaka, xde bagi elaun eh kat penari2 beca dlm rm200 ke..i sebut 2 negeri je sbb mmg fokus betul2 tang pelancongan n under warisan UNESCO kan?
Quote Skuau 10-6-2021 10:54 AM
kluangman replied at 10-6-2021 10:27 AM
Undi cina dah 100% secure. Nak tarik sikit undi Melayu sikit je

aritu aku mengata drp sudut politik...depa srh aku bersangka baik...ni ha..aku tunggu...dia tolong tak rentua ni semua.Drng pon susah gak ni..takkan main pilih2.....
Quote bulalof 10-6-2021 10:56 AM
kesian. ramai yg perlu dibantu. kalau x kerana rasuah atau ketirisan, ramai yg dpt manfaatnya...
Quote isbritneybich 10-6-2021 11:55 AM
tunggu yb sorang tu terpaling bagi bantuan. yg pasti gambar shot lawa2 tolong orang yang bukan bangsa dia

Lihat semua komen(12)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.077516 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top