Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

7 Lelaki 3 Perempuan, Wanita Lahirkan 10 Bayi Serentak

9-6-2021 01:13 PM Komen: 38
Cape Town: Seorang wanita di Afrika Selatan mendakwa melahirkan 10 bayi kembar serentak.

Ibu berusia 37 tahun itu berkata, dia menjalani proses kelahiran di sebuah hospital di Bandar Pretoria bulan ini.

Gosiame Thamara Sithole berkata, dia melahirkan tujuh bayi lelaki dan tiga bayi perempuan menerusi pembedahan dan ketika kandungannya berusia 29 minggu.

Kredit foto: Agensi


Jika benar, kelahiran itu akan memadam rekod yang pernah dicatat Halima Cisse dari Mali yang melahirkan sembilan bayi di sebuah hospital di Maghribi pada Mei lalu.

Namun, laporan itu masih belum disahkan doktor atau Guinness World Records.

Doktor memaklumkan wanita itu dijangka melahirkan enam bayi, namun jumlah itu meningkat kepada lapan selepas menjalani satu imbasan.

Ibu yang berasal dari Thembisa di Ekurhuleni itu bekerja sebagai pengurus stor sudah memiliki anak kembar dua yang kini berusia enam tahun.

Pada awal tahun ini, wanita itu memaklumkan dia mengandung, namun berdepan kesukaran dan sakit pada kaki dan pedih ulu hati.

Dia juga bimbang kandungannya tidak dapat diselamatkan kerana berisiko tinggi untuk mengandung.

Bagaimanapun, bayi yang dilahirkan diletakkan beberapa bulan dalam inkubator sebelum dia dan suami Teboho Tsotetsi, membawa anak mereka pulang.

Tehebo menganggap dirinya gembira dan beremosi dengan kelahiran ini.

Media sebelum ini melaporkan, dalam kes Cisse, doktor pada awalnya menjangka wanita itu hamil tujuh anak.

Tetapi doktor terkejut apabila mendapati ada dua lagi bayi ketika wanita itu melahirkan anak menerusi pembedahan.

Cisse melahirkan bayi lima perempuan dan empat lelaki itu mengikut jangkaan dan berkeadaan baik.

Terdahulu, Cisse yang sudah mempunyai anak bersama suaminya Kader Arby terpaksa terbang ke Maghribi pada Mac untuk mendapatkan rawatan pakar selepas kerajaan Mali tidak mempunyai kepakaran berhubung kes kehamilan seperti itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 38
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote cikdot 22-6-2021 02:27 PM
katanya pelesu uols..

https://www.astroawani.com/berit ... rtE5gr8FdftXh8hyjZI

takde rekod pun beranak 10. tatau la kot dah kena sorok ke..

Lain-lain Komen

Quote naina 9-6-2021 09:43 AM
Aduh..mesti tak larat nak jalan tu..nasib baik semua dah selamat..semoga semua bayi membesar dengan sihat
Quote TOPwind 9-6-2021 09:47 AM
kes yg rare mcm ni sepatutnya kerajaan mesti beri bantuan sampai ke u.
di China ada kembar 12 - 11 kena campak dari gunung  hanya 1 je dibenarkan idup itu undang2 diChina
Quote darkness 9-6-2021 09:48 AM
Alamak..besarnya perut dia...huhu
Quote kuzaime 9-6-2021 10:00 AM
Rezeki dia, sekali bersalin dapat 10 anak terus semoga semua baby membesar dgn baik & sihat.
Quote CatMiow 9-6-2021 10:07 AM
TOPwind replied at 9-6-2021 09:47 AM
kes yg rare mcm ni sepatutnya kerajaan mesti beri bantuan sampai ke u.
di China ada kembar 12 - 11  ...

Biar betul,  bukan ke dorang suka bagi anak2 untuk di adopt keluar negara?
Quote MoonRise 9-6-2021 10:20 AM
camna la nak jaga 10 baby sekaligus.

Quote MoonRise 9-6-2021 10:22 AM
Tapi badan manusia mmg ajaib.
Camna badan kau boleh mengembang mcm tu sekali
Quote Napansahut 9-6-2021 10:23 AM
TOPwind replied at 9-6-2021 09:47 AM
kes yg rare mcm ni sepatutnya kerajaan mesti beri bantuan sampai ke u.
di China ada kembar 12 - 11  ...

Haisshhh...maaf cakap..bodo punyer undang2 komonis china,cuba kalau dia yg kene campak apa dia rasa...
Quote jalfa 9-6-2021 10:25 AM
Wah..hebat ni..aku kembaq dua dah menonggek bawak perut..sampai skrg sakit pinggang kalo angkat benda berat sikit
Quote uori 9-6-2021 10:37 AM
ngilunya tengok perut diaaaaaa
Quote TOPwind 9-6-2021 11:54 AM
CatMiow replied at 9-6-2021 10:07 AM
Biar betul,  bukan ke dorang suka bagi anak2 untuk di adopt keluar negara?

itu yg anak dilahirkan kat luar negara yg lahir dlm negara no escape= cuba google
Quote TOPwind 9-6-2021 11:55 AM
Napansahut replied at 9-6-2021 10:23 AM
Haisshhh...maaf cakap..bodo punyer undang2 komonis china,cuba kalau dia yg kene campak apa dia ras ...

lama dah sbb tu tongkang kat msia tk mau mengaku asal sana-malu dan takut
Quote CARI-MRO 9-6-2021 01:13 PM
Cape Town: Seorang wanita di Afrika Selatan mendakwa melahirkan 10 bayi kembar serentak.


Ibu berusia 37 tahun itu berkata, dia menjalani proses kelahiran di sebuah hospital di Bandar Pretoria bulan ini.


Gosiame Thamara Sithole berkata, dia melahirkan tujuh bayi lelaki dan tiga bayi perempuan menerusi pembedahan dan ketika kandungannya berusia 29 minggu.


Kredit foto: Agensi





Jika benar, kelahiran itu akan memadam rekod yang pernah dicatat Halima Cisse dari Mali yang melahirkan sembilan bayi di sebuah hospital di Maghribi pada Mei lalu.


Namun, laporan itu masih belum disahkan doktor atau Guinness World Records.


Doktor memaklumkan wanita itu dijangka melahirkan enam bayi, namun jumlah itu meningkat kepada lapan selepas menjalani satu imbasan.


Ibu yang berasal dari Thembisa di Ekurhuleni itu bekerja sebagai pengurus stor sudah memiliki anak kembar dua yang kini berusia enam tahun.


Pada awal tahun ini, wanita itu memaklumkan dia mengandung, namun berdepan kesukaran dan sakit pada kaki dan pedih ulu hati.


Dia juga bimbang kandungannya tidak dapat diselamatkan kerana berisiko tinggi untuk mengandung.


Bagaimanapun, bayi yang dilahirkan diletakkan beberapa bulan dalam inkubator sebelum dia dan suami Teboho Tsotetsi, membawa anak mereka pulang.


Tehebo menganggap dirinya gembira dan beremosi dengan kelahiran ini.


Media sebelum ini melaporkan, dalam kes Cisse, doktor pada awalnya menjangka wanita itu hamil tujuh anak.


Tetapi doktor terkejut apabila mendapati ada dua lagi bayi ketika wanita itu melahirkan anak menerusi pembedahan.


Cisse melahirkan bayi lima perempuan dan empat lelaki itu mengikut jangkaan dan berkeadaan baik.


Terdahulu, Cisse yang sudah mempunyai anak bersama suaminya Kader Arby terpaksa terbang ke Maghribi pada Mac untuk mendapatkan rawatan pakar selepas kerajaan Mali tidak mempunyai kepakaran berhubung kes kehamilan seperti itu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote Nenolen 9-6-2021 01:18 PM
Tahniah...kehamilan normal atau ivf...if normal mmg terpaling sangat....
Quote edayildiz 9-6-2021 01:18 PM
omg 10 org..camna dia beranak? ikut tingkap ke..kalau kembar ramai gini bkn dr prosee persenyawaan yg normal kan?ivf kot..
Quote Tinot7 9-6-2021 01:41 PM
Tahniah.. besaqnya peyut..
Quote jazaa100 9-6-2021 01:45 PM
Hawa pun Allah tak bg kembar 10.....kembar 2 je....
Quote lurve82 9-6-2021 01:45 PM
Aku yg tgh bwk sorg ni pun mengahcant imaginetabah betul..rezeki dia klu mmg pregnant semulajadi tanpa ivf
Quote sarahmirza 9-6-2021 01:54 PM
edayildiz replied at 9-6-2021 01:18 PM
omg 10 org..camna dia beranak? ikut tingkap ke..kalau kembar ramai gini bkn dr prosee persenyawaan y ...

KO baca tajuk je ke?

Lihat semua komen(38)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top