Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Kenal 3 Bulan Terus Kahwin, Aidit Noh Nak Anak Cepat

9-6-2021 10:25 AM| Komen: 61

Meskipun baharu lebih tiga bulan menjalin hubungan serius, pelakon Aidit Noh, 28, tidak menunggu lama untuk memperisterikan wanita idamannya, dikenali Nur Afiqah Hanani Mohd Yani, 22, pada 29 Mei lalu.

Aidit atau nama sebenarnya Ahmad Aidit Noh, 28, bersyukur doanya di Jabal Rahmah, Mekah sudah dimakbulkan Allah apabila dipertemukan jodoh yang tepat buat dirinya.

Menurutnya mereka sepatutnya bernikah pada 5 Mac lalu di Terengganu, namun terpaksa mempercepatkan dan dibuat secara dalam talian (online) pada 29 Mei.


Kredit foto: IG


"Alhamdulillah, doa saya di Jabal Rahmah sewaktu ke Mekah pada awal tahun lalu termakbul untuk ditemukan jodoh. Saya sudah jumpa jodoh yang tepat dan buat apa nak tangguhkan perkahwinan itu.

"Walaupun cuma serius lebih tiga bulan, saya yakin dia yang terbaik untuk saya. Malah, saya juga memang lebih suka dengan konsep bercinta selepas kahwin.

"Cumanya, proses pernikahan kami agak mencabar sedikit di mana ia tidak berjalan seperti dirancang. Kami terpaksa bernikah secara online kerana mengejar tarikh yang kosong sebelum 'lockdown' dilaksanakan baru-baru ini," katanya.


Menurut pelakon Rindu Yang Terlarang itu, dia juga bersyukur sempat mengambil isterinya di Terengganu untuk dibawa ke Kuala Lumpur sebelum 'lockdown'. Katanya, mereka juga sempat mengambil gambar kahwin bersama sejurus itu.

"Mujur segalanya dipermudahkan dan isteri sempat saya bawa ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, sekarang kami dapat tinggal bersama," katanya.



Dalam pada itu, Aidit dan isterinya sedia untuk menimang zuriat bila-bila masa sekiranya sudah ada rezeki. Katanya lagi, dia juga mulanya agak risau jika isteri belum bersedia kerana masih terlalu awal.

"Mujur isteri saya cakap dia sudah sedia nak ada anak meskipun usianya masih muda. Apapun, kami tetap serahkan rezeki (zuriat) itu kepada Allah dan kalau cepat lagi bagus," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 61
Komen

Previous : Penat Tapi Seronok, Sari Yanti Selesa Urus 5 Anak Tanpa Maid

Next       : Zul Ariffin Tukar Warna Rambut Karat- Ramai Tergoda, Dah Macam K-Pop!

Komen Terbaru

Quote Timortimur 12-6-2021 01:24 PM
Sorry ye dik
Akak tak kenal you berlakon citer apa

Lain-lain Komen

Quote padris 9-6-2021 10:28 AM
Bukan ke si Aidid ni yg ada gossip dengan Nadia Brian masa awal2 kes Nadia dikatakan curang dulu tu?
Quote Minami2013 9-6-2021 10:34 AM
Sama cantik dan sepadan.. moga kekal bahagia hingga ke syurga.

Anyway, tak kenal sape aidit ni dan tk pernah tgk pun dia berlakon.
Quote Tinot7 9-6-2021 10:40 AM
Tahniah...
Quote fadz84 9-6-2021 10:50 AM
Tahniah wlpun x knl
Quote wanawina 9-6-2021 10:55 AM
meols rasa penah sekali meols tertengok mcm short clip heols berlakon. tapi agak kayu kayan yach
Quote Kurex 9-6-2021 10:57 AM
Siapa pulak ni?
Quote dejure 9-6-2021 10:58 AM
Habis madu sepah dibuang...dh kau puas dgn si nadia smp org tu bercerai last2 kahwin dgn org lain.yg betina nadia last2 jd alat pemuas nafsu je..padan muka
Quote kaoru44 9-6-2021 10:59 AM
Aritu kecoh kata punca nadia brian cerai kn??
Apapun tahniah la..muda lg bini nya..
Quote 3chanceno 9-6-2021 11:02 AM
Macam ingat2 lupa gosip yg Aidit nie ke skandal dgn Nadia ala2 kokesen tu???
Quote ciksaenara 9-6-2021 11:05 AM
jadi gosip dengan si NB tu tak betul la ye?
Quote Lailerthee 9-6-2021 11:06 AM
Ke nk tutup cerita sbb tu khwen awal
Quote slyfynx 9-6-2021 11:09 AM
Wajib cerita doa kat Jabal Rahmah tu.
Nnt orang x tau jodoh ni berkat
Quote Acikgomen 9-6-2021 11:11 AM
Tak penah nampak pun muka heshe kat tv
Nama pun tak penah dengo
Quote imanjannah 9-6-2021 11:15 AM
tak kenal lelaki ni, tapi sebut gosip nadia brian tu tahu la, moga jaga la bini tu elok2, muda lagi bini tu
Quote rosasen 9-6-2021 11:16 AM
mesti stress kalo bini lambat preggy
Quote bluecrystal 9-6-2021 11:17 AM
Ni kira bercinta lepas nikah la ek..tengok vid separuh..harap lelaki tu betul2 la jaga bini elok2
Quote dewi_rina 9-6-2021 11:20 AM
padris replied at 9-6-2021 10:28 AM
Bukan ke si Aidid ni yg ada gossip dengan Nadia Brian masa awal2 kes Nadia dikatakan curang dulu tu? ...

Aah apa citer ye dengan cicit brian tu, ditinggal ke
Quote emera 9-6-2021 11:29 AM
Kawen main sauk je ke?
Quote Kancilkering 9-6-2021 11:37 AM
sendu le dia ni.
moga dpt baby pun nanti ada lesung pipit cam ayah dia

Lihat semua komen(61)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top