Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

50 Selebriti Di Program Realiti ATMN? Netizen Bandingkan Dengan Kapasiti Kehadiran Jemaah Masjid

9-6-2021 12:38 AM Komen: 98




Sejak beberapa minggu yang lalu, kes-kes harian COVID-19 di negara kita telah meningkat dengan mendadak sehingga mencecah lebih 6,000 kes sehari. 

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk bagi solat Jumaat dan fardu di masjid serta surau, hanya 12 orang jemaah dibenarkan terdiri daripada pegawai masjid dan ahli Jawatankuasa (AJK) dengan penjarakan 1.5 meter.

Namun, apabila seramai 50 orang juri yang terdiri daripada selebriti terkenal tanah air dikumpulkan dalam satu tempat di dalam sebuah rancangan realiti All Together Malaysia Now yang mula disiarkan baru-baru ini, ia telah menimbulkan rasa tidak senang dikalangan netizen.

Rancangan hiburan yang diterbitkan oleh salah satu stesen televisyen tempatan itu telah mengundang kecaman ramai dan menjadi persoalan bagaimana rancangan yang tidak mengikut SOP itu dibenarkan ketika seluruh negara sedang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0). 




Walaupun, dimaklumkan rakaman program tersebut dilakukan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. Namun, ramai tetap mempertikaikan jumlah selebriti yang ramai dalam satu masa kerana walaupun sebelum pelaksanaan PKP 3.0, kita tetap terikat dengan SOP.






Pengguna aplikasi TikTok turut mempertikaikan tentang pelanggaran SOP dalam rancangan tersebut iaitu selebriti tidak memakai pelitup muka atau face shield dan tiada penjarakan sosial 1 meter sepertimana disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Terdahulu, satu laporan berita tempatan memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP.

Sehubungan dengan itu, pihak penerbitan rancangan "All Together Now Malaysia" memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai. 

All Together Malaysia Now merupakan rancangan realiti pertandingan nyanyian bersama 50 juri untuk menyanyi bersama dalam pencarian penyanyi kegemaran Malaysia. Rancangan ini bermula 6.6.2021, dan ditayangkan setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria & Astro Go! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 98
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote PEPPERMAN 11-6-2021 09:57 AM
tahun lepas astro tunjuk hidup perempuan separuh telanjang dalam the house
tahun ni segerombolan terkinja2 di ATNM

takda akai ka?

Lain-lain Komen

Quote ultra78 9-6-2021 12:48 AM
Program Astro. No wonder la
Quote wnwa05 9-6-2021 01:00 AM
ultra78 replied at 9-6-2021 12:48 AM
Program Astro. No wonder la


sakit hatinya tengok dok nyanyi ramai2 sedangkan semua orang dok jaga sop

Quote Rogue98 9-6-2021 01:05 AM
Masa sihat menyanyi.....melalak tak ingat dunia....
Bila dah kena corvid....berzikir ler..
Quote jiwarasa 9-6-2021 01:06 AM
Itu bukan ke anak munteri ke dalam bideo
Quote watatakut 9-6-2021 01:15 AM

jangan siasat je..saman terus bukti dah ada.kalau masjid dekat kuantan ke mana dulu..langgar sop kena kompaun RM10k

solat sekejap pun kena limit ini rakaman ntah berapa jam berapa hari bersesak macam tu...apa nak jadi la
Quote fair_iza 9-6-2021 01:21 AM
Kena adil lah. Masjid pn boleh claim patuh sop bla bla bla. Knp x buat shj penjurian guna zoom meeting?
Quote ninja boy 9-6-2021 01:26 AM
Dah ramai retis kena covid, kalau sampai parent anak mati baru menggelupur
Quote Mulotkoyak 9-6-2021 01:29 AM
Tgu ape kate astrokkk.. Dan menteri... Rase brape lame nk bukak kertas siasatan ni agak nye yeee.. 2mgu?2bulan?
Quote cmf_ctrl 9-6-2021 01:31 AM
Maka, benarlah kata Allah dan Nabi.

"Suatu saat nanti, umat-Ku akan terhalang untuk melakukan perkara-perkara baik."

Dan inilah zamannya, yang sedang kita lalui.

Kawan,

Lupakan sebentar asbab wabak atau SOP. Sesekali, pandang realiti.

Ya. Kita sedang melaluinya. Akhir zaman yang makin sukar dan rumit.

Nak buat baik makin susah. Nak ibadah juga makin payah. Fitnah usah cakap. Siang malam terjadi.

Nak solat di masjid, boleh jatuh fitnah.

Nak buat haji dan umrah, makin payah.

Nak ziarah jiran sebelah rumah pun, kena fikir berkali-kali.

Jadi takut tak sudah-sudah.

Takut bawa penyakit. Takut dijangkiti. Takut kena kompaun. Takut kena fitnah.

Buat itu, buat ini, semua kena fitnah. Fitnah belaka sekarang ini.

Kawan,

Jaga bekal kita bermula saat ini.

Gunakan masa lockdown ini untuk renung dan baiki diri.

Persiapkan amal untuk PULANG.

Kena sayang diri sendiri.

Jasad yang Allah pinjamkan ini, suatu saat akan dikebumi.

Sebesar apapun sayang orang pada kita, mereka tetap akan tinggalkan.

Anak, suami, isteri, ibu, ayah, saudara bahkan kawan-kawan..semuanya pulang.

Tinggal kita nak hadap sorang-sorang.

Alam kubur ini, boleh jadi macam-macam.

Soal jawab Munkar dan Nakir berbeza mengikut amalan kita ketika di dunia.

Ada orang, saat ditanya siapakah Tuhan kamu lalu dijawabnya Allah Tuhanku.

Maka, keadaan kuburnya terus berubah menjadi sebahagian daripada taman-taman syurga. Indah dan bertuah.

Ada orang pula, ditanya satu demi satu soalan. Lepas satu, satu. Kemudian, ditanya lagi. Terpaksa melalui proses yang amat panjang.

Syukur juga kalau boleh lepas.

Paling bimbang, andai di waktu itu kita langsung tak mampu nak mengaku Allah sebagai Tuhan.

Biarpun ketika di dunia ini, berkali-kali kita ulang dengar dan sebut nama-Nya.

Ya, boleh jadi juga andai hati dan lisan tidak seiring. Apatah lagi perbuatan.

Kawan,

Pelajari ilmu akhir zaman. Banyakkan juga ilmu akhirat. Belajar ambil tahu. Sediakan bekalan siap-siap.

Nak melalui akhir zaman yang semakin mencabar ini, Nabi sudahpun pesan. Amalkan 10 ayat awal dan 10 ayat akhir Surah Al-Kahfi. Jangan tinggal biarpun sehari.

Mana yang belum mula, boleh mulakan. Mana yang sudah mula baca, cuba pula untuk hafal.

Kerana, akan tiba saatnya nanti, Al-Quran hanya sekadar kitab kosong tanpa tulisan.

Fitnah di mana-mana, kawan.

Jaga diri. Jaga keluarga dan orang tersayang.

Jaga Allah, Allah jaga kita.

Dunia, hingga syurga.❤




C/P
Quote shark 9-6-2021 01:55 AM
Sop masjid dah jadi 1.5 meter pulak ke? Dulu 1 meter je kan. Ke semua pun dah jadi 1.5...adoii peninglah dok ubah2
Quote BoongaKertas 9-6-2021 02:36 AM
Kelakar weh retis2 dok tweet defensive. Lol. Tweet djera pepagi tu lg buat iols sakit hati. Hey, pkpp ke pkpb ke, mask is always ON. Celah mana kata boleh buka? Aduh.
Quote stingerforever 9-6-2021 02:37 AM
cmf_ctrl replied at 9-6-2021 01:31 AM
Maka, benarlah kata Allah dan Nabi.

"Suatu saat nanti, umat-Ku akan terhalang untuk melakukan per ...

Kau qarin si @nolya keww?
Quote toxicated 9-6-2021 03:07 AM
Timing yg tak sesuai untuk on air lagi. Patut postpone dlu.
Quote wirazam 9-6-2021 04:05 AM
toxicated replied at 9-6-2021 03:07 AM
Timing yg tak sesuai untuk on air lagi. Patut postpone dlu.

Setuju...kalau tgk BTS lagi lar..semua bersesak sesak belakang stage tu utk bersiap dan bersembang..geleng kepala..
Dpt kat netizen mmg jadi bahan lar...btw, kat YouTube dah xde link nak tgk full episod dah..astrok oh astrok
Quote Babai 9-6-2021 05:24 AM
Macam gampang la program hiburan boleh ramai bersesak2 macam tu.
Quote Nana_Man 9-6-2021 05:47 AM
BoongaKertas replied at 9-6-2021 02:36 AM
Kelakar weh retis2 dok tweet defensive. Lol. Tweet djera pepagi tu lg buat iols sakit hati. Hey, pkp ...

Retis kn special... hehehe
Quote suzycutegal 9-6-2021 06:40 AM
Rancangan ni tiada faedahnya langsung. Tu je nak cakap.
Quote JohnyEnglish 9-6-2021 08:32 AM
harap2 mampus cpt la artis ni semua
Quote dodolgemok 9-6-2021 08:35 AM
Face mask face shield satu habuk pon xpakai. Mentang2 dafi anak bapak ada situ?

Lihat semua komen(98)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top