Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

China Jumpa Fosil Dinosaur Gergasi Era Jurassic

8-6-2021 07:38 PM Komen: 25
Ahli paleontologi di China menemukan satu rangka dinosaur gergasi yang lengkap dari era Jurassic.

Lapor Daily Mail, fosil luar biasa itu ditemukan semasa kerja penggalian tanah di Lufeng, barat daya China, akhir bulan lalu.


Kredit foto: FreeAds World

Rangka itu kira-kira 70 peratus dalam keadaan utuh dan dipercayai dari kumpulan spesies dinosaur yang berukuran sekitar lapan meter panjang.

Fosil itu ditemukan semasa kerja penggalian tanah di kawasan berasal kira-kira 180 juta tahun hingga zaman Jurassic.

Ketua Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Fosil Dinosaur Bandar Lufeng, Wang Tai berkata, rangka dinosaur yang lengkap itu agak jarang dijumpai di seluruh dunia.

Beliau menyifatkan penemuan itu sebagai khazanah negara dan memaklumkan pasukannya berharap dapat menggali tengkorak dinosaur dengan segera.

Berdasarkan bahagian ekor dan tulang paha fosil, kami percaya dinosaur itu jenis Lufengosaurus gergasi yang hidup pada awal zaman Jurassic, katanya.

Tambah beliau, pasukannya merancang untuk melakukan penggalian kecemasan untuk mengeluarkan fosil itu dengan segera kerana ditemukan di kawasan berisiko hakisan tanah.


Sumber: Utusan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 25
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Perk77 9-6-2021 09:03 PM
Khurafat2 je kalau berita Dr China ni...

Semua Benda ko boleh ade Kan ..pastu gah sendiri

Lain-lain Komen

Quote makiting 8-6-2021 07:39 PM
Adakah mereka ini blh dipercayai berita nya.. mcm2 mereka blh cipta dan klon.. inkan pulak spesis dah lama pupus ini
Quote Firenzza 8-6-2021 07:58 PM
Boleh pulak lengkap fosil tu....
Quote Belibis 8-6-2021 08:12 PM
makiting: Adakah mereka ini blh dipercayai berita nya.. mcm2 mereka blh cipta dan klon.. inkan pulak spesis dah lama pupus ini

Telor plastik pun boleh buat..apa sangat setakat fosil.
Quote Friska 8-6-2021 08:17 PM
Kalau jaman pasti dibilang tulang naga dan diambil buat obat untuk maharaja Tiongkok
Quote Tinot7 8-6-2021 08:18 PM
Dah nama pun lufengosaurus.. bkn jumpa kat Lufeng jahh ka?

Ketua Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Fosil Dinosaur Bandar Lufeng, Wang Tai berkata, rangka dinosaur yang lengkap itu agak jarang dijumpai di seluruh dunia.
Quote Janjimanismu123 8-6-2021 09:07 PM
Leh caya ke{:yameteh
Quote IzzaT09 8-6-2021 09:22 PM
Fenomena gerhana matahari
https://stfly.me/nC3Yo
Quote Adrif 8-6-2021 09:42 PM
uuuu sup tulang katanya

untuk kekuatan tenaga dalaman katanya

untuk kesihatan dan umur panjang katanya

lebih eksotik dan rare sesuatu benda tu, lebih sihat katanya
Quote supernaturalee 8-6-2021 09:57 PM
Mmmm
Entah ke buat sndiri

Quote dani-rox 8-6-2021 09:58 PM

Dinosaur dikalahkan oleh baby kitten, 60 million years ago (colorized)

Quote lavendernovella 8-6-2021 10:24 PM
Apa kabar dinosaur tanah melayu, krik2 jer. Tak kan nak tunggu penyelidik luar ....
Quote Anne15 8-6-2021 11:16 PM
makiting replied at 8-6-2021 07:39 PM
Adakah mereka ini blh dipercayai berita nya.. mcm2 mereka blh cipta dan klon.. inkan pulak spesi ...

Nnt diarg klon aje kt kilang..pastu tulang asli direbus2 bt sup..pastu keluar lg wabak baru dinesor pulak
Quote dizekni 8-6-2021 11:58 PM
dani-rox replied at 8-6-2021 09:58 PM
Dinosaur dikalahkan oleh baby kitten, 60 million years ago (colorized)

Haha

yang ni kelako
Quote Lentera 8-6-2021 11:59 PM
Oooo agaknya masa baru2 ni yg 16 pesawat depa ceroboh ruang udara + kapal laut ceroboh perairan kita tu, depa usha fosil kt malaysia la tuuu...
Quote sarah_ary2 9-6-2021 12:58 AM
Tinot7: Dah nama pun lufengosaurus.. bkn jumpa kat Lufeng jahh ka?Ketua Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Fosil Dinosaur Bandar Lufeng, Wang Tai berkata, ra ...

{:laugh betullah kan sebab fossil first jumpa kat Lufeng
Quote pyropura 9-6-2021 12:59 AM
Fosil plastik made in wuhan?
Quote mbhcsf 9-6-2021 01:09 AM
wow..nice

amboi rangka dinosaur gigih betul nak excavating, baguslah tu

tu yg Covid 19 tu cari lah cepat evident for and against you all
Quote monreyes 9-6-2021 01:15 AM
cari fossil utk apa...
cari galian ok jugak
Quote Rajawali 9-6-2021 01:16 AM
Selain dari indon,berita dari china pun propa jugak..

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top