Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Korea Utara Pun Kecam Israel Bunuh Kanak-kanak Palestin

8-6-2021 03:53 PM Komen: 33
Korea Utara mengutuk Israel kerana menukar  Semenanjung Gaza menjadi ‘rumah penyembelihan manusia dan tempat pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak’ susulan konflik terkini antara Rejim Zionis dan pergerakan Hamas, lapor majalah News Week. 

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Kementerian Hal Ehwal Luar Korea Utara menyatakan bahawa ‘jenayah kejam Israel membunuh kanak-kanak masih belum memuncak dan menjadi cabaran serius kepada masa depan kemanusiaan di samping merupakan jenayah terhadap kemanusiaan’.


Gambar dirakam kelmarin menunjukkan Kim Jong-un mempengerusikan mesyuarat bersama barisan pemimpin kanan Korea Utara di Pyongyang. - AFP

“Keseluruhan Semenanjung Gaza bertukar menjadi rumah penyembelihan dan tempat pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak.

“Tidak lama selepas pengeboman berakhir, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu  dan pihak berkuasa Israel cuba menyembunyikan jenayah mereka termasuk membunuh kanak-kanak,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Tambahnya, media antarabangsa ‘mengutuk keras Israel kerana berterusan membunuh kanak-kanak dan menuduh Rejim Zionis sebagai pihak bertanggungjawab mengusir penduduk Plaestin, meluaskan penempatan haram Yahudi dan menyemai kebencian dengan menghalang orang Islam solat secara aman.

Pertempuran terbaharu antara Israel dan Hamas di Gaza mengakibatkan beribu-ribu premis perniagaan dan rumah musnah. Seramai seratus ribu penduduk turut menjadi pelarian di Semenanjung Gaza.

Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan, kira-kira 24 penduduk Palestin terbunuh dalam konflik selama 11 hari tersebut. Beberapa pegawai melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh di Israel.

Satu gencatan senjata dilaksanakan selepas sebulan ketegangan antara kedua-dua belah pihak memuncak. Israel dan Palestin masing-masing mendakwa memperoleh kemenangan dalam konflik tersebut.



Korea Utara sudah lama mengiktiraf kedaulatan Palestin di semua  wilayah Palestin yang diduduki Israel kecuali Bukit Golan.

Pyongyang menganggap Israel sebagai ‘satelit imperial’ yang bercanggah dengan ideologi antipenjajah Korea Utara.

Selama beberapa dekad, keluarga Pemimpin Tertinggi, Kim Jong Un memihak kepada  pejuang Palestin termasuk Hamas.

Dalam tahun 199 -an  bekas pemimpin tertinggi Korea Utara,  Kim Jong Il membantu bekas duta Palestin ke Korea Utara, Mustafa Safarini mendapat rawatan kesuburan selepas menjalin hubungan rapat dengan pegawai Pyongyang, demikian menurut laman  berita NK News. 


Sumber: Kosmo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 33
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote dizekni 9-6-2021 01:21 PM
Thunderclouds replied at 9-6-2021 01:19 PM
Kuman seberang laut nampak,bangkai gajah busuk depan mata buat2 xperasaan. Try again.

Masuk thread anti pas la ahbeng

ini thread korea utara lebih manusia daripada israel

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 8-6-2021 04:17 PM
Bunuh abg sendiri pun kejam juga - nentahyul mbak friska
Quote umbut 8-6-2021 04:47 PM
Soooooooo ???? Nak kata dpt hidayah ke
Quote Nizleen86 8-6-2021 04:51 PM
Dia punya kejam dia tak pikir
Sama je komunis dgn zionis!
Korang takde beza!
Quote Janjimanismu123 8-6-2021 05:24 PM
{:yameteh{:yameteh{:yameteh{:yameteh
Quote becir 8-6-2021 05:27 PM
Ok I is confused now
Quote ellZack 8-6-2021 05:36 PM
NK bunuh adult je ke setakat ni?
Quote RatuDunia94 8-6-2021 08:18 PM
Paku dulang paku serpih..
Quote kotakominami 8-6-2021 08:22 PM
Haha...mentang mentang le yisrael sekutu yamerika..laju je ko nk cite pasal moral bagai....patut diazankan kt telinga kim jongul ni
Quote fatinandreanna 8-6-2021 08:35 PM
Wow. Ini baru betul berita.
Quote IzzaT09 8-6-2021 09:24 PM
Fenomena gerhana matahari
https://stfly.me/nC3Yo
Quote Decaffeinated 8-6-2021 09:28 PM
Hamas <---> Korut

nampak tak?

Quote orgsepang 8-6-2021 09:36 PM
Pendapat dia bunuh kanak2 salah sebab belum boleh fikir untuk memilih dia, bunuh orang dewasa yang tak memihak dia tak apa. Walaupun sebenarnya sama saja.
Quote supernaturalee 8-6-2021 10:00 PM
Ewww
Meeting kena tulis ats peha
Kenapa x bersimpuh ats lantai je terus
Blh sambil2 baring

Quote budaktua 8-6-2021 10:04 PM
ada tk dia kata...

kalau nk bunuh pilih yg tua2 sikit...
Quote manzilla 8-6-2021 10:06 PM
supernaturalee replied at 8-6-2021 10:00 PM
Ewww
Meeting kena tulis ats peha
Kenapa x bersimpuh ats lantai je terus

Mau kena tembak 12 das ke?
Quote supernaturalee 8-6-2021 10:11 PM
manzilla replied at 8-6-2021 10:06 PM
Mau kena tembak 12 das ke?

Koh koh koh

Sikit2 nk tembak





Quote manzilla 8-6-2021 10:21 PM
supernaturalee replied at 8-6-2021 10:11 PM
Koh koh koh

Sikit2 nk tembak

Betul. Menteri pendidikan pun sudah kena dengan skuad penembak pada tahun 2016, sebab duduk posisi tak betul dalam mesyuarat bersama budak gemuk terencat akal itu.
Quote Anne15 8-6-2021 11:03 PM
Oooo okay...ingtkan xde hati perut {:run
Quote dizekni 8-6-2021 11:32 PM
Sejahat2 korea utara

jahat lagi yahudi zionis

serta penjilat2 nya dalam porem ni

Lihat semua komen(33)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top