Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

"Nanti Aku Jumpa Bidan Kampung, Puas Hati?" - Azhan Rani Penat Menanti Giliran Vaksin

8-6-2021 12:43 PM|Oleh: LilRose| Komen: 47

Ramai rakyat berkeluh kesah mengenai panggilan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 yang tidak kunjung tiba.

Golongan artis juga antara yang tertanya-tanya bilakah panggilan akan diterima termasuk Azhan Rani.


Kredit foto: IG

Menerusi hantaran di Instagramnya, Azhan meluahkan harapannya mahu suntikan vaksin, sekali gus mempersoalkan kelewatan berkenaan.

"Macam-macam lah orang suruh install uninstall, update dan update lagi alamat, nombor kad pengenalan bagai.

"Dah memang gitu tak bergerak-gerak, aku nak buat apa lagi," katanya yang sudah mendaftar vaksin di aplikasi MySejahtera sejak Februari lalu.

Menjelaskan kepada mStar, pelakon itu bagaimanapun berkata dia tidak berniat memprotes atau menghentam mana-mana pihak.

"Setiap hari saya menunggu (untuk mendapatkan suntikan vaksin), nak kata salah letak info, saya dah periksa memang betul dan tak ada kesalahan pun. Tapi bila buka aplikasi MySejahtera, asyik diminta untuk update saja.

"Saya tahu kena tunggu tapi sekurang-kurangnya, kena la beri penjelasan yang tepat supaya kita tak keliru bila sebenarnya kita sepatutnya dapat vaksin itu," kata Azhan ketika dihubungi mStar.


Kredit foto: IG

Katanya, mungkin ada kelemahan pada sistem dan dia tidak mahu menuding jari pada sesiapa.

Jadi, Azhan memohon pihak berkenaan memberi penjelasan berhubung isu ini.

"Kalau orang yang ada masa dengan tengok handphone saja, tak apa la juga. Kalau kena dekat orang yang tak ada pengetahuan sangat fasal teknologi telefon ni macam mana?

"Setiap hari saya tengok berita asyik kata orang tak daftar vaksin... tapi orang yang daftar vaksin tak dapat-dapat lagi ini macam mana pula? Bila saya baca komen, rupa-rupanya ramai senasib dengan saya," ujarnya.


Kredit foto: IG

Penulis juga agak kecewa apabila orang sekeliling yang mendaftar kemudian terlebih dahulu dipanggil untuk menerima suntikan vaksin. Adakah anda juga senasib. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 47
Komen

Previous : Dato Siti Nurhaliza Letak Basikal Jutaan Ringgit Jadi Perhiasan Dinding Je

Next       : Adik Neelofa, Ameera Khan Nak Pindah Kelantan, Suka Kampung Berbanding Bandar

Mengamuk Marah Teman Lelaki Minta iPhone, Dapat Vivo
Kata 'Perosak Hidup', Kenapa Harry & Meghan Namakan Anak Sempena Ratu?
YouTuber Tak Ambil Hati Dikata Macam Monyet Berbaju Kurung Panjat Pokok
Hebat Betul Google Boleh Faham Apa Yang Budak Ni Minta!
Pilu Lima Beradik Yatim Piatu, Mak Ayah 'Pergi' Akibat Covid-19
"Skandal Nak, Duit Tak Kasi,"- Zarina Anjoulie Bolayan Lelaki Gatal, Nak Hubungan Halal Je Okay!
Tak Pasal-pasal Abang Bomba Kena Potong Tali Buai Angkara Cabaran TikTok
Bilah Kipas Tiba-tiba Patah, Nasib Baik Tak Kena Sesiapa
Doa Buat Dr Tehah-Dah Selamat Bersalin Tapi Masih Intubasi Dan Bius Penuh
Dato Siti Nurhaliza Letak Basikal Jutaan Ringgit Jadi Perhiasan Dinding Je
Elizabeth Tan Bosan Di Rumah Sampai Terlentang Tertonggeng
"Maafkan Abang Sayang" - Maryam Menangis Dengar Kata-kata Ryzal
"Thank You Kahwin Dengan Kita" - Hanis Zalikha
"Perkahwinan Bukan Permainan Dalam Hidup" - Azlee Senario
"Rasa Tak Layak Nak Tegur" - Amerul Affendi Tunggu Jakim Keluar Hadis Isu Tasik Chini
Abang Sado Perjelas Bukan Sengaja Nak Seksi Masa Suntik Vaksin
Cinta Gila, Menyamar Pengantin Perempuan Halang Kekasih Kahwin Lelaki Lain
"Maaf, Saya Pun Susah" - Atikah Suhaime Rasa Bersalah Abai DM Minta Bantuan
20 Maut Dipanah Petir Semalam
Drama Terpaksa Tangguh Tayangan, Ramai Kempunan Nak Tengok Sharifah Rose
Makin Kurus, Nadia Brian Makan Hati Lepas Bercerai?
Umur Dah 37 Tahun, Zizan Doa Cepat Dapat Isteri
Scammer Menyamar Jadi Ibu Bapa Mawar Karim, Minta ‘Transfer’ Duit
#SayangHarisSeorang, Muat Naik Kata Romantis- Ada Yang Menyamar Jadi PU Riz

Komen Terbaru

Quote che-cikL 12-6-2021 01:52 PM
Iols pun dah lama tertanya2... Dah bbrp kali update yg macam dalam gambar tu. At least system tu tukar lah link tu kpd updated, tahu lah kita submission kita tu went thru ke tidak.

Ni asyik gitu je dah sekian lama. Pastu kalau lelaki tak payah lah tanya mengandung ke menyusukan ke

Lain-lain Komen

Quote Orix 8-6-2021 12:48 PM
Dia lambat update address n details lain tu, tu psal lambat. Iols register 26 feb, bbrp bulan pstu dia terus update alamat…
Quote slyfynx 8-6-2021 12:52 PM
Tgk umur jgk.
Abah aku aku daftar lambat, tp smlm dah dpt appointment.
Aku yang dftr berbulan lg awal, and siap update status mengandung and menyusu pun, still dalam assesment.
Settlekan yang berisiko dulu.
Quote dudaberhias 8-6-2021 12:55 PM
dia utamakan orang tua dulu...
orang warga emas semua dah complete 2nd dose atau tengah menanti 2nd dose je lagi ni

harap2 theyols gi cucuk la... jangan gatai pergi dengar cakap mak teh bah kut teh tu sudah
Quote opie5662 8-6-2021 01:03 PM
Kau sape yg daftar je terus dpt... Beribu lg org x panggil lagi... Die ni mmg jantan yg suke merempan eh.... Period ke bro..
Quote adeqbun 8-6-2021 01:06 PM
bising la retis2 ni kan..semua nak mengeluh..
Quote tombolpintu 8-6-2021 01:07 PM
Adik lelaki aku pun kene mcm ni jugak..tp lepas dia update apa benda yang nak kene update..dan adik bongsu aku f/u dekat website vaksin tu hari2...baru dpt appointment..alhamdulillah
Quote mrsbale 8-6-2021 01:16 PM
Dia sorg je ke yg xdpt appointment lg kat msia ni.
Quote diamond_intan 8-6-2021 01:31 PM
Tak menyabar.
Mesti dia ingat dia dah warga emas
{:smile
Quote Tinot7 8-6-2021 01:36 PM
Kali pertama iols nampak menda alah suruh update tuhh.. org lain pun sama ka?
Quote Cassieopeia 8-6-2021 01:41 PM
Sabar akupn xdpt lg.. staf mkn yg tukang updatepun xdpt lg.. settle yg tua/berisiko dlu..
Quote Joysparta 8-6-2021 01:45 PM
Diamlah..bukan ko sorg yg tgu lama..org len pun sama jugak...retis lagak je kayangan..hujung2 mengemis bantuan jugak...


Quote laksmanabentan 8-6-2021 01:56 PM
dia kena DM Abil tu... tanya camna nak dapat vaksin cepat..
hahahhaaa...
Quote LadyCarefree 8-6-2021 02:02 PM
Asyik meroyan je dia ni
Quote MsCinderella 8-6-2021 02:14 PM
nak tanya...klu kita dah update alamat, menyusu badan ka tak semua tu..
still akan kelaur mcm tu gak ka..(gambar yg azhan bg tu)
sbb dah update masih lagi keluar suruh update...mcm x update lak bila keluar lagi benda tu
Quote awenda507 8-6-2021 02:47 PM
Ramai lg senasib bang..bwk2 le sabau sikit
Quote msdummy.2018 8-6-2021 02:58 PM
Rasanya dia mgkn menyampah dgr berita ckp rmi xdaftar...mlm td aku pun muntah2 dgr tb3 ckp rmi xdftar..dh berdftar tuhh ramai kot...cuma xdpanggil jer....yg xberdftar tuh golongan yg diutamakan jwe...ao lain kali headaliane biar terangggg
Quote imanjannah 8-6-2021 03:01 PM
sabar je la, bukan ko sorang je yg x dapaf lagi
Quote salimrock 8-6-2021 03:02 PM
ko ingat penduduk malaysia 1.5  juta orang sahaja kah?
Quote lemak_masin 8-6-2021 03:12 PM
Yg aku bengang.. beberapa mmber yg aku kenal daftar lewat dari aku dah ada date utk vaksin.. aku yg regster awal bulan 3 ni langsung takde kabar berita.. mmg hangin betul.. harapnye bila tiba giliran aku dapat pfizer laa..

Lihat semua komen(47)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top