Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Gempak Gila Video 'Journey' Ambil Suntikan Vaksin Bro Ni, Macam Iklan Wayang!

7-6-2021 01:27 PM Komen: 1
Berlatarkan lagu Survivor yang dipopularkan oleh kumpulan Destiny's Child, video yang memaparkan pengalaman seorang bekas pesakit Covid-19 menjadi perhatian netizen.

"Perghhh macam tengok iklan dekat wayang. Serius gempak," komen seorang netizen berhubung video yang meraih lebih 160,000 tontonan di aplikasi TikTok.



"Dah macam travel la pula, tapi hakikatnya pergi (ambil) vaksin."

"Nak pergi (ambil) vaksin je, tapi dia punya video kalah trailer filem." antara komen-komen netizen lain.

"Vaksin ni merupakan perlindungan terbaik untuk meningkatkan imunisasi badan dengan mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19," katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Zany, dia mengimbas kembali detik sewaktu disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada bapanya yang mendapat jangkitan itu di tempat kerja.

"Jujurnya, masa tu saya down sangat sebab saya berada di rumah selama empat minggu kerana sibuk dengan kelas secara dalam talian dan melakukan tugasan pengajian.

"Saya ambil masa untuk memperoleh kekuatan, dengan menghasilkan video-video di TikTok memperoleh sokongan keluarga dan rakan-rakan. Saya reda dengan dugaan yang menimpa saya," ujarnya yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor..

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia memperoleh slot tempahan suntikan vaksin AstraZeneca menerusi pendaftaran secara dalam talian pada Mei lalu.

Dia juga tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan teruja menjelang tarikh janji temu di pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, pada 2 Jun.


Kredit foto: IG Muhd Ezzany

"Memang excited. Saya bersemangat untuk menerima suntikan vaksin. Saya nak tunjukkan semangat itu menerusi kisah perjalanan saya yang dibuat dalam video.

"Rasa teruja ambil vaksin tu macam dapat 'jemputan' daripada menteri kesihatan. Saat kena cucuk vaksin, saya bersyukur kerana tak sangka menjadi antara orang awam yang terawal menerima vaksin," katanya yang turut berkongsi keterujaan akan menerima vaksin, di laman sosial kira-kira seminggu sebelum tarikh janji temu.

Zany yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi menasihatkan orang ramai sama ada pernah dijangkiti atau tidak dijangkiti Covid-19, supaya mengambil suntikan vaksin demi kebaikan bersama.

Dalam pada itu, peminat kumpulan K-Pop Twice itu mendedahkan bahawa dia sepatutnya menghasilkan video 'survivor' sebaik dibenarkan pulang ke rumah selepas pulih Covid-19.



"Patutnya nak buat selepas 'survive' dijangkiti Covid-19. Tapi masa tu saya sibuk nak kemas rumah, nak sanitasi dan perlukan masa untuk berehat dan bertenang.

"Bila tiba janji temu untuk ambil vaksin, saya fikir inilah harinya untuk kongsi perjalanan saya dari seorang bekas pesakit Covid-19 kepada penerima suntikan vaksin Covid-19.

"Tak sangka video 'journey' saya mendapat perhatian hingga ada yang minta saya buat tutorial. Teknik suntingan dan rakaman video ini mendapat inspirasi daripada video-video trailer video muzik lagu-lagu K-Pop," katanya yang sering berkongsi minat menari terutama lagu-lagu K-Pop dan suntingan video di TikTok.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
0
1
0
Komen: 1
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Skuau 7-6-2021 02:40 PM
ok..dgn ini anda dianugerahkan pingat gagah perkasam....

Lain-lain Komen

Quote Skuau 7-6-2021 02:40 PM
ok..dgn ini anda dianugerahkan pingat gagah perkasam....

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top