Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

"Keluarga Mertua Suruh Berpisah,"- Siti Rohayu, Wanita Cekal Jaga Suami Sakit

Oleh: Ct Cheery|6-6-2021 09:14 AM Komen: 32

Kisah pengorbanan seorang wanita bernama Ayu pernah viral satu ketika dahulu. Wanita ini nekad menjaga suaminya yang terlantar koma selama 90 hari dengan sepenuh hati. Walaupun doktor sendiri pernah mengatakan bahawa tipis harapan untuk suaminya kembali pulih, namun dia tetap yakin yang suaminya itu boleh sembuh dengan izin Allah.


Kini, Ayu selayaknya merasa bangga dengan keyakinan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap suaminya, Muhammad Ridhwan Muhd Zaki, kerana lelaki itu hampir sihat sepenuhnya. Sebelum ini, suaminya belum mampu bertutur walau sepatah kata tapi kini sudah mampu bercakap seperti biasa. 


Foto: Facebook Siti Rohayu


Ayu atau nama sebenarnya Siti Rohayu, cukup bahagia disamping suami dan anak-anaknya. Ayu menyara keluarganya dengan menjalankan perniagaan online dari rumah. Menurut Ayu, lagi mudah baginya berniaga online sambil menjaga suami dan anak-anak. Selain itu, suaminya yang mengalami 'brain injury' akibat nahas jalan raya, sering membantu Ayu berniaga dengan cara 'live product review'.


Loading FB Post...


Namun siapa sangka, disebalik kegigihan dan kebahagian pasangan ini, ada pihak yang berniat untuk memisahkan pasangan ini iaitu keluarga mertuanya sendiri. Sebelum ini Ayu pernah dituduh berkhalwat, jadi mereka menggunakan alasan tersebut untuk menuntut hak yang kononnya mereka lebih layak menjaga Ridhwan.


Foto: kisah dunia


Foto: Facebook Siti Rohayu


Menurut Ayu di ruangan komen, pihak mertua memilih Mahkamah untuk memutuskan siapa yang lebih layak menjaga Ridhwan. Ayu dan anak-anak kini, hanya menunggu keputusan mahkamah dan mereka hanya mampu berdoa dan berserah pada Allah.


" Tak ada gunanya lagi, diorang yang pilih untuk mahkamah selesaikan. Kami hanya menunggu keputusan, apa yang terjadi nanti, mungkin itu yang terbaik buat kami laluan yang akan dipilih nanti, setelah semuanya mahkamah putuskan nanti. Hanya mampu berdoa dan teruskan saki baki yang tersisa. Serah pada Allah," balasnya pada komen. 


Meninjau di ruangan komen, warganet ada bertanyakan, adakah suami mengenali dirinya dan anak-anak? Menurut Ayu, Ridhwan mengenali mereka dan memilih untuk bersama anak isteri walaupun ada yang datang untuk mengambilnya.


" Dia kenal dan dia still memilih kami, dan tidak pergi ke mana-mana walau ada yang datang nak ambil dia". Jelas Ayu.


Rata-rata warganet bersimpati dengan dugaan dan ujian yang perlu dilalui Ayu. Selain kecewa dengan tindakan yang diambil pihak keluarga mertua, ramai dilihat tidak putus memberi kata-kata semangat dan doa serta sokongan agar Ayu terus mempertahankan haknya sebagai isteri. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 32
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote susukambingbest 10-6-2021 09:35 PM
Dasar betina sundel

Lain-lain Komen

Quote bluebutter 6-6-2021 10:10 AM
Ada lagi si ayu ni. Serem.
Quote shiedafaizal 6-6-2021 01:32 PM
Kenapa pula Tiba2 ada berita pasal dia ni.. Hmmm
Quote shysari 6-6-2021 01:37 PM
Kes khalwat mcm mana
Quote Hazifahrun1906 6-6-2021 02:00 PM
bluebutter replied at 6-6-2021 10:10 AM
Ada lagi si ayu ni. Serem.

Ape yg serem 2? U knal ke Ayu ni?
Quote bluebutter 6-6-2021 02:41 PM
Hazifahrun1906 replied at 6-6-2021 02:00 PM
Ape yg serem 2? U knal ke Ayu ni?

Kan ke kecoh pasal ayu dan somi cacat dia ni dulu. Mcm mcm cerita.
Quote TomyamPuteh 6-6-2021 06:18 PM
Liat sggh la si Ayu ni. Skendel beliau sihat ke?
Quote eyansss 6-6-2021 07:28 PM
laaa. keluar balik cite dia ni. baialan gagal di mahkamah ke?  so skang tengah tarik simpati ke apa. akak ko sendiri report kanko berdua ngan jantan tu dalam bilik, buat depan anak dan suami n akak ko
Quote mamajawie 6-6-2021 09:50 PM
Weyh, siyes la korang @bluebutter & @eyanss?? Spill tea skit awat aku xtahu psal minah ni
Quote depresio 6-6-2021 10:50 PM
Laki tu ada pencen ke kwsp ke apa yg pakat berebut sgt tu?
Quote ctcheery 6-6-2021 11:14 PM
eyansss replied at 6-6-2021 07:28 PM
laaa. keluar balik cite dia ni. baialan gagal di mahkamah ke?  so skang tengah tarik simpati ke  ...

Serious ar, akak dia yg report? To Katanya keluarga mertua yg report
Quote ctcheery 6-6-2021 11:17 PM
depresio replied at 6-6-2021 10:50 PM
Laki tu ada pencen ke kwsp ke apa yg pakat berebut sgt tu?

Cacat kekal dah lakinya mesti dpt socso, kwp bagai, insurance lg. Apply card OKu plak dpt lagi bln2
Quote depresio 7-6-2021 12:51 AM
Ok baru ingat cerita minah ni. Hurmm
Quote depresio 7-6-2021 12:51 AM
ctcheery replied at 6-6-2021 11:17 PM
Cacat kekal dah lakinya mesti dpt socso, kwp bagai, insurance lg. Apply card OKu plak dpt lagi bln ...

Barubigt
Kes duit insuran
Patutla berebut nak jaga..
Quote mama_neko 7-6-2021 01:30 AM
bukan kes khalwat ka deni... laki dah sayuq dah, mental pun tak full capacity, dia bawak balik "abang angkat".. last2 kantoi..
Quote pearl.silver 7-6-2021 07:03 AM
Boifren aka adik angkat duk ngan dia lagi tak?
Quote Sham143 7-6-2021 07:23 AM
Isteri yg baik.. Semoga Allah balas dengan shurga..
Quote zie_indah 7-6-2021 02:28 PM
Kan kes lama dah ni tiber je klua cite lg
Quote mizzmimi 7-6-2021 06:07 PM
Gile muka tembok ayu ne. Dah terlondeh habis2an pun berani lagi tunjuk muka ya..
Quote jazaa100 7-6-2021 06:42 PM
eyansss replied at 6-6-2021 07:28 PM
laaa. keluar balik cite dia ni. baialan gagal di mahkamah ke?  so skang tengah tarik simpati ke  ...

Ooo...baru ingt cite dia ni.....
Skandal dok sekali dlm rumah kann

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top