Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Ngeri, kamera dron rakam detik terhempas ke dalam lahar gunung berapi di Iceland

5-6-2021 02:56 AM Komen: 45


Tahukah anda, di Iceland terdapat sebuah gunung berapi aktif yang terletak di Semenanjung Reykjanes. Gunung berapi yang dinamakan sebagai Gunung Berapi Fagradalsjfall itu dilapor telah meletus sejak 19 Mac lalu dan masih memuntahkan laharnya sehingga ke hari ini.

Hari demi hari, lahar panas yang mengalir masih tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan terhenti. Fenomena semulajadi itu dipercayai telah menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung ke sana sambil menikmati pemandangan panas tersebut.

Rakam kematian sendiri

Baru-baru ini, seorang Youtuber, Joey Helms menjalankan rakaman pemandangan lahar di gunung berapi itu dengan menggunakan kamera dron. Dron yang dipandu dari jauh telah melalui lurah-lurah laluan lahar tersebut.

Hasil rakaman mendapati, lahar yang mengalir deras itu berwarna merah terang dan kehitaman, menunjukkan ia begitu panas dan sangat berbahaya. Dron itu juga mengambil risiko tinggi apabila terbang melalui lurah yang panas itu.

Bagaimanapun masalah mula berlaku apabila dron itu menghampiri kawasan puncak gunung yang dipercayai tempat keluarnya lahar. Lahar panas itu mengalir deras bagaikan ombak besar, sehingga memercikkan cecair ke udara.

Percikan lahar kemudiannya terkena ke arah dron kerana mungkin tidak sempat dielak. Rakaman terhenti secara tiba-tiba. Akhirnya, dron yang dipandu itu hilang kawalan dan dipercayai jatuh terhempas lalu terbenam ke dalam aliran lahar.

Namun, klip rakaman berjaya direkodkan di pangkalan dan dimuat naik ke Youtube beberapa jam selepas kejadian. Mungkin sukar untuk percaya, tapi inilah detik kematian dron yang dirakam dari lensanya sendiri. Mari tonton klip rakaman tersebut di bawah ini.



Sumber: ABC / SKY News/SK

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 45
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote orgsepang 8-6-2021 09:12 PM
Mula2 tengok video tu meremang buku roma akak keseraman lalu nak pi cium peluk suami minta ampun tapi lepas baca komen sorang2 jadi kelakar pula. Tunggu lepas solat nantilah yang memang dah wajib cium tangan dia.

Lain-lain Komen

Quote Note8687 5-6-2021 03:08 AM
Wowwwwww sgt.

Tak rugi la Dron tu terkorban, video ni priceless.
Quote sehirkedi 5-6-2021 03:13 AM
Fuhh.. Mahal rakaman ni..
Tapi 'dron' telah tiada..
Quote CatMiow 5-6-2021 03:14 AM
Tak boleh bayangkan betapa panas gunung berapi dan matahari.
Quote mily 5-6-2021 03:30 AM
Insaf... Huhu.. Byangkan akhirat neraka je ni...
Quote wifenajib 5-6-2021 03:45 AM
Bila tengok video ni terus terbayangkan nekara mcm ne lah. Kalau dunia pon dh mcam ni
Quote haifawehbe 5-6-2021 05:38 AM
wifenajib replied at 5-6-2021 03:45 AM
Bila tengok video ni terus terbayangkan nekara mcm ne lah. Kalau dunia pon dh mcam ni

katanya neraka berwarna hitam sebab terlampau panas.. api neraka sebesar lubang jarum bila jatuh ke bumi terus hancur. api yg ada dekat bumi ni pun dah dibasuh berkali2 dgn air utk sesuaikan dgn persekitarannya.. insaf sekejap iols..
Quote sukacactus 5-6-2021 05:47 AM
Dekat sgt perginya
Patut la terpercik
Quote Perawankota 5-6-2021 06:54 AM
Takut tgkk
Quote TOPwind 5-6-2021 08:11 AM
CatMiow replied at 5-6-2021 03:14 AM
Tak boleh bayangkan betapa panas gunung berapi dan matahari.

tak sampai 1% panaNYA api neraka


Quote CatMiow 5-6-2021 08:53 AM
TOPwind replied at 5-6-2021 08:11 AM
tak sampai 1% panaNYA api neraka

Tu la,  Menggelegak,
Quote Tinot7 5-6-2021 08:58 AM
Takziah kpd pemilik dron...
Quote ctcheery 5-6-2021 09:15 AM
haifawehbe: katanya neraka berwarna hitam sebab terlampau panas.. api neraka sebesar lubang jarum bila jatuh ke bumi terus hancur. api yg ada dekat bumi ni pun da ...

Ya Allah... takut nya
Quote Scheherazade 5-6-2021 09:43 AM
Goosebumps nengok. Ni br lahar gunung berapi, neraka tu jauh lg pns, huhu
Quote shernazz 5-6-2021 10:17 AM
haifawehbe replied at 5-6-2021 05:38 AM
katanya neraka berwarna hitam sebab terlampau panas.. api neraka sebesar lubang jarum bila jatuh k ...

Iols teringat.pic matahari..
Yang hitam tunadalah titik panas matahari..
Huhuuu
Quote novelloverzz 5-6-2021 10:54 AM
speechless
Quote naina 5-6-2021 10:59 AM
Mana videonyaa
Quote naina 5-6-2021 11:01 AM
Kenapa dia tuju ke kawah yang tengah menggelegak tu..KLU ke atas sikit selamat. Btw macam air terjun dia punya muntah larva..begitulah ciptaan tuhan. Air terjun sejuk ada yg terlampau panas.
Quote cmf_premierleag 5-6-2021 01:55 PM
RIP drone
jasamu tiada tandingan   
iols spt speechless ya tgk aksi2 terjunam tu
Quote edee_91 5-6-2021 02:16 PM
susah sangat nak sebut nama gunung berapi tu. aku sebut faraj volcano jelah senang cerita.

Lihat semua komen(45)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top