Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

TMJ berhasrat sambar Dion Cools

5-6-2021 01:05 AM Komen: 3



Kuala Lumpur: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui berhasrat untuk membawa masuk tonggak kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools bagi memperkuatkan skuad Harimau Selatan.

Katanya, Cools yang juga pemain pertahanan kelab Denmark, FC Midtjylland jelas berjaya memikat perhatiannya dan tahap permainan tonggak serba boleh itu berada pada kelas tersendiri.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Cools untuk membuat keputusan, sambil akui masa depan pemain berusia 24 tahun itu cukup cerah di pentas Eropah.

"Peringkat yang berbeza. Pemain yang bagus. Perancangan untuk bawa ke JDT sudah lama tetapi itu terpulang kepada pemain tersebut.

"Buat masa ini dia masih muda dan lebih baik bermain di Eropah di peringkat tertinggi seberapa lama yang beliau mampu," katanya ketika menjawab soalan peminat di laman Story Instagramnya, hari ini.

Selain beraksi di Liga Denmark, Cools juga berpengalaman merasai saingan Liga Belgium serta turut membuat penampilan di Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Dia juga pernah menyarung jersi skuad remaja Belgium dalam beberapa kejohanan antarabangsa sebelum memutuskan untuk memilih skuad Harimau Malaya di peringkat senior.

Begitupun penampilan sulung Cools bersama Malaysia berakhir kekecewaan apabila skuad negara tumbang 0-4 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, semalam.



Sumber : Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote boyagombak 5-6-2021 04:40 PM
X payahla Dion Cools, kau balik main Liga M bukan boleh bawak kemajuan, silap2 berkaratla ddk bangku simoanan..Aku rasa bila Cools dh rasa main dgn team HM masa lawan UAE tu, dia pun dah cuak main diliga M? Setakat itu sahajakah prestasi HM, kena lauk daun dgn UAE 4-0..Cuma Dion, Farizal, Shapik Ahmad yg bersungguh2, harapkan striker Mat Don jambang, DPaula Lemau hanya berjogging lenggang kangkung, harap bola sampai kekaki bila terlepas malas nk kejar balik...Hampeh punya Nutralibasi, buat peghabeh bogheh..ddk dkt Perak pun sakit hati...main hanya kerana fulus, sekarang jdt dah kena scam dgn mamat ni, masa lawan jdt pulun score sbb nak berhijrah ke jdt bayar mahal...skrg dh ikat kontrek dgn jdt korang rasalah, lps ni dia main ala kadar shj, ddk bench pun x kisah mcm lokal2 star lain yg dilabu peramkan...lingkop bolasepak Malaysia sbb Nutralibasi yg x ada semangat patriotik, main hanya kerana fulus...

Lain-lain Komen

Quote Aikiko 5-6-2021 07:05 AM
Hhmmm...da agak da
Patutla
Quote wasssup27 5-6-2021 07:08 AM
Edited by wasssup27 at 5-6-2021 07:09 AM

tak ada maknanya. tmj pon tahu cools level lain. kena tunggu cool 35+ itu pon kalau prestasi dia merosot.
Quote boyagombak 5-6-2021 04:40 PM
X payahla Dion Cools, kau balik main Liga M bukan boleh bawak kemajuan, silap2 berkaratla ddk bangku simoanan..Aku rasa bila Cools dh rasa main dgn team HM masa lawan UAE tu, dia pun dah cuak main diliga M? Setakat itu sahajakah prestasi HM, kena lauk daun dgn UAE 4-0..Cuma Dion, Farizal, Shapik Ahmad yg bersungguh2, harapkan striker Mat Don jambang, DPaula Lemau hanya berjogging lenggang kangkung, harap bola sampai kekaki bila terlepas malas nk kejar balik...Hampeh punya Nutralibasi, buat peghabeh bogheh..ddk dkt Perak pun sakit hati...main hanya kerana fulus, sekarang jdt dah kena scam dgn mamat ni, masa lawan jdt pulun score sbb nak berhijrah ke jdt bayar mahal...skrg dh ikat kontrek dgn jdt korang rasalah, lps ni dia main ala kadar shj, ddk bench pun x kisah mcm lokal2 star lain yg dilabu peramkan...lingkop bolasepak Malaysia sbb Nutralibasi yg x ada semangat patriotik, main hanya kerana fulus...

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top