Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Dari Pagi Sampai Maghrib Melukis, Hafreez Adam Buat Duit Jual Lukisan Kanvas

4-6-2021 01:45 PM|Oleh: LilRose| Komen: 71

Sama seperti rakan artis lain, Hafreez Adam juga mengambil inisiatif bagi menampung kos sara diri ekoran pendapatan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Kredit foto: IG

Memanfaatkan kebolehannya dalam bidang seni, pelakoni tu kini banyak menghabiskan masa menghasilkan lukisan kanvas untuk dijual.

"Sebenarnya saya memang minat melukis dari dahulu lagi, cumanya dulu saya sibuk shooting tiada masa nak melukis.

"Lebih kurang dalam enam tahun juga saya tinggalkan bidang melukis ini... namun sejak PKP 2.0 awal tahun ini, saya dah start melukis balik.

"Bila saya buat IG Live sesi melukis, ada peminat berminat dan dari situ mereka cadangkan untuk saya jual lukisan... dari situlah bermulanya," kata Hafreez Adam Aizat Zahalan, 31, kepada mStar.





Bergantung pada bajet pelanggan, akuinya setakat ini harga RM600 adalah nilai tertinggi pernah dijualnya.

"Selain peminat, ada juga rakan-rakan artis yang beli dari saya antaranya, Eyra Hazali, Shikin Kamal, Ariz Forteen dan Azar Azmi... Azar pada mulanya dia nak beli, tapi kebetulan time tu birthday dia, saya bagi sahaja pada dia sebagai hadiah hari lahir dia.

"Setakat ini, saya melukis kalimah, nama serta abstract art untuk dijadikan jualan. Selalunya saya akan siapkan tempahan pelanggan dari waktu pagi sampai ke maghrib memang saya tumpukan pada melukis sahaja," ujarnya.





Bercerita mengenai kerjaya hiburannya, Hafreez dengan ralat berkata, penggambaran tiga drama dan sebuah filem yang bakal dibintanginya ditangguhkan berikutan PKP 3.0.

Malah, dia mungkin akan menarik dalam salah satu drama sekiranya jadual penggambaran bertembung.

Cantik juga hasil seni Hafreez, ada ke pembaca yang berminat atau dah beli lukisannya? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 71
Komen

Previous : "Cantik Ciptaan Tuhan" - Eyka Farhana Dipuji Cantik Macam Amyra Rosli

Next       : Nak Bedah Muka, DSV Tertunduk Ditarbiah Cik B

Komen Terbaru

Quote ImpianSeroja 6-6-2021 06:54 PM
Kagum dgn orang yg pandai melukis nie sbb iolls tangan keras kejung..org lidi bole la lukis

Lain-lain Komen

Quote slyfynx 4-6-2021 01:52 PM
Ntah la.
Maybe aku buta seni kot.
Tp ialah mcm biase je pada aku.
Ntah la.
Quote getarsukma 4-6-2021 01:53 PM
Bagus hadekkk... Keep up the good work.. kaka tak kenal pun uols sapa.. tapi kalau ada bakat melukis jangan abaikan.. jadilah inspirasi pada retis muda lain untuk hargai seni lukisan bukan seni menggedik dalam tiktok semata.. I'm proud of you..
Quote kakakgarang 4-6-2021 01:57 PM
since dia tak jadi dgn zara tu aku mkin menyampah dgn hesheolls...

mekap sekati
Quote Firis 4-6-2021 01:59 PM
Aku suke org yg pandai melukis
Quote chittie 4-6-2021 01:59 PM
Arts ni terapi. Bagus dik kau olah apa dlm minda ko ke arah seni gini. Seni ni sgt subjektif. Ada org suka ada org tak suka ..ko fokus pd yg suka. setle. keep it up dik
Quote helicornia 4-6-2021 02:00 PM
bagus la ada ikhtiar nk cari duit.daripada memekak mintak kerajaan tolong
Quote chittie 4-6-2021 02:02 PM
walau ko who r yusss tp sbb ko kretip akan ku fllw ig ko.
Quote whimsicalmusic 4-6-2021 02:09 PM
ok la..blh la..tp mesti time die painting tu die kejap2 tgk cermin dpn tu kn.. sbb die acah hensem.. hahaha aku mmg xbkenan ah dgn die ni.. gaye die bajet hensem bg aku
Quote dudaberhias 4-6-2021 02:12 PM
cantikkknya seni dia... iols puji sebab memang cantik... harap2 laris lukisan dia dan boleh la dia gunakan duit tu untuk laser muka dan pembedahan plastik dekat hatyai...

kalau boleh bulu2 di muka yang kena kopek2 macam kulit kelapa nak cari mulut untuk comolot tu pun dia laser habis bagi jadi macam baby... dan posing2 acah hensem dan acah2 takmau pandang camera tu pun di hentikan selepas ini...
Quote ninnamina 4-6-2021 02:12 PM
Berbakat nye.. iols salute org yg pandai melukis and mewarna ni sebab bakat melukis iols taraf basic2 je
Quote dudaberhias 4-6-2021 02:13 PM
whimsicalmusic replied at 4-6-2021 02:09 PM
ok la..blh la..tp mesti time die painting tu die kejap2 tgk cermin dpn tu kn.. sbb die acah hensem.. ...

tu la... cuba tengok vid heols yang gigit2 berus lukisan tu..
mesti dia lukis2 tu kejap2 rekod... kejap2 rekod sambil tersipu2 pandang kamera
dalam hati "hensemnya aku, hensemnya aku" lepastu sambung balik next stroke... sampai la ke maghrib

Quote ReginaGeorge 4-6-2021 02:21 PM
At least dia tak menagih simpati and free cash from the government {:good
Quote anilanil 4-6-2021 02:28 PM
Cantik. Bagusla rezeki halal. At least takde merempan nak bantuan khusus utk artis & rayu pelepasan cukai utk beauty supplement & make up.
Quote aemon 4-6-2021 02:29 PM
ni sek-sek sopi jikan la ni pandai melukis.macam imuda..

iols suke sgt lukisan tp iol buta lukisan walaupun kidal kate nyehhh kreatif.

Quote imanjannah 4-6-2021 02:32 PM
masyaAllah cantik..teruskan dik, ketiau dah x jual ke..
Quote imanjannah 4-6-2021 02:32 PM
masyaAllah cantik..teruskan dik, ketiau dah x jual ke..
Quote imanjannah 4-6-2021 02:34 PM
sangat kagum dan adore dengan orang yg berseni tangannya, gifted.. asyik sgt kalau melihat mereka berkarya.. teruskan dik.. jgn persiakan bakat yg Allah kurniakan
Quote aemon 4-6-2021 02:35 PM
dudaberhias replied at 4-6-2021 02:12 PM
cantikkknya seni dia... iols puji sebab memang cantik... harap2 laris lukisan dia dan boleh la dia g ...

keji ayat kaka dude
tapi at least lukisan dia boleh gantung kt dinding tak kena kambus blkg rumah!
Quote biozipstar 4-6-2021 02:41 PM
bagi aku cantik lukisan dia.. haha... aku suka abstrak dia.. tapi x banyak sangat duit nak beli kalau jual dgn harga yahudi.

Lihat semua komen(71)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top