Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Jangan Buat Spekulasi Isu Tutup Pintu - Azmin Ali

3-6-2021 02:20 PM Komen: 44
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta rakyat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hantaran dibuat Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di media sosial.

"Siapa yang buat spekulasi? Jangan buat spekulasi.


Kredit foto: IG/Harian Metro

"Datuk Seri Ismail Sabri antara ahli jemaah menteri yang telah diberi peranan penting dalam menangani dan menguruskan masalah Covid-19 sejak awal negara kita diserang pandemik ini.

"Kita ada dua jurucakap, pertama Ismail Sabri untuk isu keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah untuk isu kesihatan.

"Ia berjalan dengan baik dan sebagai ahli jemaah menteri, kita memberikan dokongan yang cukup kuat kepada mereka berdua kerana mereka menggalas tanggungjawab yang besar dalam menangani dan memerangi Covid-19," katanya dalam Taklimat Media Mengenai Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 di sini pada Khamis.

Respons itu sekali gus menggambarkan tiada timbul isu berlaku pertelagahan antara dua pemimpin kanan kerajaan itu.

Pada Rabu, Ismail Sabri hanya menulis "saya dah tutup pintu depan tapi...," selain disertakan dengan emoji sedih di akhir catatan berkenaan.

Meskipun hantaran tersebut tidak merujuk kepada sesiapa atau menyebut mana-mana keadaan, ia telah mengundang spekulasi kononnya mempunyai kaitan dengan kebenaran operasi diberikan kepada sebahagian besar perkhidmatan perlu dalam sektor perkilangan, meskipun negara kini sedang dalam pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown).



Mengulas lanjut, Azmin menegaskan, sebagai satu pasukan kesemua menteri mengambil keputusan secara kolektif.

"Kami sebagai satu pasukan kita selalu mengambil keputusan secara kolektif...kita juga sentiasa ada dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mesyuarat-mesyuarat lain.

"Ini prinsip yang saya pegang dan saya juga yakin rakan jemaah menteri akan terus berikan dokongan dalam memastikan semua jemaah menteri dapat mainkan peranan secara efektif," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
4
Bosan
3
0
0
Komen: 44
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote imanjannah 7-6-2021 12:16 PM
nyampah sangat aku ngan ko ni jemin, selangor kes beribu2, x pernah pkpd pun sebb byk kes punca dr kilang, tempat lain kes baru ratus dah pkpd,  ni kilang syok beroperasi, sampai bila selangor nak gini jemin oii.. nyampahhh

Lain-lain Komen

Quote minahrecon 3-6-2021 02:27 PM
Hmm.....kalau cam ni nampak nya.....memang government berharap vaksin la ni harapan terakhir....SBB ekonomi xtutup sepenuhnya.......atau memang gov xnak kes trun SBB takut xde power....
Quote midori_katana 3-6-2021 02:36 PM
Petisyen pecat menteri tak guna ni dah ada belum? Kalau ada kabor.. tak sabar nak sign..
Quote isbritneybich 3-6-2021 02:40 PM
yela pintu belakang dia asyik kembang kuncup dia sah2 la dia tak mau tutup. tutup2 makin dipaksa kan sakit nanti
Quote CiliPadiSedap 3-6-2021 02:42 PM
pintu belakang sedap sangat kut ada aircond
Quote nolya 3-6-2021 02:52 PM
Keputusan memang kolektif tapi amalan lain2.
Quote toynme 3-6-2021 02:54 PM
baru nampak belang dia kann
Quote MissYouSayang 3-6-2021 02:58 PM
Dalam pkr sendiri ada ramai kartel rosak. Zaman ph , anwar perosak. Zaman pn , azmin plak perosak. So jangan ada susur galur pkr dalam gov.deme suke toron belakang
Quote citulla3 3-6-2021 03:06 PM
midori_katana replied at 3-6-2021 02:36 PM
Petisyen pecat menteri tak guna ni dah ada belum? Kalau ada kabor.. tak sabar nak sign..

ai pun x sabar nak sign kalo ada petisyen pecat dia nie...
Quote totokreturn. 3-6-2021 03:07 PM
hari ni je kes 8k++

bila nak habis lockdown woi
Quote TomyamPuteh 3-6-2021 03:08 PM
Klau pintu kt umah bentuknya cantik. Mcm2 design, pattern. Jijik plak aku bayangkn pintu belakang si azmin ni
Quote ladybugz 3-6-2021 03:14 PM
i pun nk sain kalu ada #letakjawatanmenteripintubelakang
Quote ellZack 3-6-2021 03:24 PM
Edited by ellZack at 3-6-2021 03:28 PM

Dah ada. Macam mana ntah nak bagi link tu live guna phone. Copy paste je la sendiri rakan rakan internet.

https://bit.ly/3z0FuFl
Quote rosmahisham 3-6-2021 03:26 PM
Edited by rosmahisham at 3-6-2021 03:29 PM

X paham dulu2 kononnya tun det nak rampas dia nih dr bang non..bkn bagus tara mana pon!knp
la nk jahat lg time malaysia teruk camni.pdhal dh kenyang byk dr zmn AI jd TPM lagi..nk berurusan nk kawtim jumpa dia dulu!
Quote anony-mous 3-6-2021 03:29 PM
MissYouSayang replied at 3-6-2021 02:58 PM
Dalam pkr sendiri ada ramai kartel rosak. Zaman ph , anwar perosak. Zaman pn , azmin plak perosak. S ...

Zaman ph pon azmin ni perosak lahanat punya gay
Quote samperit 3-6-2021 03:30 PM
midori_katana replied at 3-6-2021 02:36 PM
Petisyen pecat menteri tak guna ni dah ada belum? Kalau ada kabor.. tak sabar nak sign..

Menteri tak guna mana sis? Sbb boleh kata semua pun x guna?

How lah ?
Quote dodolgemok 3-6-2021 03:42 PM
Dh geng kau sendiri buat caption cetus spekulasi. Pastu paklong tu pulak cover line cakap tutup pintu sbb nak pulang. Apa bangang masing2 punya perangai??
Quote zaianim 3-6-2021 06:22 PM
Dia dulu masa jd MB Selangor ramai yg memuja muji.. skrg bila jadi menteri kabinet ramai pulak yg mengeji-ngeji.. rakyat memerhati..
Quote MissVixen 3-6-2021 06:28 PM
Jemin dan bini dia takde pulak kena hiv, std lain. Siap ada video sekali.
Quote Solero 3-6-2021 06:30 PM
midori_katana replied at 3-6-2021 02:36 PM
Petisyen pecat menteri tak guna ni dah ada belum? Kalau ada kabor.. tak sabar nak sign..

Aku pun nak sign jgak..

Lihat semua komen(44)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top