Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Gunting Tertinggal Dalam Perut Selepas Pembedahan

1-6-2021 09:40 AM Komen: 10
Ankara: Tanda tanya ibu tujuh cahaya mata yang sakit selepas pembedahan terjawab apabila pemeriksaan mendapati gunting tertinggal di dalam perutnya.

Nurcihan Ogmen, 61, dari wilayah Aydin di barat daya Turki itu sebelum ini dimaklumkan sakit itu adalah normal selepas pembedahan dijalankan.

Perkara itu dimaklumkan doktor yang membedahnya di sebuah hospital swasta di Kusadasi pada 5 Mac lalu.


Foto: Agensi

Agensi berita tempatan, AHaber berkata, lebihan kulit perut Nurcihan dibuang doktor ketika pembedahan.

Dia kemudian dibenarkan pulang keesokan harinya selepas menjalani pembedahan selama lima jam.

Namun, dia kembali semula ke hospital selepas mendapati ada bengkak selain sakit pada perut.

Bagaimanapun, doktor hanya memaklumkan ia adalah perkara normal setiap kali selepas pembedahan dan sakit akan beransur pulih.

Selepas dua bulan, Nurcihan bersama suaminya pergi ke Hospital Negeri Soke untuk menjalankan pemeriksaan susulan kerana masih berasa sakit.

Apa yang mengejutkan, laporan imbasan sinar-X mendapati terdapat gunting pada bahagian kiri abdomennya.

Dia kemudian bertemu semula doktor yang melakukan pembedahan awal terhadapnya bagi mengeluarkan gunting itu.

Gunting yang tertinggal di dalam abdomennya berjaya dikeluarkan dalam pembedahan selama dua jam.

"Perut saya begitu sakit selepas pembedahan namun doktor tidak mempercayai apa yang saya katakan.

"Doktor hanya meminta saya bersabar dan tidak berminat untuk mendengar masalah yang saya hadapi," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Cece1234 1-6-2021 11:13 PM
Bole plak tertinggal..

Lain-lain Komen

Quote umbut 1-6-2021 10:13 AM
Samannnnnnnnn
Quote stingerbaik 1-6-2021 10:20 AM
Benar sungguh bagai peribahasa...gergaji gunting dalam perut.....


Kahkahkahkahkah
Quote insulin 1-6-2021 10:24 AM
Cuai sungguh doktor yang membedah makcik ni. gunting kut. Tak kira alat pembedahan selepas habis operasi ke?
Quote tumpanglalu74 1-6-2021 11:58 AM
Edited by tumpanglalu74 at 1-6-2021 12:00 PM

Ini la golongan yang paling tak boley pecaye.  Udah la tu bila operet kita kene sain agreement yang kita pulak setuju ambek segale risiko.  Kalo dapat serjen gile macamane?  

Ade sedare aku deme tertinggey plastik macam misai kucen je, lambat buang langsung menderite seumor idop.  Takleh koje sampe sekarang..
Quote Thunderclouds 1-6-2021 04:28 PM
Bila ni? La ni pyh naw nk blaku. Bukan xdak,payah dh nk blaku sbb suma alat mmg kira dlu seblom & selepas operations hatta kapas kapas hat dap2 darah tu pn kira dh guna bpa ketoi. Kalau jd jgk mmg khilaf depa la. Mintaak simpang ank branak kami.
Quote Artemesiaa 1-6-2021 04:30 PM
Sah ada kecuaian selayaknya disaman
Quote stingerbaik 1-6-2021 04:32 PM
tumpanglalu74 replied at 1-6-2021 11:58 AM
Ini la golongan yang paling tak boley pecaye.  Udah la tu bila operet kita kene sain agreement yang  ...

negligence tidak tertakluk dlm kurungan undertaking yg telah kau tandatangani....you can still sue the hospital or the surgeon....terutama if due care has been compromised sehingga terjadinya incident tersebut
Quote Babai 1-6-2021 04:34 PM
Edited by Babai at 1-6-2021 04:36 PM

Lumrah. Medical negligence ni benda yang biasa terjadi di mana-mana tempat/negara di seluruh dunia. Boleh ambil tindakan undang2.
Quote lavieenrose 1-6-2021 11:10 PM
Serius ngeri weyy
Quote Cece1234 1-6-2021 11:13 PM
Bole plak tertinggal..

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top