Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Pasaipa Hang Pi Alih Penghadang Konkrit Tu?"

21-5-2021 08:59 AM Komen: 11
Alor Setar: Tindakan seorang lelaki mengalihkan penghadang jalan konkrit di Jalan Bukit Tinggi-Bukit Pinang di sempadan daerah ini menggunakan jengkaut yang dipandunya mengundang padah apabila ditahan polis, hari ini.

Lelaki berusia lingkungan 40-an yang menetap di daerah ini ditahan polis berdasarkan maklumat yang diterima.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, penutupan jalan itu dilakukan untuk menghalang pergerakan sebarang kenderaan keluar atau masuk dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kawasan daerah Kota Setar yang bermula semalam hingga 1 Jun ini.

Foto: Harian Metro

Menurutnya, ketika pasukan pemantau Covid-19 melakukan pemantauan di kawasan itu pada 10.30 pagi didapati penghadang konkrit sudah dialihkan.

"Berikutan itu, hasil maklumat yang diperolehi berjaya menahan lelaki berkenaan di sebuah rumah di Jalan Pinang Jaya, Kepala Batas pada 2 petang ketika dia sedang bekerja di lokasi pembinaan rumah.

"Hasil semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah," katanya pada sidang media di sekatan jalan raya (SJR) Kepala Batas di sini, hari ini.

Mohd Redzuan berkata, lelaki itu mengaku melakukannya selepas mendapati jalan di situ ditutup dan bertindak mengalihkan penghadang jalan berkenaan untuk memudahkan dia ke tempat pembinaan rumah.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, pihaknya percaya perbuatan mengalihkan penghadang konkrit itu dilakukan pada waktu malam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan jahat yang mungkin menyebabkan merebak jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya pada nyawa.

"Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat harta benda menyebabkan kerugian atau kehilangan," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Redzuan mengingatkan semua penduduk di daerah ini atau sempadan berhampiran supaya patuh pada prosedur operasi standart (SOP) yang ditetapkan berikutan jumlah kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
2
0
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 23-5-2021 01:30 AM
orion_pax replied at 21-5-2021 02:02 PM
Syabas polis sebab berjaya menyekesaikan kes ini dalam masa yang singkat..tak macam kes kayangan..si ...

Kan
Ada yg kata polis hny dpt gmbr
Kejadian x berlaku dpn mata
That's why bkk siasatan
Ni apa cerita
No picture
No police presence
Yet there you go
Siap ujian air kencing

Mmg hancheng lh kan


Lain-lain Komen

Quote renko 21-5-2021 09:17 AM
suh dia betulkan balik guna tangan
Quote merrissa 21-5-2021 09:23 AM
Tak pasal2...kaya confirm kene denda je

If marhain buat penjara terus
Quote NataliaLuiz 21-5-2021 01:32 PM
Pasaipa pasaipa pasaipa??
Quote uori 21-5-2021 01:47 PM
kegigihan yang patut dipuji dan dikeji
Quote Manjahati 21-5-2021 01:55 PM
Saja cari pasal
Quote orion_pax 21-5-2021 02:02 PM
Syabas polis sebab berjaya menyekesaikan kes ini dalam masa yang singkat..tak macam kes kayangan..siasat pah cerohhhhhh
Quote CikYaYaYa 21-5-2021 07:04 PM
xder pasaii gi cari psaii.
Quote Firenzza 21-5-2021 07:07 PM
Halangxn yg dibina tu ada tampal apa2 notis x? Klau xde blh lawan kes kt mahkamah, lg pun dia alih sbb nk cari sesuap nasi tmpt dia selalu kerja
Quote Skuau 21-5-2021 07:19 PM
terui hukum ka......biasa buka/buat kertas siasatan terlebih dahulu...x caya...tanya lopak...
Quote Thunderclouds 23-5-2021 01:24 AM
Ketegaq nohhhh...
Quote supernaturalee 23-5-2021 01:30 AM
orion_pax replied at 21-5-2021 02:02 PM
Syabas polis sebab berjaya menyekesaikan kes ini dalam masa yang singkat..tak macam kes kayangan..si ...

Kan
Ada yg kata polis hny dpt gmbr
Kejadian x berlaku dpn mata
That's why bkk siasatan
Ni apa cerita
No picture
No police presence
Yet there you go
Siap ujian air kencing

Mmg hancheng lh kan


Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top