CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'Dituduh Mengata, Memfitnah' - Bicara Kes Saman RM1 Juta Ustaz Abu Syafik Terhadap Amin Idris Bermula

20-5-2021 07:47 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 2487| Komen: 20|Original author: Sang_Pencinta

Description: Tahun lalu media sosial gempar dengan kenyataan personaliti TV dan penceramah motivasi, Amin Idris yang mengeluarkan kenyataan pedas di Facebook terhadap penceramah bebas Ustaz Abu Syafik.

Tahun lalu media sosial gempar dengan kenyataan personaliti TV dan penceramah motivasi, Amin Idris yang mengeluarkan kenyataan pedas di Facebook terhadap penceramah bebas Ustaz Abu Syafik. 


Dalam kenyataan secara terbuka beliau, Amin Idris membidas perangai Ustaz Abu Syafik yang dikatakan suka mengata, memaki, menyesatkan dan memfitnah orang lain di Facebook.

"Bila dikritik dan diperli kelakuannya, eh tiba-tiba PM meminta saya memohon maaf, yang kau hina orang, mengata orang, tuduh orang, ada kau minta maaf," kata kenyataan Amin Idris dalam satu hantaran di Facebooknya bertarikh 24 April 2020.


Kredit Foto: Beautiful Nara


Susulan itu, ramai pemerhati yang menyokong dan bersetuju dengan kenyataan Amin Idris tersebut sehinggakan Ustaz Abu Syafik telah menghantar surat peguam kepada Amin Idris menuntut permohonan maaf beserta saman RM1 juta kerana dikatakan merosakkan reputasi dan mencalarkan kredibilitinya.

Bagaimanapun kes itu senyap seketika selepas peguam Amin Idris pula menghantar surat balasan untuk menolak semua permintaan daripada Ustaz Abu Syafik.


Kredit Foto: Carian Google


Bagaimanapun, semalam, peguam kepada Abu Syafiq iaitu Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates and Solicitors mengesahkan mereka tidak pernah berundur daripada tuntutan mereka sebaliknya kes itu akan mula dibicarakan pada hari esok (20 Mei 2021).

"Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 20, 21, 27 dan 28 Mei bagi perbicaraan kes' kata Nurul Hafidzah kepada media.

"Kami sudah cuba mencari jalan penyelesaian secara baik tetapi gagal jadi kami mengambil keputusan untuk meneruskan tindakan undang-undang," kata kenyataan itu lagi.

Apakah kesudahan kepada perselisihan kedua-dua penceramah bebas ini? Kita nantikan kisah dari mahkamah nanti. -CARI

 

 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harizs 20-5-2021 07:50 AM
dia maki orang takpa....orang maki dia, dia terus saman
Quote dudaberhias 20-5-2021 07:55 AM
muka ustaz kanan tu bengis... takde aura ustaz... aura benci lagi membuak2 dari muka shuk...

tengok la perangai pun tak semenggah... dia pun ada kutuk EL haritu...
Quote laksmanabentan 20-5-2021 07:58 AM
Amin ni yg dulu kena scammer dgn filipino kannn...
Quote supernaturalee 20-5-2021 08:04 AM
laksmanabentan replied at 20-5-2021 07:58 AM
Amin ni yg dulu kena scammer dgn filipino kannn...

Dan jgk khutbah guna pedang or something dr marvel merchandise
Raya mgu lps tah ape plk die guna




Quote laksmanabentan 20-5-2021 08:07 AM
supernaturalee replied at 20-5-2021 08:04 AM
Dan jgk khutbah guna pedang or something dr marvel merchandise
Raya mgu lps tah ape plk die guna ...

sesuatu kannnn mamat nih...
hahahhaah...
Quote Normabaru 20-5-2021 08:24 AM
Dedua poyo menyampahhhh!

Tp kena puji kulit amin ni cantik. Kaka terjumpa kt pintu.. Mmg tkesima kejap. Hehehe
Quote takayama 20-5-2021 09:01 AM
xde mediation dulu ke seblm trial atau dedua keras kepala xnak buat
Quote makneng 20-5-2021 09:18 AM
Ustazd akhoir dzaman
Quote uori 20-5-2021 09:36 AM
zaman sekarang nih, ostad dah tak dipandang tinggi dah
Quote Nnasda53 20-5-2021 10:17 AM
Saman je la selagi mampu.
Quote awanysss 20-5-2021 10:43 AM
Normabaru replied at 20-5-2021 08:24 AM
Dedua poyo menyampahhhh!

Tp kena puji kulit amin ni cantik. Kaka terjumpa kt pintu.. Mmg tkesima ...

kan.. dia kat tv and kat gambar nmpk biasa..depan2 helok betul..
dulu dtg ceramah kat sekolah, jgn kata melayu, cina ngan india pun suka..
bila dia bgtau ada baby, satu budak terjerit 'haaa dah kawin ke''
satu dewan ketawa sbb suara budak tu mcm terkejut plus kecewa haha
Quote awanysss 20-5-2021 10:44 AM
takayama replied at 20-5-2021 09:01 AM
xde mediation dulu ke seblm trial atau dedua keras kepala xnak buat

rasanya dah try tp tak jalan.. ikut ayat lawyer tu mcm dah buat everything tp still nak proceed full trial..
Quote Normabaru 20-5-2021 11:05 AM
Edited by Normabaru at 20-5-2021 11:14 AM
awanysss replied at 20-5-2021 10:43 AM
kan.. dia kat tv and kat gambar nmpk biasa..depan2 helok betul..
dulu dtg ceramah kat sekolah, jg ...


Laaa... Terus ingt dia nk kawen ke even if single pon.. Luls

nway perangai poyo dia tu kaka xblh blah. perasan tony stark bagai.. Mujur la katik je so dr muka dia kaka rate 8.5 terus jadi 4 sbb kepoyoan dia..

In case bini dia xlawa mana maka hidupla ko boosting his ego for the rest of ur life coz laki gini unless u r the one he terhegeh2.. Then u will be only his doormat jela.. Ego laki poyo cm dia ni sgt tinggi woo

Edit:
As per my prediction.. Punya la xproud w his own wife.. Dh 10.3k posting br 1 je pic bini.. Tu pon sbb raya pkp kot.. Haih. Ebit yg bini ninja tu pon berpuluh pic menempel kt ig laki. Ko? Sekeping setelah bpuluh tahun kawenBertabahla bini.. Hehehehe

[ig]https://www.instagram.com/p/CO0OdZoLm3v/?utm_medium=copy_link[/ig]

Quote umbut 20-5-2021 11:12 AM
Kalaun amin x cakap apa pun.. Memang org menyampah tgk muka ko.. Rosak kredibility apooonya.. Perasan
Quote umbut 20-5-2021 11:14 AM
uori replied at 20-5-2021 09:36 AM
zaman sekarang nih, ostad dah tak dipandang tinggi dah

Sebab ustaz dan pu pu macamni lah yg buat org x pandang.. Perangai ntah apa apa
Quote awanysss 20-5-2021 11:18 AM
Normabaru replied at 20-5-2021 11:05 AM
Laaa... Terus ingt dia nk kawen ke even if single pon.. Luls

nway perangai poyo dia tu kaka x ...

baru ni dia ada share gmbr raya ngan wife dia kan.. cantik juga... mcm ustazah2..
tp dulu masa dia ceramah kat sekolah i tu dia puji2 wife dia.. selalu jenis ego2 ni takkan puji org kan..
iols tak tahu kenapa kat forum ni dia dicerca..
iols ada soft spot kat dia
Quote Normabaru 20-5-2021 11:24 AM
awanysss replied at 20-5-2021 11:18 AM
baru ni dia ada share gmbr raya ngan wife dia kan.. cantik juga... mcm ustazah2..
tp dulu masa di ...

Hahaha.. Xdela cerca. Cuma cm rengsa dia too poyo. For me klu ko nk perasan ko tony stark ke ape.. Org ckp xpela. Ni self claim.. Sama level mcm jah juga.. Perasan siti khadijah. Kohkoh...

Ye kaka dah edit komen kaka. Dia first time post pic bini dia.. Kaka never been to any of his talk.. Coz dia ni pada kaka sama level dgn amar magician tu.. Bdk uia gk. Jenis poyo2.. Ustaz sekor tu mmg xpyh ckp la. Forever cancelled!meluat da.. Hehehe
Quote takayama 20-5-2021 11:46 AM
awanysss replied at 20-5-2021 10:44 AM
rasanya dah try tp tak jalan.. ikut ayat lawyer tu mcm dah buat everything tp still nak proceed fu ...

klu dah buat tp x jalan mmg dedua hati hitam... hahahahaha
Quote takayama 20-5-2021 11:48 AM
awanysss replied at 20-5-2021 11:18 AM
baru ni dia ada share gmbr raya ngan wife dia kan.. cantik juga... mcm ustazah2..
tp dulu masa di ...

dia dah ada anak uyg dah besar ke? atau kaka salah org kot
X minat dia ni, sejenis poyo tp klu suruh pilih antara dia dgn si abu tu, konpem kaka pilih dia... hahahahaha

Lihat semua komen(20)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-8-2022 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.087306 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top