CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Hebat dalam penulisan? Jom jana pendapatan sampingan dengan menjadi Penulis Freelance CARI

19-5-2021 03:36 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3207| Komen: 32

Description: Anda minat menulis? Ingin menjana pendapatan melalui penulisan? Minat dengan topik trending di laman sosial?





Anda minat menulis? Ingin menjana pendapatan melalui penulisan? Minat dengan topik trending di laman sosial?


CARI Content Warrior merupakan satu skim baharu yang diperkenalkan di CARI.COM.MY khas untuk anda yang berminat untuk menulis apa sahaja yang boleh boleh menjadi viral atau diminati pengguna lain.


Anda layak bergelar CARI Content Warrior atau penulis kami bila artikel yang anda hantar terpilih untuk disiarkan di laman CARI.COM.MY dan Cari Facebook page (followers 100 ribu ++).


Bagaimana ingin sertai?

1. Daftar di SINI dan anda boleh mula hantarkan artikel anda kepada kami.

2. Untuk hantar artikel, selepas daftar, anda boleh mula login. Kemudian pergi 'Warrior Center' -> Article Manage -> New Articles.


3. Maklumat lanjut tentang cara memasukkan dan menghantar artikel, KLIK DI SINI.


4. Artikel anda akan dinilai/ disunting/ ditambah/ ditolak oleh editor.


5. Anda boleh melihat status artikel pending, approved atau rejected.


Artikel anda harus merangkumi:

1. Cover photo

-Merupakan gambar yang akan dijadikan 'cover' atau 'featured image' bagi artikel berkenaan.

-Pemilihan gambar yang sesuai dengan artikel dan cantik seharusnya menjadi keutamaan.

-Saiz 'cover photo' haruslah 1200 x 630 pixels.


2. Tajuk

- Pemilihan tajuk catchy dan provokatif dibenarkan namun jangan 'over' atau menyentuh sensitiviti perkauman dan agama.


3. Channel

1. Fokus

2. Hiburan Trending

3. Gosip Socmed

4. Gaya Hidup (Kecantikan, Fesyen, Keluarga, Tips& Petua)

5. Explorasa (Food & Travel)

6. Teknologi (Gajet, Automobil)

7. Sukan

8. Politik

9. Lain-lain (Global, Misteri, Seram)


4. Kandungan/content original

- Menggunakan bahasa yang santai dan mudah difahami (namun bukan bahasa pasar).

- Perenggan yang pendek dan tidak meleret ( 4 baris satu perenggan).

- Jumlah perkataan 300- 500 perkataan sahaja bagi satu artikel.

- Tahu dan biasa dengan gaya penulisan CARI.COM.MY yang santai, bersahaja dan tidak meleret.

- Hasil penulisan mesti ada sumber, bukan karangan, hasil nukilan sajak atau promosi produk.

- Masukkan gambar hiasan, 'screenshot' atau video yang berkenaan dengan artikel.


5. Memetik sumber

- Petik sumber asal (contoh, Memetik laporan Astro Awani, Menurut laporan The Guardian).


Apakah larangan dalam artikel?

1. Berita palsu

2. Informasi tidak tepat

3. Elemen seks dan keganasan

4. Isu sensitif seperti perkauman dan agama

5. Copy & Paste


Tugas Cari Content Warrior

1. Tiada had dalam penghantaran artikel. Tulis apa sahaja tajuk yang boleh viral!

2. Sentiasa pastikan kualiti artikel (seperti ejaan, bahasa, perenggan dan sebagainya) sebelum dihantar.

3. Pastikan maklumat yang diberikan tepat.

4. Boleh berkongsi pandangan peribadi namun digalakkan bersikap neutral sepanjang masa.

5. Plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Artikel yang mengandungi lebih 50 peratus sama dengan website lain, akan disekat dari diterbitkan.

6. Elakkan menggunakan gambar yang mempunyai watermark. Setiap gambar yang digunakan harus dipetik sumber asalnya. (Contoh, Sumber foto: Media Hiburan).

7. Tularkan artikel masing-masing yang sudah diterbitkan di laman CARI.COM.MY agar dapat mencapai Page View (PV) yang tinggi. (Semakin tinggi PV, semakin tinggi jumlah bayaran anda).


Ganjaran

Ganjaran bagi setiap penulis akan dibayar seperti berikut:

1. Page view (PV) di portal Cari

a. Level 1 - Kadet : mendapat RM1.00 bagi setiap 1,000 PV (mengikut report daripada Google Analytic)

b. Level 2 - Master : mendapat RM1.30 bagi setiap 1,000 PV (mengikut report daripada Google Analytic)

c. Level 3 - Mahaguru : mendapat RM1.50 bagi setiap 1,000 PV (mengikut report daripada Google Analytic)


Jumlah PV yang dihasilkan dalam bulan Mac akan dibayar pada hujung bulan April atau sebelum 5 Mei. 

Jumlah PV yang dihasilkan dalam bulan Mac merangkumi keseluruhan PV yang dihasilkan artikel ditulis pada Mac, Feb dan Jan.


2. Page view (PV) di forum Cari

Semua artikel yang diletakkan di forum Cari turut mendapat ganjaran iaitu sebanyak RM1.10 bagi setiap 1,000 PV (mengikut report daripada Google Analytic).


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 19-5-2021 03:43 PM
singgit? singgit tiga posen?


wow.
Quote stingergrapes 19-5-2021 03:43 PM
duit haram......


kahkahkahkahkahkah
Quote songhara1226 19-5-2021 03:55 PM
Blastoff mngkin boleh mohon
Quote Belibis 19-5-2021 03:59 PM
Tukang reply takdo ko??? Lepas duit jajan jadi ler.
Quote syadq 19-5-2021 04:03 PM
Boleh tak skip part FB, IG info tu semua?

Tapi manuskrip boss minta pon takde progress lagi ni  
Quote R2D2 19-5-2021 04:04 PM
aku tak layak
kalau aku buka thread pasal ADUN PH kena Covid-19
thread jadi sendu
so PV rendah

kalau aku copy paste berita Selangor tertinggi kes Covid-19
pun sama
thread jadi sendu
so PV rendah

sekian



Apakah larangan dalam artikel?
5. Copy & Paste

Tugas Cari Content Warrior
7. Tularkan artikel masing-masing yang sudah diterbitkan di laman CARI.COM.MY agar dapat mencapai Page View (PV) yang tinggi. (Semakin tinggi PV, semakin tinggi jumlah bayaran anda).


Quote Normabaru 19-5-2021 04:08 PM
manak apply cepat.. ko jobless kan..baru la xmn bertukar ganti hari2 mcm tukar spender. Kahkahkahhh
Quote famri7 19-5-2021 04:11 PM
Buat kerja freelance dpt rm200-300 sejam..guna masa sebaiknya ya...
Quote matchstick 19-5-2021 04:36 PM
Salah satu requirement kena tahan maki{:smile
Quote MissNigga 19-5-2021 04:38 PM
Kasi naik ar sikit pymt tu. At least RM10 untuk 1000PR...ni RM1.. RM1. 30 huhu
Quote KIM.K 19-5-2021 05:48 PM
Iklan mahal. Bayo writer sendu
Quote dua_chzy 19-5-2021 06:14 PM
Betul. Gila sendu bayaran.
Quote supernaturalee 19-5-2021 06:36 PM
MissNigga replied at 19-5-2021 04:38 PM
Kasi naik ar sikit pymt tu. At least RM10 untuk 1000PR...ni RM1.. RM1. 30 huhu

Hey missnigga
Where the hell have you been??
Omg lm gile x nmpk


Quote dani-rox 19-5-2021 06:53 PM
Mohon FB/IG sbg optional, sbb satu tu dah takde, satu lg utk stalking... eh research purpose only

Level 1 = rm10
Level 2 = rm20
Level 3 = rm30

Take it or leave it. Gituh akak demand
Quote Tinot7 19-5-2021 08:01 PM
Kome dok kutuk2 bayaran ni.. cenggini la bayaran yg ayam dpt setiap bln.. tau tak?
Cian dia dah jadi rendang...
Quote Kiyah 19-5-2021 09:00 PM
Tinot7 replied at 19-5-2021 08:01 PM
Kome dok kutuk2 bayaran ni.. cenggini la bayaran yg ayam dpt setiap bln.. tau tak?
Cian dia dah jad ...

Ayam dah terkorban ke?  Patut lama xnampak..baik ngaku sape yang rendangkan dia ni? Ke dah kena sumpah jd tabung ayam??
Quote Tinot7 19-5-2021 09:25 PM
Kiyah replied at 19-5-2021 09:00 PM
Ayam dah terkorban ke?  Patut lama xnampak..baik ngaku sape yang rendangkan dia ni? Ke dah kena su ...

Dah jadi lauk la kaka...
Tak tau sape punye keje.. cer tanya ipan
Quote kakikuDibibirmu 20-5-2021 12:07 AM
Lagi suka ayam vietnam, satu jam RM300 jah
Quote MissNigga 5-8-2021 07:00 PM
supernaturalee replied at 19-5-2021 06:36 PM
Hey missnigga
Where the hell have you been??
Omg lm gile x nmpk

Hi uols.. Tue ar... Sejak dah kawin dan ada ank ni, mmg tak sempat langsung nak berporem huhu... Masuk ni pun nak tau sapa pelawak yg terlibat dlm kes memperdagangkan manusia tu huhu

Lihat semua komen(32)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-7-2022 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.104503 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top