CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Israel-Palestin: Suara Tiada Nilai Jokowi Tak Disegani Pemimpin Dunia

19-5-2021 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3970| Komen: 27

Description: Pemerhati politik Indonesia, Rocky Gerung mendakwa suara Presiden Joko Widodo atau Jokowi tidak memberi sebarang impak dalam keganasan Israel-Palestin, lapor portal berita Suara.com.
Pemerhati politik Indonesia, Rocky Gerung mendakwa suara Presiden Joko Widodo atau Jokowi tidak memberi sebarang impak dalam keganasan Israel-Palestin, lapor portal berita Suara.com.

Dakwanya, Jokowi kurang dikenali dan tidak disegani pemimpin dunia lain berikutan kegagalannya hadir dalam banyak persidangan penting antarabangsa.



Kredit foto: VOI.id

Selain itu, penglibatan kurang aktif Jokowi dalam isu Asia Barat juga menjadikan pengaruhnya tidak sekuat pemimpin Indonesia terdahulu.

“Ini adalah kelemahan Indonesia sekarang apabila pemerintah kita tidak digeruni atau dikenali di peringkat antarabangsa.

“Suara pemimpin Indonesia sebelum ini dipandang tinggi kerana diyakini mampu menyumbang kepada jalan perdamaian tetapi kini, tidak lagi,” katanya dalam sebuah video yang disiarkan di laman YouTube.

Dia kemudian membandingkan era Jokowi dengan presiden sebelumnya termasuk Soeharto, Habibie dan Susilo Bambang Yudhoyono atau SBY.


“Profil antarabangsa kami sangat kuat pada zaman Soeharto, Habibie dan SBY kerana suara kami masih dipertimbangkan.

“Sekarang pemerintah kita tidak mahu berinteraksi di peringkat antarabangsa. Oleh itu, tidak ada yang tahu siapa Jokowi di forum antarabangsa,” katanya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 19-5-2021 11:28 AM
International mengwho are yousskan je heols

Die lbh jaga org die je kot

Quote umbut 19-5-2021 11:35 AM
Tak pandai speaking kot..tu yg byk x gi persidangan.
cam tun m dulu dia punya speech hebat
Quote Orix 19-5-2021 11:41 AM
ceh. ko hengat abah sembab tu negara luar tak who r yussss kan ke ?
Quote stingergrapes 19-5-2021 11:44 AM
Orix replied at 19-5-2021 11:41 AM
ceh. ko hengat abah sembab tu negara luar tak who r yussss kan ke ?

Bukan setakat yiddin abahcow di who r yus kan, Many of them kalau beri peta dunia pun utk tunjuk location malaysia akan point to mongolia.....tak tahu pasaipa...kau tahu orix?

Kahkahkahkahkah
Quote Orix 19-5-2021 11:51 AM
stingergrapes replied at 19-5-2021 11:44 AM
Bukan setakat yiddin abahcow di who r yus kan, Many of them kalau beri peta dunia pun utk tunjuk l ...

ok la tu. chuols kalau iols bg peta kosong suruh tunjuk mana Italy, mana Brazil, mana Sweden, mana Kazakhstan, mana Iran, mana Turki, mana South Korea, mana North Korea pun iols x rasa chuols mampu nk pin point
Quote orgbiasaje 19-5-2021 12:07 PM
Aku rasa part2 pemimpin bersuara isu Palestin ni, suara Tun M je yg dunia cakna...
Dari dulu lantang bersuara...
Teringat pulak mitos2 dulu2 pasal Tun dgn askar..
Quote Firenzza 19-5-2021 12:09 PM
Nak disegani & digeruni ikut style kim jong un la.....usa pun takut
Quote ifanonline 19-5-2021 12:25 PM
orgbiasaje replied at 19-5-2021 12:07 PM
Aku rasa part2 pemimpin bersuara isu Palestin ni, suara Tun M je yg dunia cakna...
Dari dulu lantan ...

Tun M konsisten dlm perjuangan membela palestine...tetapi Tun tak pernah jejak kaki ke bumi Palestine...

Najib Razak perdana menteri pertama Malaysia jejak kaki ke Palestine...tapi sayang, Najib tak dihormati masyarakat antarabangsa
Quote orgbiasaje 19-5-2021 12:32 PM
ifanonline replied at 19-5-2021 04:25 AM
Tun M konsisten dlm perjuangan membela palestine...tetapi Tun tak pernah jejak kaki ke bumi Palest ...

Kadang2 takperlu jejak kaki ke Palestine untuk tunjuk buat sesuatu...pergi sana pun bukan boleh buat apa.. Mereka perlukan doa dan dana...
Aku percaya dlm diam, tun M ada buat sesuatu yg org malaysia terutama haters dia x tau...
Entah, ni pendapat aku je.. Mungkin abb aku terlampau byk baca mitos2 tun M di belakang tabir
*peace*
Quote ifanonline 19-5-2021 12:43 PM
orgbiasaje replied at 19-5-2021 12:32 PM
Kadang2 takperlu jejak kaki ke Palestine untuk tunjuk buat sesuatu...pergi sana pun bukan boleh bu ...

betul...Tun M ada sumbangan dia, Najib pun ada..
Quote Punat_button 19-5-2021 12:54 PM
Orix replied at 19-5-2021 11:51 AM
ok la tu. chuols kalau iols bg peta kosong suruh tunjuk mana Italy, mana Brazil, mana Sweden, mana ...

Aku mungkin fail satu ja, Kazakhstan. Sipi2 bolehlah dekat gohead gostan.
Quote Boomibulat 19-5-2021 12:58 PM
orgbiasaje replied at 19-5-2021 12:32 PM
Kadang2 takperlu jejak kaki ke Palestine untuk tunjuk buat sesuatu...pergi sana pun bukan boleh bu ...

MAHATHIR.png
Quote lavendernovella 19-5-2021 01:17 PM
orgbiasaje: Kadang2 takperlu jejak kaki ke Palestine untuk tunjuk buat sesuatu...pergi sana pun bukan boleh buat apa.. Mereka perlukan doa dan dana... Aku percaya ...

Mmg betul..
Quote mbhcsf 19-5-2021 01:25 PM
well, soal personaliti pun tak effective, bising bising pun UNSC dah di " blocked' oleh US, pandai.


yg penting kesatuan, tapi inilah hakikatnya kali ni suara turkey, nusa  tenggara and beberapa negara , kesatuan yg effecive tu. Tekanan tu i tak tahu sejauh mana impaknya.

Quote Orix 19-5-2021 01:28 PM
Punat_button replied at 19-5-2021 12:54 PM
Aku mungkin fail satu ja, Kazakhstan. Sipi2 bolehlah dekat gohead gostan.

kazakhstan bawah rusia, sebelah mongolia n china... iols negara2 besar iols hafal jah kedudukan deyols dlm peta... negara kecik2 n yg bersepah sempadannya mcm negara2 ereb dan afrika iols failed
Quote Orix 19-5-2021 01:33 PM
orgbiasaje replied at 19-5-2021 12:32 PM
Kadang2 takperlu jejak kaki ke Palestine untuk tunjuk buat sesuatu...pergi sana pun bukan boleh bu ...

Tun det ni nk diikutkan lebih kuat semangat 'Islam' dia berbanding lobai2 yg kuat semangat isele pd hukum halal haram zaman ereb jahiliyah semata...  Tun Det jugak kaji n baca tafsir al-Quran berbanding lobai2 yg sekadar baca dan petik2 dalil ikut kepentingan diri....
Quote Tinot7 19-5-2021 01:39 PM
Sekali imbas, ingatkan rocky jerung...

Pemerhati politik Indonesia, Rocky Gerung
Quote Decaffeinated 19-5-2021 01:40 PM
Aku rasa Jokowi ni sengaja malas nak jadi anjing menyalak bukit.

Baik dia concentrate memajukan indon. Diam2 ekonomi dah 1 trilion. Malaysia ja sibuk nak jadi hero konon melahirkan hacker taraf dunia. Lawak ka tak dik.
Quote edayildiz 19-5-2021 01:44 PM
Orix replied at 19-5-2021 01:28 PM
kazakhstan bawah rusia, sebelah mongolia n china... iols negara2 besar iols hafal jah kedudukan de ...

wah i baru tau kazaktan dkt ngan rusia...pttla classmate i dulu org kazakhtan tp dia ckp negara dia sblh ngan rusia..hnsem org belah sana  muka mcm oppa korea pun ada..

Lihat semua komen(27)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-8-2022 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.181866 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top