CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tak Suka Gaya Potongan Rambut Sampai Menangis, Budak 10 Tahun Buat Laporan Polis

19-5-2021 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2536| Komen: 11

Description: Beijing: Kecewa dengan gaya potongan rambutnya, seorang kanak-kanak lelaki membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Beijing: Kecewa dengan gaya potongan rambutnya, seorang kanak-kanak lelaki membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Global Times melaporkan, kanak-kanak berusia 10 tahun itu pergi ke sebuah salun di Anshun, wilayah Guizhou kerana ingin memotong rambut.


Tular di media sosial, video dia melihat beberapa kali di cermin tidak berpuas hati dengan hasil kerja tukang gunting. Kejadian itu mengundang simpati netizen.

FotO: Weibo

"Dia ada pendapatnya tersendiri. Saya kagum dengannya," kata seorang pengguna Weibo.

Dia kelihatan memegang rambutnya sambil menangis teresak-esak.

Tidak cukup dengan itu, dia terus ke balai polis untuk melaporkan kejadian itu.


Bagaimanapun, kes terbabit tidak ada kaitan dengan unsur jenayah dan polis memberitahu kakaknya supaya menyelesaikan perkara itu dengan tukang gunting berkenaan.

Kakaknya itu berjanji untuk mendidik adiknya supaya memberitahu ibu bapa terlebih dulu sebelum mengambil tindakan melulu.

Katanya, adiknya itu memang seorang yang teliti soal rambut dan terus membuat laporan polis selepas tidak berkenan dengan gaya berkenaan.

Namun, tindakannya itu mendapat sokongan netizen kerana mempertahankan haknya.

"Dia menyuarakan apa yang dirasakan, tetapi terlalu takut," kata seorang netizen. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote squeeze 19-5-2021 09:20 AM
dik ko sepuluh tahun dh fikir pasal rambut dik..
Quote stingergrapes 19-5-2021 09:21 AM
squeeze replied at 19-5-2021 09:20 AM
dik ko sepuluh tahun dh fikir pasal rambut dik..


Itewww baru rambut atas kheunz?belum yg bawah iteww mula tumbuh kerinting?

Kahkahkahkahkah
Quote Normabaru 19-5-2021 09:23 AM
Sotong kurita in the making
Quote umbut 19-5-2021 11:54 AM
Hebattttt.. Dulu waktu kecil pun aku melalak mak paksa potong rambut... X suka..potong pendek cam jantan.. Nasib aku x report polis Geram tau
Quote Artemesiaa 19-5-2021 12:09 PM
Dia mungkin berangan hasilnya macam artis kpop sekali jadi tempurung look mana tak tension.  Rambut yang dah dikerat mana boleh disambung semula kena banyak bersabarlah sebelum ia panjang semula.
Quote tripleid 19-5-2021 12:12 PM
ngegadanya budak ni..lawa apa potong camtu
Quote Firenzza 19-5-2021 12:14 PM
Ok la tu.....klau barber tu buat style presiden korea utara?
Quote imransulaiman 19-5-2021 01:13 PM
Aku kalau barber tersalah gunting lari dari request, aku akan cakap - takpe nanti boleh tumbuh balik.
Tapi yang aku geram sebab pernah sekali masa nak CNY gunting rambut aku kena bayar double pay.. Tauke tu cakap it's CNY maaa!
Aku wtf dalam hati!  {:dot
Quote dudaberhias 19-5-2021 01:24 PM
gegayah bottom in the making ke tu?
elok la simpan je rambut panjang2 dan buat surgery terus...
Quote namr 19-5-2021 01:28 PM
Rambut tu tumbuh balik dek oi, len la terpotong kotey
Quote Skuau 19-5-2021 01:30 PM
umbut replied at 19-5-2021 11:54 AM
Hebattttt.. Dulu waktu kecil pun aku melalak mak paksa potong rambut... X suka..potong pendek cam ja ...


napa pulok...hang bkn lahir zaman bebudak Feminin tu...ke???

Lihat semua komen(11)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2022 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.079008 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top