CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kereta Lain Perlahan Bila Nampak Kemalangan, Tapi King Myvi...

19-5-2021 06:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3553| Komen: 7

Description: Seorang wanita nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di selekoh Jalan Parlimen menghala ke Bangsar semalam.
Seorang wanita nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di selekoh Jalan Parlimen menghala ke Bangsar semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, wanita berusia 24 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.



Kredit foto: Twitter

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu berkenaan menekan brek di selekoh kerana terdapat kemalangan di hadapan.

“Akibat kejadian itu, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu wanita berkenaan telah terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum berhenti di tempat teduh hujan di kiri jalan.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai Rule 10 LN 166/59,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Terdahulu, tular di media sosial menerusi sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 22 saat yang memaparkan kereta Perodua Myvi yang terbabas di selekoh Jalan Parlimen. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 19-5-2021 07:11 AM
rilex jer kereta belakang tu jalan... takde la selekoh tajam punnnn...
ini mesti kes main handphone la....
Quote merrissa 19-5-2021 07:59 AM
macam2 hal...nasib baik tiada kemalangan maut
Quote nazzse 19-5-2021 08:01 AM
Wehh tt, forumer dah up cerita ni drp semalam  lagi. Merge je la.
Tengah bulan tengah sempit ke, terpaksa up cerita sama
Quote Buritan 19-5-2021 08:04 AM
nazzse replied at 19-5-2021 08:01 AM
Wehh tt, forumer dah up cerita ni drp semalam  lagi. Merge je la.
Tengah bulan tengah sempit ke, te ...

Koh koh koh king ni mmg laaa.. polis tu pung mcm lari takur kena sondol
Quote NataliaLuiz 19-5-2021 08:40 AM
Bahaya nyaa. Itu lah, bukan selekoh tajam mana pun. Boleh jadi hilang kawalan, atau on the phone. Hmm
Quote xy_daen 19-5-2021 08:45 AM
Jauhi Myvi...


#kitajagakita
Quote ReginaGeorge 19-5-2021 12:49 PM
Dah mcm racing game pulok {:freak

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-2-2023 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.090402 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top