Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tidur Di Tempat Pembuangan Sampah, Remaja Maut Dilanggar Lori Sampah

13-5-2021 08:37 AM Komen: 14
Gara-gara tertidur di tempat pembuangan sampah, remaja lelaki di Australia maut selepas dilanggar lori pengangkut sampah.

Kejadian di Port Lincoln itu berlaku apabila pemandu lori berkenaan tidak menyedari remaja terbabit tidur dalam tong sampah industri di kawasan itu.

Dia kemudian dilaporkan memasukkan isi sampah itu terus ke dalam trak lori sebelum alat pemerah sampah berfungsi dan menyebabkan kematian remaja itu.


Gambar hiasan

Difahamkan, dua lagi kanak-kanak lain berusia 11 dan 12 tahun turut tidur di tong sampah industri itu, namun seorang daripada mereka sempat melarikan diri manakala seorang lagi hanya cedera ringan.

Polis mengesahkan, siasatan sedang dijalankan bagi mencari punca golongan itu tidur di kawasan terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Sokongan Belia dan Komuniti Pantai Barat di Selatan Australia, Jo Clark berkata, tiga sekawan itu sering datang ke kawasan itu dan kehadiran mereka disedari kakitangan.

"Remaja yang maut itu bukan gelandangan, dia cuma budak muda macam kebanyakan yang berjuang mencari asal usul mereka dan banyak sebab mengapa mereka tidur di situ," katanya kepada Port Lincoln Times seperti dipetik BBC News.


Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sarah82 18-5-2021 09:10 AM
Jitu replied at 17-5-2021 11:24 PM
itulah silap pergi biar je tengok2 habis dah rosak
sebut buku mastika je mesti org ingat kisah ha ...

Aku terfikir kalau aku ada tanah. Aku nak buat sewa storage ala2 us.. Mesti laku..

Lain-lain Komen

Quote sarah82 13-5-2021 09:47 AM
Berita ni buat aku teringat kes kat UK..keluarga seorg omputeh buat laporan polis kehilangan dia selepas 2-3 hari dia x balik rumah selepas keluar jumpa kwn2 dia di pub tak salah aku.. Bila polis track signal phone dia last jumpa kat kwsn pelupusan sampah. Bila check cctv tgk last footage dia dekat tong sampah.

Jadi polis uk suspek dia terlalu mabuk dan tertido dlm tong sampai.. Pagi esk tu lori sampah ambik sampah dan bawa ke tapak pelupusan sampah dan dia dikisar hidup2 oleh mesin pelupusan sampah .. Sampai skdg badan tak dijumpai.
Quote reddots 13-5-2021 09:58 AM
Dia kemudian dilaporkan memasukkan isi sampah itu terus ke dalam trak lori sebelum alat pemerah sampah berfungsi dan menyebabkan kematian remaja itu.
bukan maut sebab dilanggarkan? mati sebab tu kan? kira kena mampat terus ngan sampah.
sebab setau aku kat oz sana lori sampah yg dah modern tu, bukan yang manual tong kena tuang kat lori.
Quote Artemesiaa 13-5-2021 03:31 PM
Mungkin juga ambil dadah sampai tertidur disitu kat sana pun banyak je kes penagih dadah muda2 lagi.
Quote Adrif 13-5-2021 04:55 PM
bukan gelandangan, dia cuma budak muda macam kebanyakan yang berjuang mencari asal usul mereka dan banyak sebab mengapa mereka tidur di situ,


berjuang mencari asal-usul? maksudnya apa?
Quote CiliPadiSedap 13-5-2021 07:00 PM
Adrif: berjuang mencari asal-usul? maksudnya apa?

Buat bancian keluarga kut macam org kt malaysia ada tampal kad pink depan dinding rumah
Quote Ninjanunu 16-5-2021 07:21 PM
Remaja lagi. Singkat hayat di dunia ni..
Quote Jitu 17-5-2021 01:08 AM
sarah82 replied at 13-5-2021 09:47 AM
Berita ni buat aku teringat kes kat UK..keluarga seorg omputeh buat laporan polis kehilangan dia sel ...

kat tempat kita pun pernah jd dulu kan
ada masuk dlm mastika kisah pak cik tu terjatuh dlm mesin potong kayu mmg ngeri lah hancur
klu tak silap pak cik tu duduk kat bandar pusat ke Jengka tak ingat dah
sbb abah aku kata dia kenal pak cik tu
cari2 semula buku mastika tu takda dah kena makan dgn anai2
Quote sarah82 17-5-2021 09:20 AM
Jitu replied at 17-5-2021 01:08 AM
kat tempat kita pun pernah jd dulu kan
ada masuk dlm mastika kisah pak cik tu terjatuh dlm mesin ...

Yg tu x pernah baca.. Tapi yg bab kena masuk dlm mesin pengisar kayu aku ingat lagi kes pembunuhan bersiri yg kat Canada x salah aku.. Mangsa2 dia dimasukkan dlm mesin pengisar kayu.
Quote Jitu 17-5-2021 02:19 PM
sarah82 replied at 17-5-2021 09:20 AM
Yg tu x pernah baca.. Tapi yg bab kena masuk dlm mesin pengisar kayu aku ingat lagi kes pembunuhan ...

owh ingat sarah pernah baca
kisah tu masuk dlm mastika tahun 90an tp sampai sekarang teringat2 lg kisah tu mmg ngeri betul
Quote sarah82 17-5-2021 02:48 PM
Jitu replied at 17-5-2021 02:19 PM
owh ingat sarah pernah baca
kisah tu masuk dlm mastika tahun 90an tp sampai sekarang teringat2 l ...

Nanti cari la.. Mana tau ada upload kat google
Quote Jitu 17-5-2021 02:54 PM
sarah82 replied at 17-5-2021 02:48 PM
Nanti cari la.. Mana tau ada upload kat google

try lah cari kot ada sbb aku punya koleksi buku2 mastika yg lama2 ni habis dah kena mkn dgn anai2letak kat luar masa renovate rumah dulu tengok2 habis dah hancur
Quote sarah82 17-5-2021 04:21 PM
Jitu replied at 17-5-2021 02:54 PM
try lah cari kot ada sbb aku punya koleksi buku2 mastika yg lama2 ni habis dah kena mkn dgn anai2l ...

Sayang betul.. Aku suka gak layan mastika..
Quote Jitu 17-5-2021 11:24 PM
sarah82 replied at 17-5-2021 04:21 PM
Sayang betul.. Aku suka gak layan mastika..

itulah silap pergi biar je tengok2 habis dah rosak
sebut buku mastika je mesti org ingat kisah hantu je padahal banyak je lg kisah2 lain yg menarik
mastika klu tak silap start dari pertengahan 90an sampai awal 2000 mmg best
klu sebelum tu variasari

tp start masuk tahun 2004 ke atas tak berapa best dah byk sangat kisah2 18sx
naik berpinar mata membaca pastu lama aku stop baca sampai tahun 2015 beli semula sbb tengok takda dah unsur2 18sx ni
sekarang ni yg tinggal dlm koleksi mastika tahun 2015 sampai edisi terakhir sebelum tutup tp katanya nak terbit semulacuma masalah bila koleksi buku banyak sangat ni takda tempat nak simpan
nasib baik aku tak minat baca novel klu tak lg lah menimbun buku2 ni
Quote sarah82 18-5-2021 09:10 AM
Jitu replied at 17-5-2021 11:24 PM
itulah silap pergi biar je tengok2 habis dah rosak
sebut buku mastika je mesti org ingat kisah ha ...

Aku terfikir kalau aku ada tanah. Aku nak buat sewa storage ala2 us.. Mesti laku..

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top