Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

PKP Atau Tidak, Raya Kilafairy Tetap Meriah

11-5-2021 10:42 AM| Komen: 27

Walaupun Aidilfitri kali ini diraikan dalam keadaan yang cukup sederhana berikutan peningkatan kes positif Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia tidak menghalang penyanyi dan pelakon Kilafairy untuk merayakan hari mulia itu dengan meriah.

Mengakui tidak terkesan dengan pengumuman yang dibuat kerajaan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Kilafairy atau mesra disapa Kila berkata, saban tahun dia akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur bersama keluarganya.

Bagaimanapun, kemeriahan Aidilfitri sedikit 'suram' memandangkan tidak dapat menghadiri majlis hari raya berikutan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.


Foto: IG

"Sebenarnya saya tidak terkesan sangat sebab setiap tahun saya akan menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Kuala Lumpur.

"Lagipun, kawan-kawan pun ramai yang sambut Aidilfitri di sini. Cuma yang membezakan adalah saya tidak dapat nak keluar berhari raya atau menghadiri majlis rumah terbuka.

"Walaupun kemeriahan Aidilfitri tahun ini sama seperti tahun lalu, saya bersyukur kerana masih dapat menyambutnya bersama keluarga. Apa yang membezakan ialah kemeriahan itu tidak seperti dulu," katanya.



Siapa sangka, Aidilfitri tahun lalu menjadi detik paling indah dalam hidup gadis berusia 29 tahun ini apabila memilih untuk memakai tudung sepenuhnya.

Hampir setahun mengenakan tudung, Kila meluahkan rasa syukur kerana tidak berdepan sebarang kesulitan selepas mengambil keputusan untuk bertudung.



"Apabila sudah sampai waktu untuk bertudung, saya tidak berdepan sebarang kesukaran. Malah, rakan-rakan selebriti pun ramai yang hantar mesej peribadi kepada saya mengenai penghijrahan ini.

"Sebenarnya ramai selebriti yang masih belum bertudung teringin nak bertudung, tapi masa mereka belum tiba. Apa yang mampu saya katakan, jangan putus berdoa jika inginkan perubahan dalam hidup," katanya.

Menurut Kila, sejak memilih untuk bertudung, dia kini lebih terbuka hati untuk mendalami ilmu agama dan begitu teruja selepas mempelajari banyak perkara indah mengenai Islam.


"Sejak mengenakan tudung saya lebih teruja nak ambil tahu mengenai agama. Banyak perkara yang saya nak tahu dan nak cuba buat. Kalau dulu saya buat apa yang wajib saja tapi sekarang selepas tahu ganjaran yang bakal diperoleh saya cuba tunaikan dengan sebaik mungkin.

"Saya juga ada memanggil ustazah untuk mengajar saya di rumah. Boleh dikatakan seminggu sekali dia akan datang dan berkongsi pelbagai ilmu kepada saya.

"Penghijrahan ini benar-benar membuka mata saya dan saya belajar banyak perkara dengan lebih terperinci," katanya.

Menurut Kila lagi, tawaran yang diterima selepas memakai tudung juga tidak putus dan ibarat seperti air yang mengalir.


"Tawaran lebat dan macam air. Sebelum memilih untuk bertudung saya tak pernah fikir fasal tawaran dan impak kepada diri. Tak sangka selepas bertudung tawaran itu sentiasa ada dan cukup luar biasa. Saya harap ia tidak akan putus atau terhenti," katanya.

Bercerita mengenai kisah cintanya dengan Sa'aid Umar Aiman, Kila berkata, perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya sentiasa ada tapi belum tiba masa untuk dikongsikan kepada umum.

"Tipulah kalau tiada perancangan untuk ke fasa seterusnya. Kalau sudah ada tarikh yang ditetapkan saya pasti akan kongsikan kepada umum," katanya.


Kilafairy sebelum ini berkongsi mengenali teman lelakinya itu ketika di sekolah lagi, namun mula menjalin cinta sejak setahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 27
Komen

Previous : Cik B Langgar Wanita Hamil, Terduduk Datuk Seri Vida Dibuatnya!

Next       : "Saya Sekarang Dah Belajar Tidak Menghakimi Instafamous Dan Selebriti," -Sharifah Shahira

Komen Terbaru

Quote Ninjanunu 16-5-2021 06:03 PM
Okay, mmg cantik..

Lain-lain Komen

Quote biozipstar 11-5-2021 12:03 PM
matriye kila.. moga istiqamah sis
Quote AyaqMeloSuam 11-5-2021 12:06 PM
Lawo kurung grey tu.. cantiklah {:run
Quote pxlbb 11-5-2021 12:30 PM
Anyone care to share how sheols upgrade sampai gini pleeaase
Quote cewekbopot 11-5-2021 02:50 PM
cantiknya..
Quote kakakgarang 11-5-2021 02:58 PM
pxlbb replied at 11-5-2021 12:30 PM
Anyone care to share how sheols upgrade sampai gini pleeaase

nak kawen kot
Quote MontanaHannah 11-5-2021 03:17 PM
mama dia Rohana  Jalil tu tailor kannnnnnnnnnnn


pandai  buat baju fesyen fesyen

Quote MontanaHannah 11-5-2021 03:18 PM
pxlbb replied at 11-5-2021 12:30 PM
Anyone care to share how sheols upgrade sampai gini pleeaase

dalam hati dia ada taman ,itu saja .
Quote armin 11-5-2021 04:50 PM
sebab tu la bila orang seksi jangan kutuk2. tengok2 dia jadi lagi baik dari kau. harap istiqomah la kf
Quote slyfynx 11-5-2021 05:48 PM
Elok la kalau betul2 berubah.
Jgn mcm timoh.
Aku betul2 suke tgk die baju longgar, pakai tudung comel je.
Sat2, terus hampeh
Quote NataliaLuiz 11-5-2021 05:56 PM
Cantikkk kila berhijab.
Quote eely_shana 11-5-2021 06:32 PM
Cantik kila bertudung. Semoga istiqamah
Quote gigahertz 11-5-2021 07:53 PM
cewekbopot: cantiknya..

killafairy cantik kalau bertutup.
kalau freehair nampak kesian sangat
Quote jfq 11-5-2021 10:06 PM
Cantik pulak tudung sugarscarf warna biru tu
Quote she 11-5-2021 10:26 PM
Molek sungguh dia noh lepas berhijrah
Quote imanjannah 11-5-2021 10:29 PM
apa ke nama sebenar si kilaferi ni, dia ngikut muka siapa muka macm paki jugk ni
Quote fadz84 12-5-2021 05:22 AM
Edited by fadz84 at 12-5-2021 05:24 AM
imanjannah replied at 11-5-2021 10:29 PM
apa ke nama sebenar si kilaferi ni, dia ngikut muka siapa muka macm paki jugk ni


Ni nama dia Syakila Nisa binti Jahangir Khan.   Ayahnya ada darah Pakistan
Quote MatDeghem 12-5-2021 05:50 AM
Korang Tak panas ke berpakaian berbalut balut...dgn cuaca panas.
Kalo di New York, London atau Paris OK lah. Bayangkan pegi nyopping di nilai.... Panaaaas
Quote ina_na 12-5-2021 06:23 AM
Dia bertudung lawa sgt.. Jauh lawa dia dr adik lopa.. Hehehe
Quote rosannazmia 12-5-2021 06:27 AM
Lawa sungguh lah dia ni bertudung.. Anak khan yg mcm arab plak aku tgk.. (jgn kutuk meols yach pdgan meols ja)

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top