Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Ramai 'Mengelat' Di SJR, Bagi Tip Tunggu Hujan Kalau Nak Balik Kampung

11-5-2021 08:36 AM Komen: 67
Tular sebuah video di Twitter apabila seorang pengguna berkongsikan saat-saat yang perlu dihadapi anggota barisan hadapan ketika ribut. 

Video itu memaparkan situasi hujan lebat sehingga penghalang di sekatan jalan raya terbang ditiup angin. 


Kredit foto: Twitter

Malah, khemah yang digunakan sebagai teduhan frontliners juga dilihat bagai nyawa-nyawa ikan, jika tidak kukuh pasti turut melayang.

Video tersebut dikongsikan bagi memperingati dan menghargai jasa frontliners terutama anggota polis yang berpanas dan berhujan demi menjaga negara ketika bertugas di sekatan jalan raya.



Namun, ada juga segelintir masyarakat yang berfikir ia adalah peluang untuk mengelat dari ditahan di sekatan jalan raya. 

Inilah peluang nak balik kampung. Kalau nak balik kampung beraya tunggulah hujan.



Bukan seorang dua, tetapi ramai juga berfikir untuk menggunakan taktik ini. Lebih-lebih lagi apabila Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca mendung di seluruh negara dengan kemungkinan hujan di beberapa negeri pada Hari Raya Aidilfitri.




Komen-komen tersebut mengundang kemarahan warga maya lain. 



Tatkala, orang lain terpaksa menahan rindu untuk bertemu keluarga, masih ada yang mementingkan diri dan tidak berfikir tentang kesan akibat tindakan mereka kepada orang lain.


Sumber: KoolFM

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 67
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 16-5-2021 08:34 PM
Masa Ramadhan tu
Kwn aku bg akal balik
Ms waktu berbuka
Polis bkk puasa ms tu
Takde keja aku

Lain-lain Komen

Quote mzzenma 11-5-2021 08:51 AM
alaa anggapan je lah org tu bergurau..medang sentap.

Lagipun yg duk acah2 concern ni yg selalu over tau. Keliling mzz ada je spesies mcm ni..kononya takut kes banyak, duk suruh org duk rumah, family dah ada kena covid etc..hujung2 dia yg duk plan nak cari jalan tikus. Last year pula, ada sorang tu kemain kutuk masa kerajaan buka sempadan negeri time ramai nak gi langkawi tu..bising kata tak takut covid ke, padahal si haramjadah tu dah awal2 guna jalan tikus masuk melaka time raya.

Yang acah2 ni semua anjirrr over puiiiii
Quote mysterio 11-5-2021 08:59 AM
lepas satu roadblock sebab hujan. next roadblock kena juga..
bila dah kena saman 5k, dan kena patah balik, jgn nak maki maki polis pula.
Quote dodolgemok 11-5-2021 09:06 AM
Pastu nak balik nnti terkial2 bagi alasan lahanat, kena kompaun melalak dalam medsos. Tuhan maha adil sis!
Quote Cece1234 11-5-2021 09:12 AM
Pastu nnti tersangkut kat kampung xleh balik..
Quote RinIna 11-5-2021 09:33 AM
Sebab ada segelintir yang masih degil dan pentingkan diri lah kes x pernah nak habis, PKP xpernah tamat dan jangan nak melenting pulak kalau masih terlalu ramai yang BODOH!!
Quote makneng 11-5-2021 09:47 AM
Edited by makneng at 11-5-2021 10:20 AM
mzzenma replied at 11-5-2021 08:51 AM
alaa anggapan je lah org tu bergurau..medang sentap.

Lagipun yg duk acah2 concern ni yg selalu ov ...


Dia jumpa jalan tikus masuk melaka??? Mak yg tau jalan tu dari sebelum kobid pun tak amik kesempatan lalu jalan tu tau. Dok beratur hari2 kat SJR kesang tu & SJR sg rambai. Mak kalau org curi2 balik lalu jalan tikus melaka - muo pun mak x jeles, tak kuasa pun nak merepot bagai. Bukan polis tak tau ada jalan tikus. Sekali kalau kena melayang duit kau. Tu je mak nak cakap. Selamat hari raya uolls...
Quote lavendernovella 11-5-2021 09:52 AM
Last choice , guna ilmu lipat bumi, tak pun ilmu jadi halimunan haha
Quote imanjannah 11-5-2021 10:05 AM
minda x bangun2 puak gini, tahu nk nyalahkan org je
Quote slyfynx 11-5-2021 10:13 AM
Bodoh laaaaaaaaaaaaaaaaa.
Mati ke kalau x balik raya kat kampung.
Nape kene menyusahkan orang.
Sian mana2 yg betul2 ikut peraturan.
Di sebabkan kambing2 camni, mende akan berlanjutan.
Pastu bile kene PKP, kerajaan jgk salah.
Sendiri degil dan dungu.
Quote fizamn 11-5-2021 11:01 AM
pergi x kembali yg payoh.. kena buang kerja lagi...
Quote jfq 11-5-2021 11:03 AM
Kesian sgt tgk video tu. Kenapa la mereka tidak disediakan baju hujan
Quote syaz_lina 11-5-2021 11:06 AM
Kesian polis n askar berpanas berhujan buat SJR. Puak2 bengap forever sibuk nak rentas negeri, pastu acah2 kerajaan gagal kes naik. Kes naik tu sebab korang yg degil
Quote mrsamz 11-5-2021 11:08 AM
Lepas tu jalan licin sbb hujan ribut angin kuat lagi..n ko dlm keta tu eksiden..kifarah is real okey
Quote ais_kosong 11-5-2021 11:37 AM
mzzenma replied at 11-5-2021 08:51 AM
alaa anggapan je lah org tu bergurau..medang sentap.

Lagipun yg duk acah2 concern ni yg selalu ov ...

Sama dengan budak opis iols..
kes meningkat kemain gelabah sekor2
bila nk buat pkp la, tutup sekolah la tutup pejabat la.
pkp ni pakat2 dok cari jalan tikus. eh jalan tu ada sjr x? nak shopping.
time ni pakat2 nak balik rumah mentua guna surat kerja nak rentas
kalau bukan musim covid mlm raya baru sampai rumah mentua (segelintir la)
iols senyum sinis nengok drama theyols
Quote genUmi 11-5-2021 11:39 AM
korang sendiri tak reti2  nak jaga  diri sendiri  , nak gak angkut virus ke famili kat kg


lepas tuh ramai2 salahkan kerajaan


padahal diri sendiri gedebe
Quote diss69 11-5-2021 11:43 AM
Akk lebih rela ank xbalik beraya dari risikokan diri, soal jwp ngn abam polis..
Quote delia3003 11-5-2021 11:52 AM
Rakyat ramai degil dan tak bagi kerjasama, lepas tu salahkan kerajaan bila kes meningkat. Padahal rakyat pun salah. Sama2 mainkan peranan, baru boleh kawal covid 19 ni daripada terus merebak.
Quote johan-adx 11-5-2021 11:52 AM
ingt 1 sjr aje ke nk blk kmpg..dan sjr bkn sehala ok..ko lepas 1..blom tentu lepas 2..apapun siap sedia duit jika hati kering
Quote mzzenma 11-5-2021 11:56 AM
makneng replied at 11-5-2021 09:47 AM
Dia jumpa jalan tikus masuk melaka??? Mak yg tau jalan tu dari sebelum kobid pun tak amik kesempat ...

Mzz jalan tikus pun mzz tak tau kat mana. So far kalau pi kerja kena rentas daerah takde sjr sejak pkp 1.0 hari tu. Tapi tu lah..yg mzz nampak yg duk over kecam2 ni yang sebenarnya selalu duk buat perangai. Maybe secara psikologinya..bila kecam orang lain dpt menyucikan diri sendiri kut hah gitu

Lihat semua komen(67)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top