Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Punyalah Degil, Naik MRT Tanpa Pelitup Muka-Buat Gaya Jijik Bila Disuruh Pakai

10-5-2021 01:32 PM Komen: 24
SINGAPURA: Seorang lelaki tidak memakai pelitup muka dalam kereta api transit aliran massa (MRT) ditahan semalam, kerana menyebabkan gangguan kepada orang ramai dan melanggar peraturan jarak selamat.

Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan lelaki itu tidak memakai pelitup mula ketika menaiki kereta api di Laluan MRT Timur-Barat.

Dalam video sepanjang hampir dua minit itu, dia boleh didengar memberitahu seorang lagi penumpang alasan dia enggan memakai pelitup.

Foto: Agensi

Polis mengesahkan bahawa satu aduan dibuat dan siasatan sedang dijalankan, lapor agensi berita CNA.

"Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun kerana didakwa menyebabkan gangguan awam dan melanggar peraturan jarak selamat berkaitan kes tersebut," menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF).

Dalam video itu, setelah penumpang lain kelihatan menggesa lelaki itu supaya memakai pelitup muka, dia menjawab: "Pakailah pelitup (muka) anda, tidak mengapa. Saya tidak akan sekali-kali memakainya,"

Lelaki itu kemudian duduk antara dua penumpang, di mana seorang wanita yang duduk di sebelah kanannya segera bangun dari tempat duduk.

Ketika lelaki itu terus menerus bercakap mengenai kajiannya mengenai isu pelitup muka, penumpang yang duduk di sebelah kirinya pula bingkas bangun. Beliau juga memberitahu penumpang lain supaya tidak melayan lelaki itu.

"(Anda) hanya berikan perhatian kepadanya," menurut penumpang itu.

Selepas seminit, seorang penumpang kelihatan menawarkan pelitup muka kepada lelaki itu.

Bagaimanapun lelaki tersebut membalas dengan raut wajah seakan jijik dengan pemberian itu. "Saya tidak akan meletakkan benda itu pada muka saya," katanya sambil menggunakan kata kesat. Pelitup muka itu ditinggalkan di atas kerusi.

Mereka yang didapati bersalah tidak memakai pelitup muka di tempat awam boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 (RM30,924) atau kedua-duanya sekali.

Polis berkata, orang ramai perlu memandang serius peraturan fizikal dan jarak selamat.

"Polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pelanggaran undang-undang secara terbuka dan secara sengaja melanggar langkah jarak selamat," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
1
Komen: 24
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote evlinne 18-5-2021 07:34 AM
angio replied at 10-5-2021 02:36 PM
He's not local but Caucasian guy. Dunno from which country tapi stuck pasal blum bleh balik negeri d ...

Nampak mmg kokesen pun
Agaknya duit dah sesak2 kot
Dlm jel bleh la makan berak tanggung free

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 10-5-2021 01:58 PM
ingatkan ummah singapore maju bertamadun
ni mesti orang malaysia menyamar jadi singaporean
Quote aechae 10-5-2021 02:04 PM
prettyuglybabe replied at 10-5-2021 01:58 PM
ingatkan ummah singapore maju bertamadun
ni mesti orang malaysia menyamar jadi singaporean  ...

Iols nk speku blastoff dh td
Quote tungkai 10-5-2021 02:14 PM
Harap2 dia boleh share apa dapatan dari hasil kajiannya jugak
Quote dodolgemok 10-5-2021 02:24 PM
Sangkak terlaknat sebegini wujud jua di singapork kononnya negara maju sedunia itu yah? Dodol senyum sinis!
Quote prettyuglybabe 10-5-2021 02:31 PM
aechae replied at 10-5-2021 02:04 PM
Iols nk speku blastoff dh td

mungkin jua


Quote angio 10-5-2021 02:36 PM
He's not local but Caucasian guy. Dunno from which country tapi stuck pasal blum bleh balik negeri dia
Quote MissVixen 10-5-2021 02:40 PM
Nampak badan macam mat saleh. Sialan betul la orang putih ni. Dah la duduk negara orang merempat, lepas tu tak hormatti undang2. Elok campak dalam laut, suruh berenang balik.
Quote ninja9 10-5-2021 02:45 PM
Ada bagusnya juga ada org spt ini. Tawarkan denda dan penjara maksimum... atau jadi bahan kajian, dah nak kaji sangat sampai membahayakan orang lain kan
Quote dani-rox 10-5-2021 02:45 PM
body nampak mcm kendu jah, tp sayang takda otak. hantar pegi Malaysia sini, biar kak @Bedah.Cun kerjakan ko sampai kering kontang.
Quote damsel_fiji 10-5-2021 02:46 PM
mat saleh kan?...spesis ni acah2 kepala batu sket x nak pakai mask
Quote tipah89 10-5-2021 03:45 PM
yg sebenonya dia xtahan dgn bau napas sendiri
Quote salmon-suki 10-5-2021 03:48 PM
Spesis sogaybewak ke?sogay tu kalau bkn sbb xnak kena denda,mmg xmau pakai mask haa.

N ai ada laa jmpe manusia spesis xnk pakai mask kt tmpt ai keje ni..n ai suruh je front desk n staf lain tegur bila dia londehkan mask tu..wehhh.. dah tua kot,ada otak,bila ditegur elok laa ltk kjp,5mins pastu bukak balik..skrg ai suh je front desk tu halau mana2 y xpakai mask n xde org utk tggu kt lobby..

Dia bt muka xpuashati tp peduli hape..igt nak kena sekolahkn anak je . rupenye bapak pn nk kena sekolah jgk dr segi moral..huhhhh~
Quote Tinot7 10-5-2021 03:54 PM
apa pixel2 ni, TT? tunjuk je laa muka dia..


Quote jfq 10-5-2021 04:06 PM
Macam slang aussie. Tak dpt balik negara la tu sangkut kat spore. Aussie masih tutup border kat rakyat sendiri agaknya kot
Quote NataliaLuiz 10-5-2021 05:18 PM
Kalau dia sendiri kena covid stage 5 tu sampai terlantar nanti baru dia tahu sakit covid tu mcm mana, susah nak bernafas, kena intubated.."covid is real" bak kata nora danish.
Quote NataliaLuiz 10-5-2021 05:19 PM
jfq replied at 10-5-2021 04:06 PM
Macam slang aussie. Tak dpt balik negara la tu sangkut kat spore. Aussie masih tutup border kat raky ...

Ha ah..aussie strict gila sbb even ada satu kes, dorg terus lockdown. No one can go out, no one can come in.
Quote Drmu 10-5-2021 05:37 PM
jfq replied at 10-5-2021 04:06 PM
Macam slang aussie. Tak dpt balik negara la tu sangkut kat spore. Aussie masih tutup border kat raky ...

Klau kat Aussie Hari Tu iol tengok dorang tak pakai mask. Rasanya dia mengamalkan budaya sana lah ni. Iol tengok kempen buang mask banyak kat negara2 barat sana. Hak kebebasan mengambil nafas segar katanya ..dorang ni ramai2 kata  kobid ni tipu ja.. tak taula antivaksin ke tak dorang ni.
Laki ni berani btul ya buat tak pakai mask kat public. Mungkin heol ni antivaksin
Quote Ninjanunu 16-5-2021 06:37 PM
Bejet bagus dia ni..
Quote Bedah.Cun 18-5-2021 01:43 AM
dani-rox replied at 9-5-2021 06:45 PM
body nampak mcm kendu jah, tp sayang takda otak. hantar pegi Malaysia sini, biar kak @Bedah.Cun kerj ...

Bukak pelitup mukanya tue, yang. Meh mama duduk atas riba dia, asssstsss!!!

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top