Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dapat RM6,180 Untuk Tidur Siang

7-5-2021 12:19 PM Komen: 9
Sebuah firma  Amerika Syarikat menawarkan bayaran gaji AS$1,500 (RM6,180) sebulan untuk pekerjaan sebagai pengulas tidur siang, lapor United Press International (UPI) kelmarin.

Calon yang diterima perlu perlu tidur siang pada setiap hari selama 30 hari dan merekodkan pengalaman mereka.


Gambar hiasan/Business - Insider

EachNight.com yang  menawarkan perbandingan tilam, cadar dan barangan lain menyatakan, pihaknya sedang meneliti kebaikan dan keburukan tidur siang dan mencari mereka yang gemar tidur siang untuk merekodkan waktu rehat itu.

Bagi tempoh 30 hari, pasukan pengulas dikehendaki mengambil bahagian dalam pelbagai eksperimen bagi menguji teori seperti tempoh tidur siang menjadikan badan paling segar, kesan tidur siang kepada tahap keletihan badan, kesan tidur siang kepada ingatan, motivasi dan produktiviti, demikian kata syarikat tersebut.

Pengulas akan diminta untuk membuat panggilan video sebelum dan selepas setiap sesi tidur untuk mendokumenkan pengalaman tersebut.

Syarikat tersebut mencari lima individu untuk mengisi kekosongn jawatan dan permohonan boleh dibuat sehingga 31 Mei ini menerusi laman web syarikat tersebut. 


Sumber: Kosmo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 9
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Somed 8-5-2021 10:37 AM
Okey iolss nak~!!!

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 7-5-2021 12:20 PM
Cmana nak apply..
Quote Tinot7 7-5-2021 12:25 PM
Mcm best je.. takde link ke?
Quote sarah82 7-5-2021 12:26 PM
Nak applyyyyy
Quote NataliaLuiz 7-5-2021 02:06 PM
Ali: Kau kerja apa, mat?
Mat: Kerja aku tidur je
Hahahahah
Quote AyaqMeloSuam 7-5-2021 04:51 PM
Nakkkkkkk  {:run
Quote wirazam 7-5-2021 04:54 PM
kalau lar keje ni di offer kat Malaysia...mesti beribu ribu permohonannya kanm
Quote Artemesiaa 7-5-2021 06:34 PM
Sayang pekerjaan macam ni tak ada di Malaysia
Quote orangbiasaje 7-5-2021 06:55 PM
Hahaha, sangat berminat. Tapi rasanya untuk orang US saja.

Tapi daripada pengalaman sendiri (kerja 3 syif, tidur siang bila kerja syif malam), bangun daripada tidur siang badan masih lesu berbanding bangun daripada tidur malam. Lepas 3 tahun kerja macam tu, dah kena sleeping disorder.
Quote Somed 8-5-2021 10:37 AM
Okey iolss nak~!!!

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top