Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Tanya Jumlah Pengikut IG, Syanie Kecewa Dengan Syarikat Produksi

5-5-2021 04:21 PM| Komen: 14

Pelakon Syanie terkilan apabila ada tawaran lakonan yang diberikan diukur berdasarkan jumlah pengikut di Instagram berbanding kredibilitinya sebagai pelakon yang sudah hampir tiga dekad dalam industri hiburan.

Syanie berkata, dia tidak jelas siapa sebenarnya yang mahu melihat jumlah pengikut walaupun tawaran yang diberikan kepadanya hanyalah watak sampingan.

Foto: IG


"Kalau saya boleh bertahan selama 30 tahun maknanya adalah kerja saya yang memang bagus. Bukan nak cakap saya hebat, tapi jika saya boleh bertahan selama ini, takkanlah kredibiliti saya diletak begitu rendah dengan dibandingkan dengan jumlah pengikut di Instagram.

"Saya sangat kecewa apabila ada pengurus produksi yang bertanyakan jumlah pengikut Instagram saya untuk watak yang ingin ditawarkan. Saya ini bukanlah pengguna yang pandai menggunakan media sosial dan saya tak akan buat kandungan yang mengarut.

"Walaupun saya tahu kandungan yang bukan-bukan ini cepat mendapat perhatian dan boleh menaikkan jumlah pengikut tapi itu bukan prinsip hidup saya. Pengikut yang ada sekarang adalah pengikut setia dan bukan dibeli," katanya.

Syanie berkata, terpulang kepada syarikat produksi jika mahu memilih pelakon berdasarkan jumlah pengikut, tetapi kebanyakan individu yang memiliki jumlah pengikut ramai itu hanya boleh berlakon untuk kandungan media sosial mereka saja tapi bukan untuk drama.

Menurut Syanie, jika syarikat produksi masih menilai bakat seninya bersandarkan jumlah pengikut di Instagram sampai bila pun dia tidak berpeluang berlakon kerana tidak mampu berlawan dengan jumlah pengikut pelakon lain yang jauh lebih ramai.


Foto: mStar

Lebih menyedihkan, Instagram peribadinya yang memiliki hampir 80,000 pengikut baru saja digodam individu tidak dikenali baru-baru ini.

"Bagi saya tak perlulah pelakon seperti saya diukur berdasarkan jumlah pengikut. Alasannya sebab nak hantar kertas cadangan ke stesen TV.

"Kalau macam itu, sampai bila-bila pun saya susah nak dapat tawaran berlakon sebab nak lawan dengan artis-artis sekarang yang jauh lebih tinggi pengikut mereka. Siapalah saya ini.

"Kredibiliti seseorang pelakon perlu diambil kira. Kalau watak utama nak tengok jumlah pengikut saya boleh terima, tapi kalau watak sampingan pun macam itu, susahlah. Namun saya bersyukur apabila penyanyi Mawi menawarkan saya berlakon filem Hantu Kuat Ketawa di samping pelawak popular Saiful Apek. Saya terus bersetuju tanpa mengetahui bayarannya. Lakonan adalah jiwa saya dan saya sangat rindukan kerjaya ini selepas hampir tiga tahun tiada tawaran berlakon," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 14
Komen

Previous : Isu Pukul Rider, Lan Pet Pet Buat Laporan Polis Wanita Tular Video

Next       : 'Sebagai Syarikat Rakaman, Penting Untuk Kami Menjaga Kesihatan Mental Janna'

Komen Terbaru

Quote eely_shana 11-5-2021 11:37 PM
Zaman sosial media

Lain-lain Komen

Quote Kurex 5-5-2021 04:32 PM
Sabarlah bam, nanti zaman ig segala cibai ni akan jatuh jugak... Percayalah
Quote sfrnna 5-5-2021 05:03 PM
Nak buat camna. Dah zaman sekarang org byk kat social media kannn. Ni bukan 30 tahun dulu org tgk chuol kat majalah.
Quote Adrif 5-5-2021 05:25 PM
aku yang muda pun takde IG. minat jugak tengok dia berlakon dari dulu

macam pelik je ukur followers.

aku segala soc med takda, hanya porem cari bertakhta di hati. dulu, kini, selamanya.
sebab sini ada avatar mata bolat. socmed lain takda
Quote aammyy 5-5-2021 06:07 PM
Hello wartawan cari, tolong update kes lan pet pet taboh rider smlm.
Quote Orix 5-5-2021 07:58 PM
Suka dia berlakon dlm senari dlu2…
Quote Ferr_Remy 5-5-2021 08:50 PM
Pe susah, go Shopee beli followers. Mcm bdk2 insta konon femes ni buat.
Quote salmon-suki 5-5-2021 09:22 PM
Aiolzs lg suka tgk syanie ni drpd retis megi..ofkos la folowers xramai sbb syanie xde nak menggedik goyang buntut atau filter berkoyan2 kt socmed mcm retis megi..
Quote Hoola 5-5-2021 09:40 PM
Bila semua berpaksikan media sosial. retis2 media so...sial ada jg yg xsemenggah, x bijak, x waras..
Mmperbodohkn diri, hp depa lg smart than theuser.
too bad decision! Goodluck to all of us.
Quote NataliaLuiz 6-5-2021 06:50 AM
Penonton tgk bakat pelakon! Bukan penonton tgk followers diorang!! Merepek!
Quote Redmyvi 6-5-2021 07:39 AM
Org yg tgk tv layan cerita retis ni semua pun belum tentu follow retis kt socmed.. kdg cerita best tapi nama pelakon pun tak kenal.. apa la sgt follower tu.. haha

Jimat kos marketing.. zaman dulu takda socmed laku jer cerita2 mcm senario tu haa.. jnji cite best..
Quote Kurex 6-5-2021 09:07 PM
Kurex replied at 5-5-2021 04:32 PM
Sabarlah bam, nanti zaman ig segala cibai ni akan jatuh jugak... Percayalah

Nak banhammer aku pun ok je sangkak hina @AceHand. Puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh kosserrrr
Quote QueenCaramel 6-5-2021 09:17 PM
I rs artis senior ni if maseh lg nk berlakon kn la ikot perkembangan..adapt n adopt sis..org berniaga skang pon da kn adapt dgn online business..
Kn la bermedia social n whatnot..
Quote biozipstar 9-5-2021 07:00 PM
mcm tu rajin2 bersosial sikit kt socmed. demi nak dapatkan job.. kalau dah itu mmg job kau.. kalau job kau kt office lainlah, mebi x payah ada socmed. huhu
Quote eely_shana 11-5-2021 11:37 PM
Zaman sosial media

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top