Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Gambaran Indahnya Syurga, Ini Gambar Terbaru Hajarul Aswad

5-5-2021 01:58 PM Komen: 108
Jeddah: Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan gambar terbaru Hajarul Aswad dan Makam Ibrahim dengan lebih jelas.

Jabatan Pengajian Kejuruteraan Reasah Alharmain mengambil gambar itu menerusi teknologi Focus Stack Panorama di mana gambar mencapai 49,000 megapiksel dan memerlukan 50 jam bekerja untuk memproses semua 1,050 foto itu.

Lebih 1,000 gambar dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi yang pertama kali boleh dilihat umat Islam di seluruh dunia.

Batu suci itu terletak di timur kaabah dan menjadi titik permulaan dan akhir tawaf.

Pihak berkuasa berkata, batu hitam berkenaan adalah dari syurga dan gambar beresolusi tinggi itu yang pertama kali diambil itu menggambarkan betapa indahnya syurga.


Kredit foto: Agensi


Sementara itu, pegawai kerajaan juga melantik pekerja wanita untuk menjalankan tugas di kaabah.

Penjaga Dua Masjid Suci melantik seramai 1,500 wanita di jabatan yang berbeza untuk tujuan itu.

Seramai 600 orang wanita sudah dilatih Agensi Urusan Teknikal dan Perkhidmatan untuk melayani dan membantu jemaah wanita yang beribadat di depan Kaabah.

Sebelum ini Arab Saudi menempatkan pegawai polis wanita yang bertugas di Masjidil Haram buat pertama kali dalam sejarah.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi sudah mengeluarkan gambar pegawai wanita yang bertugas.

Mereka dilihat memakai seragam rasmi ketika menjalankan tugas di Masjidil Haram, dengan keterangan "Dari lapangan. Pengawal keselamatan untuk haji dan umrah".

Kehadiran petugas wanita itu turut menarik perhatian pengguna media sosial. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
1
0
Komen: 108
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 7-5-2021 08:22 PM
AbukRokok replied at 7-5-2021 12:01 PM
klu isap batu (ice) boleh jumpa ayah pink

Alam brazzers intensifies

Lain-lain Komen

Quote AyaqMeloSuam 5-5-2021 02:10 PM
Iollss malas google... ada x
Gambaq ???
Quote supernaturalee 5-5-2021 02:14 PM
ada link tak utk tgk gambar2 ni semua


Quote Orix 5-5-2021 02:16 PM
yg warna merah tu ke batunya ? kalau iya, tak indah pun
Quote MeghanK 5-5-2021 02:20 PM
Orix replied at 5-5-2021 02:16 PM
yg warna merah tu ke batunya ? kalau iya, tak indah pun

haha iols nak komen camni kang orang kecam tapi iols setuju dengan komen uols
Quote syamzana 5-5-2021 02:23 PM
mana pic nyer?pic merah sebelah batu tu apa?
Quote nazzse 5-5-2021 02:27 PM
supernaturalee replied at 5-5-2021 06:14 AM
ada link tak utk tgk gambar2 ni semua

Dekat ig haramain_info
Official ig masjidil haram
Quote Bedah.Cun 5-5-2021 02:32 PM
Maafin kejahilan mama, tang mana yang gambaran syurganya kat batu tue?
Quote Normabaru 5-5-2021 02:33 PM
Arab saudi punyala bff dgn india

Smpi RS dtg india,  shake hand bg bekalan oksigen and fund kt india.. To the extend dh benarkan pembelajaran agama hinduism and buddishm kat seluruh tanah arab..msia takat dpt funding investment ja.. Tu pon dh bangga habis Hehehe
Quote dudaberhias 5-5-2021 02:37 PM
Memang ada hadis atau quran kata hajarul aswad tu gambaran syurga ke bukan ke batu tu je dari syurga? Macam neraka je tu sebabnya kotor je, kalau polish elok2 mungkin ala2 diamond gitu.
Quote riyadhK 5-5-2021 02:46 PM
MeghanK replied at 5-5-2021 02:20 PM
haha iols nak komen camni kang orang kecam tapi iols setuju dengan komen uols

Hati kita berkeladak agaknya. Hahahhahaha
Quote testly 5-5-2021 03:03 PM
Pernah dgr, batu hajarul aswad tu dah berubah jd warna kusam kehitaman disebabkan dosa2 org yg menyentuh dan mencium batu tersebut... Wallahualam kebenarannya...
Quote AbukRokok 5-5-2021 03:04 PM
dimanakah keindahenya?

stahu aku hajar aswad tu batu kecil2 yg itam ditengah2 pecah bbpe bahagian
bukan yg warna mcm damar wood filler
Quote AbukRokok 5-5-2021 03:06 PM
Bedah.Cun replied at 5-5-2021 02:32 PM
Maafin kejahilan mama, tang mana yang gambaran syurganya kat batu tue?

siapa xnampak tandanya dah xlama lagi K.O straight to hell

-Pak belanglang-


Quote menjad 5-5-2021 03:07 PM
Yang hitam2 tu ler batunya... Ditampal kat batu yg warna merah tukan...
Quote nolya 5-5-2021 03:25 PM
Bedah.Cun replied at 5-5-2021 02:32 PM
Maafin kejahilan mama, tang mana yang gambaran syurganya kat batu tue?

Salam Ramadhan mama. Mencari bayangan syurga di Batu trs hanyalah umpan kata2 si penulis. Syurga tak akan pernah terbayangkn oleh akal manusia dn segala bayanganhanyalah sebatas   sebuah  ilusi.  Maka jgnlah mama  tertipu dgn  bayangan  spt itu.
Quote dodolgemok 5-5-2021 03:32 PM
Orix replied at 5-5-2021 02:16 PM
yg warna merah tu ke batunya ? kalau iya, tak indah pun

Betul sis, tpi nanti kalau kata tak indah dituduhnya menghina isle, atau katanya xpercaya shorga.
Quote supernaturalee 5-5-2021 04:19 PM
nazzse replied at 5-5-2021 02:27 PM
Dekat ig haramain_info
Official ig masjidil haram

wow
masjidil haram pun ada ig

yg xde ig ni blh ke msk tgk


Quote hyie 5-5-2021 04:32 PM
meols tengok kat utube, orang yang jaga batu ni dok lap2 dengan pewangi apa entah...so idokla dapat bau sebenar batu ni kan yang katanya wangi gitu.

dulu meols pernah tanya mak meols, wangi tak baunya? mak meols macam jawab gitu2 je...agaknya masa tu dah ada orang lap2 kot...nak tau gak wanginya macam mana khuenz
Quote hyie 5-5-2021 04:35 PM
Edited by hyie at 5-5-2021 04:38 PM






https://img.17qq.com/images/hjejbdgopbz.jpeg
batu dia yang hitam2 kecik tu yach sister...bukan yang keseluruhan tu



Lihat semua komen(108)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top