Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Bunga Isme Rindu Ayah, Terkilan Selebriti Salah Guna Kebenaran Rentas Negeri

5-5-2021 01:50 PM| Komen: 21

Tindakan segelintir selebriti menyalahgunakan kebenaran rentas negeri mengundang rasa kurang senang masyarakat termasuklah penyanyi Bunga Isme yang mengakui terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka itu.

Menurut Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 21, tindakan sedemikian dilihat tidak adil, lebih-lebih lagi apabila orang lain terpaksa patuh mengikuti peraturan meskipun memendam rindu mendalam terhadap keluarga.

Kata Bunga, dia sendiri sudah lama tidak bertemu bapa tersayang yang kini berada di Kedah dan hanya berhubung melalui panggilan telefon bagi mengubat kerinduan.

Foto: IG

"Rasa macam tak adil bila tengok orang lain rentas negeri sedangkan kita pun dah lama berjauhan dengan keluarga. Mereka yang salah guna kebenaran rentas negeri ni tak fikir ke tentang orang lain yang terpaksa tanggung rindu kerana tak ada kemampuan itu.

"Kita selebriti mungkin boleh keluarkan surat menyatakan kita kerja tapi hakikatnya ada yang gunakan untuk tujuan lain... itu sebenarnya salah dan tak adil buat semua.

"Sejujurnya saya sendiri sangat merindui bapa yang berada jauh... risau memikirkan keselamatan dan kesihatan di sana. Dalam usia bapa yang semakin meningkat, kita pun tak tahu smpai bila akan dapat bersama dia," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, Bunga berkata dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dan hanya sekadar berkongsi luahan hati.

"Saya tak salahkan selebriti atau sesiapa! Cuma tertanya sistem apa yang digunakan... ya netizen marah selebriti yang rentas negeri tapi dalam masa sama mereka lakukan itu kerana ada kebenaran dari pihak atas.

"Dalam hal ini tiada sesiapa yang salah cumanya kita kena letak tanggungjawab pada diri sendiri. Jangan ada lagi sikap pentingkan diri.

"Bukan saya sahaja yang rindukan keluarga, ada juga kawan-kawan di universiti saya tak boleh balik kampung... kalau saya buat (rentas negeri) jadi tak fair untuk orang lain yang melalui benda sama," ujarnya.



Bercakap mengenai karier seni, Bunga baru sahaja muncul dengan lagu raya berjudul Irama Aidilfitri.

Dalam lagu tersebut, Bunga bergandingan bersama beberapa penyanyi hebat lain iaitu Awi Rafael, Ning Baizura, Julia Farhana, Tiz Zaqyah dan Ismail Izzani.

Lagu raya istimewa itu dihasilkan dengan kerjasama Habib Jewels dan boleh ditonton menerusi saluran YouTube Habib sejak 27 April lalu. -CARI

Sumber: mStar 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 21
Komen

Previous : Isu Pukul Rider, Lan Pet Pet Buat Laporan Polis Wanita Tular Video

Next       : Janna Nick Tak Ada Niat Nak Raih Simpati

Komen Terbaru

Quote Manjahati 7-5-2021 07:50 AM
Siapakah gerangan ni?

Lain-lain Komen

Quote vanillaninja 5-5-2021 02:17 PM
Siapa sheols ni. Sedap pulak nampaknya teh ais dalam gambar tu.
Quote TerataiMelur02 5-5-2021 02:18 PM
Retis ke ni? Hauknya laa retis2 baru sekarang ni.. Adeiii
Quote liton 5-5-2021 02:23 PM
Ooooo...tak sangka bapak Angelina Jolie ada kedah
Quote ezacbee 5-5-2021 02:29 PM
Gigih aku google.
Rapper bertudung
Quote ajinomotonosuga 5-5-2021 02:33 PM
Ko pprt..nobody...mana brani rentas

Lopak tuuu..influennnza aaa..ko hader?

Muke cam apambalik nk komersil name bunge ek eleeee...

Ce komersil name Putu..tak pun aaa Dodol aaa baru ler influenza cam lopak...jeles lettew

Quote Kurex 5-5-2021 02:57 PM
Ni pun boleh jadi gosip ke bingai??????
Quote rosasen 5-5-2021 02:57 PM
dia ni iklan hotlink ke ape.. luaskan kuasamu?
Quote sukacactus 5-5-2021 03:10 PM
vanillaninja replied at 5-5-2021 02:17 PM
Siapa sheols ni. Sedap pulak nampaknya teh ais dalam gambar tu.

Sama, mata aku lebih ke teh ais itu hahaha
Quote bottombikini 5-5-2021 03:11 PM
nak jugekkkk mencapub....

Quote Belibis 5-5-2021 10:32 PM
ezacbee: Gigih aku google.Rapper bertudung

Kenal pun sebab ada dalam iklan kolgate ..
Quote slyfynx 5-5-2021 11:14 PM
Bunge who?
Sedap rope teh ais tu
Quote jargon 5-5-2021 11:48 PM
Ni ke yg nak saman netizen?trgk iklan si bunga ni nyanyi sikit je “nananannana” ntah pape lagu..mcm budak sengau je..cmni pon boleh iktiraf sbg penyanyi dan retis..pastu pkai bju kurung konon sbb imej..
Quote nuhanis 6-5-2021 12:00 AM
Buruknyaaa suara dia nyanyi lagu dengan Kak Ani. Tadi baru aku dengaq. Ingat suara sapa.
Quote sakitperut 6-5-2021 01:41 AM
siapa ni. Tak kenal pun.Hmm I pun dh thn kedua x balik raya. Raya sorang2.
Quote cruz2 6-5-2021 02:54 AM
Bunga ni yg ckp dlm swimming pool dia akan kencing dgn kentut.yg artis lain termasukla si alicia amin tu reti pulak jwb jwpn yg sopan di dengar.tak padan berbj kurung bertudung bagai pompuan ni.nk jujur pon berlapik la sikit
Quote likecandy 6-5-2021 04:18 AM
Sejak kebelakangan ni, nama sheols selalu naik, sebab selalu nak mencapub
Tapi tetap whoryuss
Quote NataliaLuiz 6-5-2021 07:56 AM
I sorang je ke tak kenal siapa sheols ni???
Quote Aneem 6-5-2021 08:10 AM
Semua bijak pandai nk berckp pasal rentas negeri..
Rentas je la mcm jahudi..
Lps tu upload dlm medsoc..
Lagi rare dari kau merempan sebut isu yg sama..
So yesterdayyy..
Quote kiahkonar 6-5-2021 11:08 AM
nak jugak interframe. haha.

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top