Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bina Pagar Guna Tahi Lembu Sebab Bergaduh Dengan Jiran

4-5-2021 12:54 PM Komen: 4
WASHTENAW, MICHIGAN – Akibat bertelingkah dengan jiran, seorang lelaki di negeri Michigan bertindak membina pagar menggunakan najis lembu di antara rumah mereka, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Tembok sepanjang 76.2 meter itu dibina selepas berlakunya pertikaian tentang isu tanah antara kedua-dua jiran itu tahun lepas.

“Kebiasannya, orang menaburkan najis lembu di kawasan padang. Namun, dia membuat sempadan menggunakan najis tersebut,” ujar seorang jiran terbabit, Wayne Lambarth kepada stesen televisyen tempatan, Fox2.

Menurut Lambarth, datuknya membangunkan tanah ladang Lodi Township itu kira-kira 100 tahun lepas.


Foto: Agensi

Bagaimanapun, pada tahun lepas, dia dan jirannya bertelingkah mengenai sempadan tanah tersebut.

Pertikaian itu menyebabkan jirannya membuat keputusan untuk membina sendiri tembok sempadan diperbuat daripada najis lembu.

“Itu bukan tembok najis, itu adalah pagar kompos,” ujar jirannya ketika disoal oleh Lambarth mengenai tindakannya itu.

Turut terkesan daripada tindakan itu adalah penyewa rumah Lambarth, Jaidyn Schwarzel dan Coyne Gatto yang terpaksa menghidu bau busuk akibat najis lembu tersebut.

“Saya tidak boleh membiarkan tingkap terbuka kerana kesemua bahagian rumah akan berbau busuk,” ujar Gatto.

Meskipun telah membuat aduan, pihak berkuasa tidak dapat meruntuhkan tembok sempadan itu kerana secara teknikal, tembok sempadan itu berada dalam kawasan tanah lelaki tersebut. –CARI

Sumber: Kosmo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Kurex 4-5-2021 04:30 PM
Mana mungkin leluhur buat benda2 gini....

Lain-lain Komen

Quote sarah82 4-5-2021 01:00 PM
Mampos mcm tu
Quote tikusmontok 4-5-2021 01:25 PM
kokesen perangai caprut
Quote Artemesiaa 4-5-2021 01:37 PM
Haa hadap kos pun murah tinggal nak kaup letak je
Quote Kurex 4-5-2021 04:30 PM
Mana mungkin leluhur buat benda2 gini....

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top