Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kaya Semacam, Wanita Tuduh Jiran Jadi Babi Ngepet

4-5-2021 12:48 PM Komen: 23
Seorang wanita yang menuduh jirannya merupakan ‘babi ngepet’ iaitu manusia yang mengamalkan sihir dan menukar diri menjadi babi hutan untuk mencuri wang dihalau keluar daripada kampungnya di Depok, Jawa Barat, lapor agensi berita Coconuts.co kelmarin.

Mengikut dongeng Indonesia, istilah ‘babi ngepet’ digunakan kepada individu yang menggunakan ilmu hitam dan menukar diri menjadi babi hutan pada waktu malam dan akan menyelinap masuk ke dalam rumah jiran lalu menggosok badan pada dinding bagi menarik keluar semua kekayaan berupa wang dan barang berharga.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Wati menuduh jirannya mengamalkan sihir selepas hairan melihat kehidupan mereka bertukar mewah walaupun jarang meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja.

Foto: Agensi

Dalam satu rakaman video tular yang dimuat naik di akaun Instagram @lambe_turah, Wati kedengaran mengadu tentang jirannya itu kepada polis.

“Saya sudah lama memerhatikan pasangan ini. Mereka sudah berkahwin, tidak bekerja tetapi mempunyai banyak wang.

“Saya pernah berjalan di hadapan rumah mereka dan terlihat mereka membuang sesuatu (yang membolehkan ‘babi ngepet’ itu muncul) di situ,” kata Wati.

Kampung itu menjadi bualan orang ramai dan beberapa orang lelaki yang ternampak kelibat babi hutan berdekatan kawasan sekitar telah menangkap haiwan itu.

Namun, selepas polis mendapati haiwan itu adalah babi hutan biasa, Wati membuat permohonan maaf terbuka namun dihukum diusir keluar dari kampung kerana menimbulkan kekecohan.

“Saya bukan melarikan diri tetapi terpaksa meninggalkan kampung kerana ia adalah kehendak semua penduduk di sini,” ujar Wati. -CARI

Sumber: Kosmo

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
0
1
Komen: 23
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote haznor 5-5-2021 06:43 PM
Dah la bodoh. Dengki busuk hati pulak. Org skg keje dlm bilik pun boleh kaya raya la.

Lain-lain Komen

Quote riyadhK 4-5-2021 12:53 PM
Dengki ko Indon caprut
Quote sukacactus 4-5-2021 12:59 PM
Jiran aku ni ha jarang keluar
Keluar pun gi excercise dgn ke masjid je tp kayo
Xde plak aku dengki
Apa ke bodoh sgt
Quote prettyuglybabe 4-5-2021 01:08 PM
lama tak dengar babi ngepet
Quote Artemesiaa 4-5-2021 01:13 PM
Tak cari tahu hal sebenar lebih percayakan gossip sendiri juga yang susah akhirnya
Quote Suchi 4-5-2021 01:30 PM
Kenapa tak g tanya tuan badan je? Ramai je duk umah tp duit masyuk je skrg kan org WFH jaa belaka.
Iols pun wat keje kat umah je mmg jarang je kuor melainkan ada hal penting.
Quote kiahkonar 4-5-2021 01:37 PM
haaa kau. terus kene halau kampung. hahaha. percaya sangat dengan ilmu hitam boleh tarik kekayaan apsal. indon ni x buat bende gile x sah.
Quote Kurex 4-5-2021 04:31 PM
Indon, bugis memang suka percaya cerita tahyul mcm ni... Lepas tu claim diri urban
Quote giyomi 4-5-2021 07:14 PM
babi loh...kan dah kena halau.
Quote Adrif 4-5-2021 07:17 PM
kalau kat Malaysia, tak keluar rumah tapi berduit,

dah sah-sah work from home. takpun geng freelancer. keje dengan company luar negara, gaji US dollar, pejabat dalam bilik tido je.
Quote notM 4-5-2021 07:20 PM
Muke memang busuk hati...entah2 jiran kau tu invest dlm Bitcoin ke apa...asal kaye je gali singkong....bongokk
Quote dudaberhias 4-5-2021 07:38 PM
Entah2 kaya tahap laki Trisna je pun, tu pun nak jeles indon ni.

Mana tau dalam rumah laki bini tu asa lombong bitcoin. Ko apa tahu dik kerja dengki dekat orang je.
Quote dudaberhias 4-5-2021 07:39 PM
notM replied at 4-5-2021 07:20 PM
Muke memang busuk hati...entah2 jiran kau tu invest dlm Bitcoin ke apa...asal kaye je gali singkong. ...

Fikiran kaka sama dengan iols, mana tahu khen laki bini ni duk pasang lombong bitcoin dalam rumah, sana dah la elektrik murah sebab kos hidup sana pun rendah dengan matawang yang lagi rendah. Tapi gaji laki bini ni dalam bitcoin, convert ke rupiah dah berapa dah.
Quote slavehunter 4-5-2021 09:18 PM
Tetiba teringat menu babi guling. Kaya owner babi guling kat Bali tu.
Quote Carcosa 4-5-2021 10:00 PM
Ya aulahhhh, ibuk busuk amat hati nya lohhh
Entah2 jiran dia buat online business MamaSab
Bukankah agent2 MamaSab untung jota2 Jual cake lah, jual make up lah. Jota2 ringgit tau loh. Udah ditukerr ke rupiah, jadinya double triple miliniyar loh buk.
Quote Carcosa 4-5-2021 10:01 PM
riyadhK replied at 4-5-2021 12:53 PM
Dengki ko Indon caprut

Sorry me'ols tergelak. Hahahhaha
Quote gigahertz 4-5-2021 10:53 PM

ok ada ayat baru. baby ngepet.
Quote cucuq 5-5-2021 08:49 AM
skang ni duk rumah pon boleh jana income macam online bisnes ke, main saham ker.. cemburu letttu.. tpi pernah je dengar rumours ckp org indon ni kaki santet lagi2 kalau dorang mai malaysia santet as pndiding diri xtau betul ke dak..malas nk ambik kisah
Quote Bedah.Cun 5-5-2021 11:18 AM
Tumballl pesugihan babhi ngepet
Quote renko 5-5-2021 11:23 AM
dia yg babi sebenarnya
hahaha

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top