Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Ego Seorang Bapa- 28 Orang Anak Semua Tak Sekolah, Tinggal Berhimpit Dan Kotor

Oleh: Natrahn|4-5-2021 10:10 AM Komen: 331
Ego Seorang Bapa, 28 Anak Semua Tak Sekolah, Tinggal Berhimpit, Kotor

Perkongsian Aktivis kebajikan, Nurul Ima Rahman mengenai sebuah keluar besar yang disantuninya baru-baru ini meruntun hati pelbagai pihak.

Rata-rata yang membaca perkongsian tersebut meluahkan rasa terkejut. Mana tidaknya, bilangan anak-anak sahaja sudah mencapai 28 orang, hasil dari perkahwinan bapa mereka bersama empat orang isteri. 

Khabarnya, keluarga berkenaan terpaksa menyewa dua buah rumah bagi menempatkan keseluruhan ahli keluarganya dan sewa rumah pula ditanggung oleh pihak zakat. Dua buah rumah itu hanya mempunyai empat bilik yang setiapnya setiap satunya menempatkan isteri pertama, kedua, ketiga dan keempat. 

Menjelang sebelah malam, anak-anak perempuan katanya disuruh tidur dalam balik, manakala anak-anak lelaki tidur berselerakan dalam rumah asalkan masih di bawah bumbung. 

Lebih menyedihkan, anak sulung keluarga itu dikatakan telah melarikan diri sehingga tidak dapat dikesan. 

Kredit foto - FB Nurul Ima Rahman via The Reporter

Menceritakan kembali detik-detik kunjungan Nurul Ima dan pasukannya pada jam 12 tengah ke rumah tersebut, Nurul Ima turut berkongsi perbualan dengan ketua keluarga besar ini. 

Perkara yang utama dibincangkan ialah mengenai persekolahan anak-anak keluarga ini. Namun si bapa menjawab, "Belum, takpelah ingat nanti nak masukkan ke tahfiz je semua"

"Oh baguslah," kata Ima sambil menunjukkan telefon bimbitnya akan gambar sebuah sekolah tahfiz di Klang, milik sepupunya. 

"Tahfiz ini milik sepupu saya, kalau kami aturkan anak-anak masuk ke sini boleh tak?" soal Ima. 

"Tak nak! Anak-anak saya semua hanya akan masuk ke Pondok Pasir Tumboh, di Kelantan. Pondok terbaik di Malaysia," pantas ayahnya menjawab. 

Jawapan si bapa membuatkan Ima terpana seketika dan berkata, "Kelantan? Jauh tu, ada sesiapa kenal ke kat tahfiz tu?" 

"Takde, tetapi tu sekolah pondok yang terbaik di Malaysia. Dah lahirkan ramai orang-orang hebat. Sekolah tahfiz lain saya tak nak. Nanti anak-anak saya semua akan sambung belajar di Cairo," katanya. 

Ima turut bertanya mengenai persiapan dan juga persediaannya, tetapi si bapa menyerahkan tanggungjawab itu kepada isterinya. 

"Nantilah, tunggu isteri saya uruskan sekolah kerajaan," katanya lagi.

Menurut Ima, sekiranya anak-anak keluarga ini ditempatkan di madrasah, sudah tentu makan minum mereka lebih terjaga, soal ibadahnya sempurna dan ada tempat tidur yang selesa. Namun, hasrat untuk membantu itu terpaksa dipendamkan kerana kengganan si bapa untuk menerima bantuan seumpamanya.

Tinjauan mendapati, hantaran asal mengenai keluarga ini telah diturunkan untuk menjaga hati pelbagai pihak.

Loading FB Post...

Benar kemiskinan harta boleh menjadi rintangan untuk meneruskan kehidupan. Tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk seseorang individu bangkit membina kehidupan lebih baik.

Poligami juga tak salah cuma jika jatuh ke tangan yang salah, musibah akan berlaku dan anak isteri yang menjadi mangsa. 

Semoga ada sinar untuk keluarga ini. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 331
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Babai 10-5-2021 02:12 PM
Ini jenis berfikir pakai kepala takuk aje ni.

Lain-lain Komen

Quote arareez 4-5-2021 10:14 AM
Sewa rumah zakat tanggung pun boleh ada 4 bini?
Quote dubuk 4-5-2021 10:15 AM
ayah semudah abc
Quote dubuk 4-5-2021 10:16 AM
arareez replied at 4-5-2021 10:14 AM
Sewa rumah zakat tanggung pun boleh ada 4 bini?

sunnah diutamakan

Quote kechikchomel 4-5-2021 10:18 AM
ada baca kat FB. gerammm je rasa dgn si bapak tu! mesti stress anak sulung tu. adik beradik berderet. duduk la berhimpit-himpit dalam rumah tu.
Quote insulin 4-5-2021 10:19 AM
Ini memang betul2 sejenis ayah yang tak bertanggungjawap. Hal2 pendidikan anak diserah bulat2 pada si isteri.
Quote Meiizu 4-5-2021 10:21 AM
kat fb ramai org kecam... fb pun  dah mcm porum, dulu2 je sesikit husnozon
Quote Boomibulat 4-5-2021 10:21 AM
Sohai tersenyum sinis..di anak 4 je x sekolah
Quote sukacactus 4-5-2021 10:23 AM
Selfishnya bapak
Pikir pakai kepala bwh je ke
Quote zulka 4-5-2021 10:23 AM
28 org anak nya??
sorang bini 7 org anak...giler la, kon#k apa ni
Quote JunkMail 4-5-2021 10:23 AM
Ni namanya mampu batin je zahir hauk. Rumah pun tak mampu sediakan, kuota bini nak cukup. Anak mengemut macam anak kucing. Gagal total.
Quote Dwdrum 4-5-2021 10:25 AM
Golongan KAYA SPERM... Yang lain miskin serba kurang dari IQ sehingga harta... Dan empathy kepada bini dan anak anak....
Aku done kecam.... hauk sangat perangai bapa/suami... Aniaya keluarga sendiri...
Quote ezacbee 4-5-2021 10:26 AM
Apalah ilmu pakcik sampai 4 bini.
Quote kiahkonar 4-5-2021 10:27 AM
lelaki x de pedoman nak ukur baju di badan sendiri tu dah banyak  jadi. tp isteri2 yang sudi nak berlakikan dia even keadaan laki tu mcm tu x boleh nak faham. x fikir naseb anak2 diaorg yg berderet2 tu ke.
Quote rosa_canina 4-5-2021 10:29 AM
mcm ni pun blh kawin 4???  

kesian anak2 dia
Quote c===8 4-5-2021 10:30 AM
teringin nak tgk rupa bini2 dia
Quote BicaraHatiku 4-5-2021 10:31 AM
Pancut sedap2...lepas tu zakat kena tanggung. Gitew lah
Quote bebah 4-5-2021 10:31 AM
Selfish nye... sian anak2.
Quote ahlam_nabiha 4-5-2021 10:32 AM
Sedeh baca.. Tak tau nak kata apa.. Ibarat org bagi nasihat seperti menuang air di daun keladi.
Quote bottombikini 4-5-2021 10:35 AM
taknak lah cakap apa2
nanti Ramadan aku kurang beerti

Lihat semua komen(331)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top