Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Ceroboh Rumah Buat Video Muzik - A. Aida Mahu Aliff Syukri Beri Penjelasan

4-5-2021 09:51 AM|Oleh: rikuren| Komen: 57


"Aliff menggunakan rumah itu tanpa pengetahuan dan izin saya"

A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 51, mendakwa Datuk Seri Aliff Syukri menceroboh dan melakukan penggambaran  rumah persinggahannya iaitu Tuah D'Manggis di Janda Baik, Pahang untuk membuat penggambaran MV lagu berjudul 'Lala Raya' tanpa izinnya.

"Saya tanya pekerja saya macam mana Aliff boleh masuk rumah itu dan siapa benarkan dia masuk. Kata pekerja saya, Aliff memang beritahu nak datang untuk tengok tempat.

Ketika itu tak ada siapa dekat situ... malah pekerja saya kata, Aliff panjat untuk pergi ke beranda rumah saya tu. Itu dah kira menceroboh!," katanya memetik laporan mStar.

Lagu nyanyian Aliff yang dilancarkan di YouTube pada Isnin lalu jelas menunjukkan beberapa scene dia bersama beberapa penari latar berada di beranda dan belakang rumah tersebut.

Kredit foto: Youtube Aliff Syukri

Walhal, katanya Aliff tidak pernah menghubunginya dan meminta izin sedangkan mereka saling mengenali antara satu sama lain.

Tegasnya lagi, dia memang tidak membenarkan sebarang rakaman atau penggambaran di rumah percutiannya itu kerana ia eksklusif untuk produksi A. Aida Production sahaja.

"Sebelum ini, ada beberapa produksi minta izin nak guna rumah itu tapi saya tak benarkan. Tapi dia boleh senang-senang ceroboh! Saya nak Aliff beri penjelasan mengenai perkara ini," katanya lagi.

Berjoget sakan dalam video muzik, rupanya tak minta izin dengan tuan rumah. Harap Aliff Syukri ada penjelasan sewajarnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 57
Komen

Previous : Isu Hantaran 20k Hina Orang Sabah - Siti Sarah Dedah Rahsia Perkahwinan 10 Tahun Dulu

Next       : Lan Pet Pet Buat Hal Lagi, Pukul Penghantar Makanan

Komen Terbaru

Quote Jajabeans 5-5-2021 09:01 AM
Alahai.. asal ko x guna resort mak ko je buat mv. Rumah nek aida jugak ko nk ceroboh

Lain-lain Komen

Quote tigerads 4-5-2021 10:03 AM
report polis saja atas alasan menceroboh...apa susah...
Quote ninja9 4-5-2021 10:10 AM
perangai..
Quote tokchik 4-5-2021 10:11 AM
Tegedik2 MCM budak terencat akal penari nya
Nyahh sangat yg nib2 Dr kanan tu
Quote cruz2 4-5-2021 10:18 AM
Ini baru bertemu buku dgn ruas.jgn main2 dgn nek aida..eh dato a aida
Quote sofinamini 4-5-2021 10:19 AM
rumah hutan mak dia kan ada . apehal dia pg ceroboh rumah orang eh ?
Quote Normabaru 4-5-2021 10:20 AM
Minta ganti rugi la.. Xpyh wayang. Buat mcm KA tu.. Tengok2 je dah settle
Quote taji2906 4-5-2021 10:25 AM
marketing je ni. nak bagi si alip ni naik rating lagu dia. pastu publisiti utk rumah si aida ni. kamon la.. dua2 pun kenal, sama2 da bincang kot.
Quote missmeornot 4-5-2021 10:46 AM
Ntah2 marketing je. Nak buat mv bukan kejap xkan la sepanjang masa tu tok aida xtau
Quote Nadzfizz 4-5-2021 10:47 AM
Saman jangan tak saman
Quote September14 4-5-2021 10:50 AM
Aku pun rasa marketing... jgn pcya sgt klu mlibatkan ponen sorg ni
Quote eniliana 4-5-2021 10:51 AM
sama ada berpakat.
ataupun sejak sajat dah menyorok, org dah mula tak fikirkan mamat ni. so cipta kontroversi baru utk igtkan kewujudan beliau . huhuhu
Quote dazzlingDentist 4-5-2021 10:56 AM
tokchik replied at 4-5-2021 10:11 AM
Tegedik2 MCM budak terencat akal penari nya
Nyahh sangat yg nib2 Dr kanan tu

kannn.. menggelupo sesorang mcm ulat bulu kena spray dgn ridsect. yiiiihhhhhhhh!
Quote no_el 4-5-2021 10:56 AM
Tgk pun tau. Marketing hancing
Netizen skang bukan bodoh
Propa much dua org ni
Quote wikedsaikel 4-5-2021 11:20 AM
Gimik ke ni?
Quote Plain-tif 4-5-2021 11:23 AM
taji2906: marketing je ni. nak bagi si alip ni naik rating lagu dia. pastu publisiti utk rumah si aida ni. kamon la.. dua2 pun kenal, sama2 da bincang kot.
aku pun terfikir macam tu
Quote BicaraHatiku 4-5-2021 11:30 AM
Edited by BicaraHatiku at 4-5-2021 11:31 AM

dari meols dengar lagu raya dia tu...baik meols dgr lagu kak melah the latest... kombinasi pop Melayu + dangdut + irama zapin moden chuolz.



Quote farlis 4-5-2021 11:30 AM
Kalau betul ceroboh, report polis je laa..
Quote makadek 4-5-2021 12:03 PM
Marketing...sdgkn umah mak dia lg lawa rumah sungai semua tu
Quote Kepot 4-5-2021 12:37 PM
marketing ting ting jela kot ni.

Lihat semua komen(57)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top