Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Beri pelepasan balik kampung jika ada bukti swab test – Khairil

3-5-2021 05:06 PM Komen: 91


KUALA LUMPUR – Beri pelepasan balik kampung tetapi dengan syarat seseorang itu perlu membuat swab test dan hasilnyanya negatif Covid-19.

Itu cadangan Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Senator Ir. Khairil Nizam Khirudin.

“Saya juga nak highlight cadangan saya kepada MKN (Majlis Keselamatan Negara). Mungkin MKN boleh pertimbangkan untuk izinkan mereka yang perlu pulang ke kampung dengan syarat membuat swab test dan jelas terbukti melalui pembuktian sains, negatif Covid-19.

“Kalau MKN terima alhamdulillah, kalau tak dapat saya pasrah, yang penting saya patuh pada arahan dan ketetapan MKN,” ujarnya yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat dalam kenyataan di media sosialnya semalam.

Beliau memberi cadangan itu selepas mempertahankan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah yang tular dikecam kerana menyatakan haram kepada umat Islam merentas negeri selepas tidak dibenarkan oleh kerajaan dalam usaha membendung penularan pandemik.

“Balik kampung untuk khidmat ibu dan ayah tuntutan besar di dalam al-Quran, tetapi kalau tipu PDRM dengan muslihat-muslihat dan tipudaya apatah lagi membawa pulang kemudaratan kepada ibu bapa dan negara, maka ia jadi haram. Boleh follow ke tu?

“Saya pelik ada yang sukar untuk faham. Bagi saya ia matematik yang mudah. Tidak sukar,” ujarnya.


Sumber - MalaysiaGazette

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
1
Komen: 91
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote silencekiller 4-5-2021 10:23 PM
krustykrab replied at 4-5-2021 05:56 AM
Tp nnt mcm forumer kt atas ckp, akn kluar la byk alasan, cth: peniaga burger anak 5, 4 darinya bwh ...

nak puaskan hati semua orang memang laa mustahil ... tapi do something dari nothing kan... orang dah ada anak kaa famili kaa.. depa still ada orang untuk beraya kaa bersama ka apa kaa...

bagi jaa pada yang complete vaccination... jika dia ada anak bawah 12 tahun... nasib laa ... btw.. KERAjaan masih belom haramkan ummah 12 tahun ke bawah + 60 tahun ke atas dari merayau2... patot puak2 ni kena PKP ketat.. dok rumah.. automatik kurang orang akan merayau2 di mall kaa shopping di jakel ka apa kaa... KERAjaan kena laa pikiaq langkah yang lebih bernas dari bangang dah a year ++ masih bingung + clueless..

Lain-lain Komen

Quote Skuau 3-5-2021 05:20 PM
dh terlambat.....raya berapa ari lg.
Quote opie5662 3-5-2021 05:27 PM
Dh tu skrg nk berkumpul kat tempat swab test ke mcm mane
Quote teen_angelJB 3-5-2021 05:27 PM
Complete dose bg balik please..hihi
Quote mrsbale 3-5-2021 05:29 PM
dah mngarut. Benda kalau nk kena, seminit lepas settle test pun blh bjangkit
Quote msdummy.2018 3-5-2021 05:36 PM
Bodoh !ada jer org yg positive masa swab test kedua kan?
Quote Artemesiaa 3-5-2021 05:42 PM
Tak da maknanya swab test bukan jaminan tak akan terjangkit covid19 sedangkan vaksin pun sama je.
Quote white_musk 3-5-2021 05:50 PM
Kasihani polis di jalanan itu kerana mesti menyemak siapa sudah siapa belum
Quote AbukRokok 3-5-2021 05:52 PM
mrsbale replied at 3-5-2021 05:29 PM
dah mngarut. Benda kalau nk kena, seminit lepas settle test pun blh bjangkit

dpt result negatif terus yak yak yeay  peluk akak
esoknya selesema dan batuk

yak yak yeah
Quote edayildiz 3-5-2021 05:53 PM
xsempat dh..nape x bg idea gini beberapa bln lps
Quote krustykrab 3-5-2021 05:56 PM
AbukRokok replied at 3-5-2021 05:52 PM
dpt result negatif terus yak yak yeay  peluk akak
esoknya selesema dan batuk


Tak pe la..mati beramai2 yg tua2 x produktif ....kan kita x nk jd negara tua...
Quote mamarock 3-5-2021 05:59 PM
Ramai yang panjang akal nanti, tifu sana tifu sini
Quote glump 3-5-2021 06:00 PM
Keputusan swap test kamu negetive..boleh jamin ke yg dlm perjalanan n atau org Kat kg tu negetive covid
Quote sapeka 3-5-2021 06:03 PM
Someone that i know
Dapat je surat pelepasan balik kampung sekeluarga
Quote dudaberhias 3-5-2021 06:04 PM
baik hanya bagi balik pada orang2 yang perlu sesangat macam mak terkandas lumpuh kat kampung dan sebagainya. Motip nak bagi orang2 yang dah swab test balik, bukannya ada benda penting pun nak balik takat nak menggedik je jumpa keluarga macam tak jumpa 10 tahun. Lepastu balik2 peluk cium bagai pulak tu dah memanh budaya, so merebak lagi la penyakit2 dengan mutasi baru.
Quote pu3_rania 3-5-2021 06:12 PM
Ini lagi sorang dari PAS sel2 otak tak bersambung dan berfungsi dengan betul
Main hantam aje bila nak bagi kononnya idea yang bernas tapi sebaliknya idea bak beras hancur
Quote pu3_rania 3-5-2021 06:17 PM
sapeka replied at 3-5-2021 06:03 PM
Someone that i know
Dapat je surat pelepasan balik kampung sekeluarga

Sama lah macam anak jiran aku yang pi rentas negeri Melaka ke Petaling Jaya
1 batilion family pi hangkut bawa balik ke Petaling Jaya untuk upacara tradisi keluarga untuk berbuka puasa
Quote tobobon 3-5-2021 06:17 PM
ini satu lg cara utk kayangan dan helang kah nak rentas negeri??

almaklumlah ujian swab test kalau x silap rega 200 ke atas
Quote pu3_rania 3-5-2021 06:19 PM
msdummy.2018 replied at 3-5-2021 05:36 PM
Bodoh !ada jer org yg positive masa swab test kedua kan?

Ya betul tu Beb
Tapi masih ada yang pandang remeh perkara2 macam ni
Bila di tegur tapi asyik dok 'BITTER' ke hulu dan ke hilir
Quote sapeka 3-5-2021 06:22 PM
pu3_rania replied at 3-5-2021 06:17 PM
Sama lah macam anak jiran aku yang pi rentas negeri Melaka ke Petaling Jaya
1 batilion family pi  ...

Yeah someone tu pun balik melaka jua raya ni
Siap berbangga dapat pelepasan

Lihat semua komen(91)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top