Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

3 kapal penguat kuasa Vietnam cuba halang Maritim Malaysia

3-5-2021 04:46 PM Komen: 14


Kuala Terengganu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu mengusir tiga kapal penguat kuasa Vietnam yang menghalang kapal Maritim daripada menahan bot nelayan negara itu yang menceroboh perairan.

Kejadian itu berlaku di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara ketika Kapal Maritim (KM) GEMIA sedang menunda tiga bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara membabitkan rampasan bernilai RM4.5 juta, Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Ramli, berkata KM GEMIA sebelum itu menahan tiga bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan Malaysia untuk merompak hasil laut negara pada jarak antara 119 hingga 120 batu nautika Timur Laut Kuala Terengganu antara jam 8 hingga 9 pagi.

Tiga kapal penguat kuasa Vietnam memasuki perairan negara untuk menghalang KM GEMIA menahan tiga bot nelayan mereka dengan menghimpit bot tahanan dan membayangi KM GEMIA.

"Susulan kejadian itu, Pusat Operasi Maritim Terengganu mengarahkan KM AMANAH yang ketika itu berada pada jarak 35 batu nautika dari lokasi kejadian untuk memberikan bantuan dan memaklumkan Pusat Operasi Maritim Ibu Pejabat Putrajaya berkaitan insiden itu.



"Pada peringkat awal, penguat kuasa Vietnam meminta kita melepaskan bot-bot nelayan mereka namun kita tidak memenuhi permintaan itu kerana bot nelayan itu menceroboh perairan Terengganu untuk merompak hasil laut Malaysia.

"Anggota kita kemudian mengarahkan kapal-kapal penguat kuasa Vietnam itu keluar dari perairan negara sebelum mereka akhirnya akur dengan arahan diberikan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Suffi berkata, pihaknya menahan 19 nelayan termasuk tekong yang berusia antara 21 hingga 61 tahun yang berada di tiga bot nelayan asing berkenaan.

Turut dirampas ialah 1.5 tan hasil laut, 4,500 liter diesel serta peralatan menangkap ikan dengan rampasan dianggarkan bernilai RM4.5 juta.

"Selain berdepan dengan gangguan penguat kuasa Vietnam, kita turut mengalami kesukaran apabila dua daripada bot nelayan yang ditahan itu mengalami kerosakan dan terpaksa ditunda ke Jeti Maritim Negeri Terengganu bagi siasatan lanjut.

"Kita mengambil masa hampir 55 jam dengan kelajuan hanya tiga knot untuk menunda bot itu sebelum tiba di jeti kira-kira jam 3 petang semalam (Ahad).

"Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti perikanan dalam perairan negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.

Sepanjang Op Kuda Laut yang dilancarkan untuk membanteras pencerobohan nelayan asing terutamanya dari Vietnam, 87 bot nelayan asing membabitkan 960 kru ditahan.



Sumber : Berita Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote otai_g 4-5-2021 03:05 PM
Punat_button replied at 3-5-2021 06:25 PM
Ya ka mundur?

Mundur based on persepsi sbb rmi rakyat sana dtg msia cr kerja.

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 3-5-2021 05:22 PM
ambil hasil tangkapan bom je kapal tengah laut buat macam indonesia jgn bg muka.
Quote otai_g 3-5-2021 05:52 PM
Mundur2 vietnam 6 kapal selam dia ada tau.
Quote Itzy 3-5-2021 06:12 PM
otai_g: Mundur2 vietnam 6 kapal selam dia ada tau.


Mana tak makin maju, sebelum covid ramai rakyat malaysia sumbang duit majukan industri pelancongan vietnam, siap berjual beli macam2 produk vietnam di malaysia.
Quote Decaffeinated 3-5-2021 06:18 PM
Nelayan ni hanyut ka? Mujur tak berbalas tembak

Berani penguat kuasa dia masuk perairan kita untuk lepaskan kapal dia. Tahniah maritim Malaysia tak goyang.
Quote Bedah.Cun 3-5-2021 06:22 PM
Bangsat maritim vietnam komeneh neh, buat aduan di UN!!!
Quote Punat_button 3-5-2021 06:25 PM
otai_g replied at 3-5-2021 05:52 PM
Mundur2 vietnam 6 kapal selam dia ada tau.

Ya ka mundur?

image.png
Quote sarah82 3-5-2021 06:25 PM

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Ramli, berkata KM GEMIA sebelum itu menahan tiga bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan Malaysia untuk merompak hasil laut negara pada jarak antara 119 hingga 120 batu nautika Timur Laut Kuala Terengganu antara jam 8 hingga 9 pagi.

Mohon yg komen hanyut tu sila baca semula atau pi buat ujian spek mata..atau
Quote slavehunter 3-5-2021 06:27 PM
Malaysia memang kenyataan nye lembik dengan gangguan negara jiran.kiri kanan dipergunakan.
Quote kam3n 3-5-2021 06:29 PM
CiliPadiSedap replied at 3-5-2021 05:22 PM
ambil hasil tangkapan bom je kapal tengah laut buat macam indonesia jgn bg muka.

Tak boleh. Nanti kot malang tetiba kapal laut ke kapal selam malaysia tenggelam, malaysia gak dicashkan balik  
Quote dizekni 3-5-2021 08:08 PM
Tunggu kapal OPV kelas Tun Fatimah siap nanti baharulah lebih taring maritim kita

patut dah lama kita ada kapal2 penguatkuasa  yang besar, canggih dan banyak
Quote sharlenetexas 3-5-2021 08:36 PM
CiliPadiSedap replied at 3-5-2021 05:22 PM
ambil hasil tangkapan bom je kapal tengah laut buat macam indonesia jgn bg muka.

Ada pulak NGO(k) yang berpengkalan di bla bla bla tak puas hati. Rompak hasil negara orang boleh pulak.

Quote CiliPadiSedap 3-5-2021 08:46 PM
sharlenetexas replied at 3-5-2021 08:36 PM
Ada pulak NGO(k) yang berpengkalan di bla bla bla tak puas hati. Rompak hasil negara orang boleh p ...

dah lah balak bauksit kena rompak ni hasil laut pun nak rompak. tak patut betul. bom je kapal nelayan vietnam, kapal seludup manusia dan seludup barang subsidi.
Quote 3480 3-5-2021 09:45 PM
Tahniah maritim malaysia
Quote otai_g 4-5-2021 03:05 PM
Punat_button replied at 3-5-2021 06:25 PM
Ya ka mundur?

Mundur based on persepsi sbb rmi rakyat sana dtg msia cr kerja.

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top