Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Doktor Tak Percaya Vaksin, Akhirnya Mati Akibat Covid-19

3-5-2021 12:41 PM Komen: 5
Nairobi: Akibat tidak percayakan vaksin, seorang doktor Kenya akhirnya maut selepas dijangkiti Covid-19.

Doktor terbabit pernah mencetuskan kontroversi kerana mengadakan pelbagai kempen menentang penggunaan dan keberkesanan vaksin virus itu.

Pengerusi Persatuan Doktor Katolik Kenya, Dr Stephen Karanja, sebelum mengesyorkan penyedutan wap dan ubat hidroksiklorokuin serta mempertikaikan keberkesanan suntikan Covid-19.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menolak dakwaannya itu.

Pakar perbidanan dan sakit puan (O&G) itu maut pada Khamis lalu selepas seminggu dimasukkan ke hospital akibat komplikasi jangkitan Covid-19.

Sebelum berselisih pendapat dengan pengikut gereja katolik di Kenya mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin Covid-19, Dr Karanja sering bekerjasama dengan pemimpin agama dalam menentang kempen vaksinasi.

Kredit foto: Agensi

Dalam surat bertarikh 3 Mac lalu, Dr Karanja menjelaskan ada ubatan yang boleh digunakan kembali dan secara efektif untuk mengubati Covid-19 sekali gus menolak keperluan vaksin.

Malah, beliau turut menganjurkan forum berbeza tentang rawatan alternatif termasuk penyedutan wap dan ubatan seperti hidroksiklorokuin dan ivermectin yang belum mendapat pengesahan WHO dalam merawat Covid-19.

"Vaksin yang diedarkan di Kenya sudah dikaji dan disahkan selamat bukan hanya melalui proses ketat dari WHO sahaja tetapi pihak berkuasa pengawalan," kata WHO pada Mac seperti dipetik portal BBC News.

Malah Persidangan Katolik Kenya juga tidak sependapat dengan Dr Karanja apabila mengesahkan vaksin itu boleh diterima dan sah.

Kenya menerima lebih satu juta dos vaksin Covax, yang kebanyakannya sudah diberikan.

Negara itu merekodkan lebih 160,000 kes jangkitan Covid-19 dengan 2,707 kematian. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Drmu 3-5-2021 11:51 PM
mdhelmi: nampak macam 'being erased' pon ada

Baru nak cakap..takpun ada sejarah penyakit2 lama ke..mcm kat mesia kat suka kaitkan dengann penyakit2 lama ni

Lain-lain Komen

Quote mdhelmi 3-5-2021 01:55 PM
nampak macam 'being erased' pon ada
Quote Simunggu 3-5-2021 03:21 PM
covid memang ada, benar....ubat/vaksin shj belum tahu 100% protect kita...
Quote rajilusharon 3-5-2021 04:02 PM
should try to do natural remedies and may be it works.
Quote jiwasemangat 3-5-2021 04:57 PM
Betul ke Dr.. maybe he was a dR
Quote Drmu 3-5-2021 11:51 PM
mdhelmi: nampak macam 'being erased' pon ada

Baru nak cakap..takpun ada sejarah penyakit2 lama ke..mcm kat mesia kat suka kaitkan dengann penyakit2 lama ni

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top