Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Terduduk Sambil Pegang 'Controller' Xbox

3-5-2021 10:42 AM Komen: 0
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terduduk di atas sofa selepas khusyuk bermain permainan video Xbox sepanjang malam. 

Lapor Mirror, Simon Lee Shanks, 43, dan rakannya bermain permainan video itu sehingga tengah malam di rumahnya di Lougher, Swansea pada Oktober lalu.

Selepas bermain Xbox bersama Shanks, rakannya berasa mengantuk dan ke bilik untuk tidur.  


SIMON LEE SHANKS ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terduduk di atas sofa dengan memegang 'controller' Xbox.

Kira-kira 11 jam kemudian, rakannya menemui Shanks dalam keadaan tidak sedar diri dan terduduk atas sofa sambil memegang 'controller' Xbox. 

Pasukan paramedik tiba di rumah tersebut pada 19 Oktober tahun lalu namun gagal menyelamatkan Shanks selepas mencuba sedaya upaya.   

Ahli paramedik mengesahkan Shanks meninggal dunia selepas tengah hari. 

Berdasarkan sesi perbicaraan yang diadakan di Swansea Guildhall, Shanks sebelum ini didakwa mengalami masalah mental dan pernah mengambil minuman keras dalam kuantiti banyak selepas putus cinta.

Bagaimanapun, Shanks berjaya mengatasi masalah itu selama tujuh tahun tanpa mengambil sebarang ubatan.  

Dalam prosiding tersebut, polis South Wales, Ben Evans memberitahu, mangsa tidak mengambil sebarang dadah pada hari kejadian dan biasanya tidur di atas sofa. 

Pegawai tidak menemui sebarang bukti penggunaan dadah. Tiada tanda gangguan atau dimasukkan secara paksa. Walaupun kematian Shanks tidak mencurigakan, namun masih tidak dapat dijelaskan, katanya.


Sumber: Utusan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top