Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Atuk Muda Hiburkan Pengikut Dengan Aksi Comel Si Kembar, Cair Tak?

3-5-2021 10:31 AM Komen: 12
Menggelar dirinya sebagai 'atuk muda', kehadiran jejaka berusia 23 tahun ini dengan sepasang kembar lelaki ternyata mencuri perhatian netizen.

Menurut Luqman Hakim Ismail, dia sekadar berkongsi video secara suka-suka dan tidak menyangka akan meraih lebih 100,000 pengikut di TikTok dalam masa singkat.


Kredit foto: TikTok/IG @Aisyahasri56

Mesra disapa Luqman, dia ketika dihubungi mStar sempat memperjelaskan hubungan sebenarnya dengan dua bayi itu yang sering kali menimbulkan kekeliruan ramai.

"Ceritanya, kakak saya yang paling sulung kahwin awal. Kemudian dia dapat anak. Nama anak kakak saya tu Aisyah.

"Aisyah ni pula dilahirkan sama tahun dengan saya. Kami sama-sama umur 23 tahun. Kembar dua orang tu anak Aisyah.

"Mereka berdua cucu saudara saya. Saya pula masih lagi bujang," ujarnya.



Menurut Luqman, dia berasal dari Pahang dan kini menetap bersama Aisyah dan suaminya, serta dua kembar mereka di Bandar Putra, Kulai, Johor.

Jelasnya, dia kini bekerja sebagai penyelenggara acuan di sebuah kilang di Senai.

Bercerita mengenai si comel itu, Luqman menjelaskan Adam Zhaffrel Mohd Izamuddin dan Adam Zhaffran dilahirkan pramatang dan kini baru mencecah usia tujuh bulan.



"Saya sebenarnya suka-suka kongsi video mereka. Tak sangka ramai yang suka. Ramai komen nak tengok mereka lagi.

"Kalau ada masa lapang, saya akan melayan mereka. Agak mencabar, seorang bergerak ke sana, seorang lagi gerak ke sini.

"Tapi yang bagusnya, kalau seorang menangis, seorang lagi akan senyap. Kalau serentak memang saya pengsan," ujarnya berseloroh.

Menurut anak keenam daripada lapan beradik itu, dia juga tak terlepas menerima komen usikan di media sosial.

Selain memuji kecomelan si kembar, ada netizen turut memuji rupa paras Luqman dan bertanya mengenai status dirinya.

"Saya pun ada perasan komen-komen tu, saya anggap sebagai gurauan semata-mata.

"Mengenai kahwin, itu tak boleh nak cakap sebab semuanya bergantung kepada rezeki.

"Saya pun belum ada calon lagi," jelas Luqman yang juga satu-satunya anak lelaki dalam adik beradiknya.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 12
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote susukambingbest 4-5-2021 12:33 PM
Adrif replied at 3-5-2021 06:33 PM
berulang kali baca nak bagi paham

Mak dpt anak, sama tahun dgn anak sulung mak dapat anak jg. Mak dpt anak llaki. Anak sulung mak dpt anak prempuan nama Aisyah. Aisyah kawin dpt si kembar. Anak mak (llaki ni) belum kawin n tggl serumah dgn Aisyah. Hubungan mreka, Aisyah ialah anak saudara llaki ni. Kakak llaki ni (ibu kpd Aisyah/anak sulung mak) ialah nenek si kembar manakala llki ni atok saudara si kembar).

Lain-lain Komen

Quote Kurex 3-5-2021 10:41 AM
Comel         
Quote sarah82 3-5-2021 10:45 AM
Dia rajin melayan budak2 tu.. Kelakar juga..
Quote Themilo 3-5-2021 11:04 AM

favorite @katibism kan.. hari-hari dia duk skodeng tik tok adik ni.. awas ye kaka, bujang trang tang tang lagi tu..
Quote bakingsoda 3-5-2021 11:09 AM
mcm pelik je duk serumah dgn anak sedara yg dah kawen
Quote Kurex 3-5-2021 11:31 AM
Themilo replied at 3-5-2021 11:04 AM
favorite @katibism kan.. hari-hari dia duk skodeng tik tok adik ni.. awas ye kaka, bujang trang ta ...

Iols maksudkan baby tu.. bukan atoknya.. iols tak berapa minat twinkle twinkle little star ni uols
Quote ezacbee 3-5-2021 12:06 PM
Comel muka baby2 tu..
Cam pasrah je atok dia wat dorang camtu.
Ingat dorang anak kucing ke
Quote ezacbee 3-5-2021 12:07 PM
Kurex replied at 3-5-2021 11:31 AM
Iols maksudkan baby tu.. bukan atoknya.. iols tak berapa minat twinkle twinkle little star ni uols
iols tak berapa minat twinkle twinkle little star ni uols
Pe maksud tu?
Quote Kurex 3-5-2021 12:22 PM
ezacbee replied at 3-5-2021 12:07 PM
Pe maksud tu?

Maksudnya twink.... Uols google twink tu apa
Quote ezacbee 3-5-2021 12:25 PM
Kurex replied at 3-5-2021 12:22 PM
Maksudnya twink.... Uols google twink tu apa

OK paham.

Quote sh479 3-5-2021 05:10 PM
Comel betul la si kembar tu. Saya ada cousin kembar. Sampai sekarang saya tak reti beza mana adik mana kakak. Walaupun masa kecik2 saya yang jaga diorg
Quote Adrif 3-5-2021 06:33 PM
Ceritanya, kakak saya yang paling sulung kahwin awal. Kemudian dia dapat anak. Nama anak kakak saya tu Aisyah.

"Aisyah ni pula dilahirkan sama tahun dengan saya. Kami sama-sama umur 23 tahun. Kembar dua orang tu anak Aisyah.


berulang kali baca nak bagi paham


Quote susukambingbest 4-5-2021 12:33 PM
Adrif replied at 3-5-2021 06:33 PM
berulang kali baca nak bagi paham

Mak dpt anak, sama tahun dgn anak sulung mak dapat anak jg. Mak dpt anak llaki. Anak sulung mak dpt anak prempuan nama Aisyah. Aisyah kawin dpt si kembar. Anak mak (llaki ni) belum kawin n tggl serumah dgn Aisyah. Hubungan mreka, Aisyah ialah anak saudara llaki ni. Kakak llaki ni (ibu kpd Aisyah/anak sulung mak) ialah nenek si kembar manakala llki ni atok saudara si kembar).

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top