Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tercungap-cungap Sampai Meninggal Dalam Kereta Tunggu Rawatan Covid-19

3-5-2021 09:29 AM Komen: 20
Seorang wanita yang dijangkiti Covid-19 meninggal dunia di dalam kereta di tempat letak kenderaan di sebuah hospital di Noida selepas menunggu kekosongan katil selama tiga jam.

Lapor Daily Mail, Jagriti Gupta, 36, terbaring lemah dan tercungap-cungap di dalam kereta ketika rakan-rakannya merayu kepada petugas perubatan supaya memberikan rawatan segera.


Wanita mati di dalam kereta selepas menunggu selama tiga jam untuk dimasukkan ke hospital akibat Covid-19.

Namun, petugas perubatan tidak dapat memberi layanan segera kepada wanita itu memandangkan situasi di hospital berkenaan turut kritikal dengan jumlah pesakit Covid-19 yang sesak.

Menurut seorang saksi, dia melihat bagaimana rakan Gupta merayu kepada petugas perubatan supaya melihat keadaan wanita tersebut yang sedang nazak.

Kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan, wanita itu menghembuskan nafas terakhir dan rakannya memaklumkan kepada kaunter.

Petugas perubatan keluar untuk memeriksanya dan mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia, jelas saksi tersebut.

Sehingga hari inni, India merekodkan sebanyak 19.2 juta kes dan 212,000 kematian akibat Covid-19.


Sumber: Utusan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 20
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Manjahati 4-5-2021 09:42 AM
Moga semua dipermudahkan urusan..sedihnya tgk smpi jadi gitu

Lain-lain Komen

Quote harisbee 3-5-2021 10:55 AM
manusia ni kena tunggu kena dkt org terdekat ataupun diri sendiri baru nak percaya.
Quote Suchi 3-5-2021 10:59 AM
harisbee replied at 3-5-2021 10:55 AM
manusia ni kena tunggu kena dkt org terdekat ataupun diri sendiri baru nak percaya.

Tadi baca berita kat sana gak baby 18 bulan terbiar disisi mayat ibu dia sbb tade sapa berani nak masuk umah tu, jiran2 pikir dia mati sbb covid.
Bila mayat dah busuk baru depa panggil polis bagai kot, so jumpa baby tu kelaparan tak makan sejak mak dia mati.
Polis blm dapat pasti mak dia mati sbb covid19 ke apa, bapaknya plak keje kat tempat lain.
Quote cik_sssara 3-5-2021 11:14 AM
Entahlah. Kesian memanglah kesian, lebih lagi bagi umat islam kat sana. Tapi dah diorang sendiri yang seakan bertindak kebal, berhimpun ramai-ramai sambut perayaan, pastu dengan pilihanraya lagi.
Berita Global Al-Hijrah malam tadi;


Quote Simunggu 3-5-2021 12:01 PM
tulah kumpul lagi ramai ramai di sungai gangas...
Quote reddots 3-5-2021 12:21 PM

ada tertengok 1 vc pasal covid india ni. scary n rasa kesian tgk bila mayat bergemlimpangan kat jalan...  tp  nak kata apa lagi, yg perlu kita paham, mentaliti org sana jauh ketinggalan la.

mereka tidak paham macamana covid bekerja.. pastu dari awal lagi semua degil kan?  larangan sambutan haritu pun x diendahkan... so nak kata apa lagi?

1.ada tunjuk sorang nurse tu injek pesakit x pakai PPE. tangan x sarung.. cukup pakai mask jer.. so ada body contact dgn pesakit. tangan cucuk jarum sentuh tangan yang di suntik.

2.family members yang berduka menunggu mayat2 yang dah terlantar.. diiorang siap peluk2 cium2 lagi., mereka pun x tau yg mereka tu dah kena covid.

3. yang usung mayat nak bawa g pembakaran pun sama.. usung x pakai PPE., cukup pakai kain sarung. mask pun x pakai..bersentuhan langsung dengan mayat. mereka semua nya dah terdedah covid, cuma belum nampak efek serangan dan hanya menunggu giliran mereka jer lagi nak diusung.
Quote reddots 3-5-2021 12:48 PM
seram seh


Quote AbukRokok 3-5-2021 03:46 PM
xkesian langsung

come on media... kluarkan gambar yang lebih dramatik  
you can do it
white helmets 2021

Quote Cik_jantung 3-5-2021 03:51 PM
harap jauhkan situasi begini di Malaysia
Quote seri_mawr 3-5-2021 03:59 PM
allahu...kesiannya la...

tapi tu la ...org ckp jgn berhimpun nak jugak berhimpun..
Quote hyunniesSS501 3-5-2021 04:20 PM
AbukRokok replied at 3-5-2021 03:46 PM
xkesian langsung

come on media... kluarkan gambar yang lebih dramatik  

Takpa la.. bagi can diorang rasa takut

nnt cakap tak simpati plak
skang ni malas nak gadoh.
peranan media ni besar.


Quote primarikey 3-5-2021 05:24 PM
reddots replied at 3-5-2021 12:21 PM
ada tertengok 1 vc pasal covid india ni. scary n rasa kesian tgk bila mayat bergemlimpangan kat ja ...

Betul weiii...aku tgk pn seram...rasanya hospital tu x mampu nk sediakn ppe utk staf...rakyat plak mgkn x mampu nk beli mask...atau dorg x tau mcm mane covid bjangkit..lg satu pembakaran mayat kt tmpt tbuka...bayangkn habuk mayat tu mcm mane..kesian tgk
Quote becir 3-5-2021 05:34 PM
India Tu besar..I wonder bandar/state lain aman2 je kot tak dramatic macam yng acik Bini high commissioner Tu cakap dlm whatsapp
Quote Belibis 3-5-2021 08:19 PM
Bertabah laaa..wuhan tahun lepas pun dipotretkan sangat huru hara oleh media..sekarang dah berjimba balik..life must go on..
Quote slyfynx 3-5-2021 08:29 PM
And kat Malaysia still ramai yang dok ckp case number ni just permainan politik.
Tergedik jgk nak rentas negeri.
Konon akan ikut SOP.
Ko hingat diorang2 ni baru lahir semalam ke.
Hujung tahun lepaskan semua rentas negeri tu pun adelah kesalahan yang beso.
Tp at least ade le jgk peluang semua nk jenguk mak ayah.
Quote darkness 3-5-2021 08:32 PM
Alahhh 2 kali 5 jah dimalaysia. Lebih baik yg tak percaya kobit tu umban dulu di india..nak tau jugak boleh bernapas tak hidong masing2
Quote darkness 3-5-2021 08:34 PM
reddots replied at 3-5-2021 12:48 PM
seram seh

Siannya org muda tu..dia ckp lebih baik jangan dtg sini katanya..sb semua dah positif dkt sana
Quote spankee_fili 3-5-2021 08:54 PM
reddots replied at 3-5-2021 12:48 PM
seram seh

Kesiannya... "Semua orang di sini positive covid"
Sebaknya
Harap antibody je kuat untuk lawan..
Ingat dulu orang suka cakap, bersyukurla oksigen Allah bagi free.. Kalau kena bayar, haru..
China tak nak tolong ke... Bagi la ventilator ngan vaksin, ada lagi yg boleh diselamatkan..
Quote honeybee1802 3-5-2021 11:43 PM
becir replied at 3-5-2021 05:34 PM
India Tu besar..I wonder bandar/state lain aman2 je kot tak dramatic macam yng acik Bini high commis ...

Delhi n mumbai tu padat..so dpt bayang la..kalo time bese spital kt sana pun penuh...
Quote ipes2 3-5-2021 11:49 PM
this is sad but really, there are many more heart-wrenching stories coming from India at the moment; its truly heart-breaking

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top