Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bilik Kecil Macam Kubur, Tapi Harganya Bikin Netizen Panas Hati

3-5-2021 09:21 AM Komen: 6
Sebuah bilik kecil yang disamakan dengan kubur kerana amat sempit mengundang kecaman netizen kerana harga sewanya mencecah £200 (RM1,132) sebulan, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Terletak di Greater Manchester, England bilik itu digambarkan sebagai ‘kediaman taman persendirian satu bilik’ yang dilengkapi kemudahan Internet tanpa wayar (WiFi) manakala sewa yang diminta termasuk kos semua bil.


Bahagian luar bilik itu kelihahatan seperti sebuah pondok di kebun. – Daily Mail

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, bahagian luar bilik itu kelihahatan seperti sebuah pondok di kebun manakala dalamannya yang menampakkan saiznya yang sempit.

Bilik itu tidak mempunyai pintu antara ruang tamu dengan bilik air, selain tandas terletak di atas katil sementara.

“Bilik moden persendirian yang baru dibina. Terdapat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan parkir di bahagian luar kediaman.

“Sebuah bilik yang lengkap dengan bilik mandi, sinki, tandas dengan air sejuk dan panas. Didatangkan dengan sofa baldu baharu berwarna kelabu.

“Pemanas elektrik, WiFi berkelajuan tinggi, televisyen pintar yang lengkap dengan YouTube, Netflix dan lain-lain,” tulis pemilik bilik itu pada ruangan maklumat mengenainya.



Kredit foto: Daily Mail

Gambar-gambar bilik itu turut dikongsi di Twitter dengan ramai pengguna yang meninggalkan komen tidak berpuas hati serta kecaman.

“Mangkuk tandas itu bernilai £50 (RM283), di mana anda perlu membuang sendiri sisa buangan,” tulis seorang pengguna.


Sumber: Kosmo!

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 6
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mejaputih 3-5-2021 01:14 PM
takde katil la ye..yg lawaknya kena buang sendiri taik  haha

Lain-lain Komen

Quote matchstick 3-5-2021 09:53 AM
Takde gmbr bhgn dlm ke.. mana lah tahu kot kt dlm tu deco cantik lengkap dgn perabot mewah ala2 hotel 5 star
Quote sehirkedi 3-5-2021 10:44 AM
Edited by sehirkedi at 3-5-2021 10:46 AM

Gambar dalam takda TT. Gigih iols google cari news ni.
_20210503_104322.JPG
_20210503_104208.JPG
_20210503_104247.JPG

Memang hauk. Tak padan dengan harga.
Quote ais_kosong 3-5-2021 10:47 AM
Rasa sesak nafas tengok bilik kecil ni..
Quote uori 3-5-2021 12:49 PM
kalau iols ok je, cuma rega tu tak padan
Quote BicaraHatiku 3-5-2021 12:53 PM
Nak letak beg pon x cukup.
Quote mejaputih 3-5-2021 01:14 PM
takde katil la ye..yg lawaknya kena buang sendiri taik  haha

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top