Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Neelofa, Suami, Ahli Keluarga Dikompaun RM60,000

27-4-2021 12:53 PM| Komen: 834

Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Seramai 20 ahli keluarga Neelofa turut dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM30,000 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Semua individu terbabit dikenakan kompaun hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000.

Foto: IG

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata Neelofa dikenakan kompaun yang tidak dibenarkan diskaun kerana melakukan dua kesalahan, manakala Haris atau dikenali PU Riz melakukan satu kesalahan.

Beliau berkata kesalahan pertama Neelofa selaku penganjur gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial.

Katanya, selebriti itu gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah mereka.

"Pasangan suami isteri itu juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri diberikan pegawai diberi kuasa mengikut subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan usahawan Neelofa dan PU Riz melanggar SOP PKPB, dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara disertakan dengan beberapa penambahan baharu.

Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan PU Riz, 26, yang juga pelakon dan pendakwah bebas di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pada 27 Mac lalu.

Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKPB ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mohamad Zainal berkata, tindakan kompaun itu mengikut Peraturan 19 Peraturan- Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

"Pada 26 April (semalam), kertas siasatan kes pelanggaran SOP PKPB majlis perkahwinan Neelofa dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara dengan keputusan mengenakan kompaun.

"Polis menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi PKPB. Kegagalan mematuhi perintah itu membolehkan tindakan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang masih berkuat kuasa," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 834
Komen

Previous : Pernah Lalui Fasa Gelap Zaman Remaja, Aaron Aziz Tak Sangka Mampu Ubah Nasib

Next       : Fazura Tanya Mana Lemang Sedap, Terus Trending Kalahkan Neelofa

Komen Terbaru

Quote kakiporet 30-4-2021 12:43 PM
Dodod replied at 29-4-2021 03:03 PM
rajinnya copy paste dr gugel.. hahaha

Sma mcm idolatnya jgk. Hahahhaa... Kaki google

Lain-lain Komen

Quote Burong_Hantuk 27-4-2021 12:10 PM
KUALA LUMPUR: Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tindakan mengenakan kompaun yang tidak dibenarkan diskaun terhadap Neelofa kerana melakukan dua kesalahan, manakala Haris atau dikenali PU Riz hanya satu kesalahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata kesalahan pertama Neelofa selaku penganjur gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah mereka berlangsung.

Katanya, pasangan suami isteri itu juga melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2) (d) Peraturan-Peraturan sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran diberikan polis.



Quote Burong_Hantuk 27-4-2021 12:12 PM
patut lah kak nab masak & jual nasik ikan macam nak gila,rupanya kena sediakan duet bayar kompaun!!
Quote sribayu 27-4-2021 12:12 PM
Sikit nya. X berbaloi compare dgn kesalahan penjual burger kena 50k
Quote chandrahusin 27-4-2021 12:12 PM
akhirnya, ada jgk conclusion
mmg bising betul netz psl kes 2 ni
Quote Piramida 27-4-2021 12:12 PM
Memang org kata dia ada duit... apalah sgt ribu2 tu banding jutaan duit dia... tapi... tapi.. Bagus, padan muka gatal menunjuk nunjuk and very ignorance.
Quote Burong_Hantuk 27-4-2021 12:14 PM
image.png

image.png
Quote Piramida 27-4-2021 12:14 PM
Si bungkus propa... negetivity yg luar biasa.
Quote LadyQaiSarra 27-4-2021 12:14 PM
cek In!!


naahhh akhirnyaa!!!
Quote prizadane 27-4-2021 12:15 PM
Apo 60k? Sepatutnya 600k. Diorang kaya kot, level kayangan
Quote kakakgarang 27-4-2021 12:15 PM
sribayu replied at 27-4-2021 12:12 PM
Sikit nya. X berbaloi compare dgn kesalahan penjual burger kena 50k

alahhh asal nk tutup mulut netixzen.. mcm bodoh je.. geram aku... kayangan bayar sikit je.. patut 1kepala 50k.. baru puas hati.. sundal
Quote lil_honey 27-4-2021 12:16 PM
agak2 dia saman tak rekatemor tu plak sebab susun tak ikut sop?
Quote ngek 27-4-2021 12:16 PM
jd terbukti lah jahlop penunggang Agama nie menipu yah..
Quote kakakgarang 27-4-2021 12:16 PM

total berapa ni? shitnyaaa. kena sikit je kompaunn
Quote kuchenta_81 27-4-2021 12:16 PM
Akhirnya berita yang ditunggu2 rakyat jelata.
Quote aemon 27-4-2021 12:17 PM
nasib baik nek burong hantu yg bukakkan thread.nak harapkan jeni dgn loli mmg idok le.
Quote ais_kosong 27-4-2021 12:18 PM
60k melibatkan ramai orang. jual burger 50k jer?
Quote kuchenta_81 27-4-2021 12:18 PM
lil_honey replied at 27-4-2021 12:16 PM
agak2 dia saman tak rekatemor tu plak sebab susun tak ikut sop?

Dah dia yang mengarahkan put chair here, here, here
Quote Burong_Hantuk 27-4-2021 12:18 PM
ramai netizen cakap jumlah denda x setimpal...abang burger kena denda rm50k...
Quote Burong_Hantuk 27-4-2021 12:19 PM
ini pasangan pengantin bacin memang banyak Suwe* ..orang cina cakap,talak ong punya!!!

Lihat semua komen(834)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top