Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Beza Umur 25 Tahun, Pendakwah Terkenal Nikahi Gadis 19 Tahun

26-4-2021 10:39 AM Komen: 187
Jakarta: Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) didakwa bakal berkahwin dengan seorang gadis berusia 19 tahun dalam masa terdekat ini.

Calon isterinya dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud, seorang lulusan sekolah pondok yang berasal dari Peterongan, Jombang di Jawa Timur, menurut Tribunnews.

Dilaporkan, pernikahan itu juga sudah mendapat kebenaran Ketua Bimbingan Masyarakat Islam Jombang.

"Ya, beliau (Ustaz Abdul Somad) sudah daftar di Pejabat Agama Peterongan sebelum puasa," kata Ilham Rohim, semalam yang disiarkan Kompas TV.


Foto: Harian Metro

Ditanya lebih lanjut mengenai majlis itu, Ilham bagaimanapun mengaku tidak mengetahui tarikh sebenar perkahwinan dan lokasi akad nikah yang bakal diadakan.

Sebelum ini tersebar gambar UAS dan perempuan berhijab di media sosial.

Calon isteri terbaharu pendakwah itu menjadi tumpuan ramai berikutan masih muda dan jurang usia antara mereka cecah 25 tahun, dengan UAS bakal genap 44 tahun pada Mei ini.

Hingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.

UAS pernah berkahwin dengan Mellya Juniarti pada 2008, namun bahtera perkahwinan itu kecundang pada tahun ke-11 dan pasangan berkenaan sah bercerai pada 3 Disember 2019.

Mereka dikurnia anak lelaki, Mizyan Hadziq Abdillah, selain UAS pernah juga dikhabarkan bernikah dengan selebriti media sosial yang berasal dari Korea, Ayana Jihye Moon. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 187
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Punat_button 4-5-2021 08:54 AM
awekjepun replied at 4-5-2021 08:45 AM
Wujud lg ke adam ni? Lama x perasan nickname ni.

tu sebab suruh tanya cili kot dia tau


Lain-lain Komen

Quote angelofish 25-4-2021 03:41 PM
tak nak ikut sunnah ke? kawen dengan janda tua
Quote stingerxmas 25-4-2021 03:43 PM
angelofish replied at 25-4-2021 03:41 PM
tak nak ikut sunnah ke? kawen dengan janda tua

janda tua hari ini kau ingat takda taste? cari belalai tua?

kahkahkahkahkah
Quote KIM.K 25-4-2021 03:47 PM
Besar dugaan ustaz ni..dah elok2 phd buat perangai jalanan
Quote Suchi 25-4-2021 03:49 PM
Emmm kat fb kemain ramai puak jantan membekap bila ada yg komplen.
Yg komplen pun org lelaki gak, betul laaa kata sapatah depa2 ni manusia biasa cam kita gak beza ada pendidikan agama je.
Quote Suchi 25-4-2021 03:50 PM
KIM.K replied at 25-4-2021 03:47 PM
Besar dugaan ustaz ni..dah elok2 phd buat perangai jalanan

Betul ke dia penah kawen ngan Ayana korea yg cantik tu? Aduh membazir nya
Quote wasssup27 25-4-2021 03:56 PM
Suchi replied at 25-4-2021 03:50 PM
Betul ke dia penah kawen ngan Ayana korea yg cantik tu? Aduh membazir nya

indo dengar boleh percaya jangan. dulu kpop idol pernah gak diorang buat gosip murahan siwon dengan agnes. HAHAHAHAHHA
Quote sambaldurian 25-4-2021 03:57 PM
mmg nmpak mungil dan cun walau bertudung hitam lebar. mmg pmpuan jenis cantik ni.
Quote shernazz 25-4-2021 04:00 PM
wasssup27 replied at 25-4-2021 03:56 PM
indo dengar boleh percaya jangan. dulu kpop idol pernah gak diorang buat gosip murahan siwon denga ...

Mujur dia tak kata siwon asal.indon jugak..
Keluarga dahulu merantau ke korea demi mencari rezeki
Hahahahahaha
Quote KIM.K 25-4-2021 04:09 PM
Suchi replied at 25-4-2021 03:50 PM
Betul ke dia penah kawen ngan Ayana korea yg cantik tu? Aduh membazir nya

Iols taktau gosip seberang tapi beliau mungkin mencari sexual gratification
Quote cupu 25-4-2021 04:09 PM
Serius ke pnh kawen ayana..aduh...somad ni br 44..pehal muka nmpak tua sgt.dh mcm 60s bg aku.
Quote CiliPadiSedap 25-4-2021 04:13 PM
Suchi replied at 25-4-2021 03:50 PM
Betul ke dia penah kawen ngan Ayana korea yg cantik tu? Aduh membazir nya

indon kalau sembang macam friska konon nikah jusa C walhal nikah kereta sapu teksi tuk tuk je.
Quote ~boolean 25-4-2021 04:21 PM
terhibur juga dengar ceramah dia.. tapi dia ni sesuai lagi masuk maharaja lawak berbanding jadi penceramah...
Quote krustykrab 25-4-2021 04:24 PM
Mcm jurang umo sitot dgn kedot
Quote stingerxmas 25-4-2021 04:29 PM
KIM.K replied at 25-4-2021 04:09 PM
Iols taktau gosip seberang tapi beliau mungkin mencari sexual gratification

Watever justification...perkara yg halal....

kau jgn jealos hokay.....

kahkahkahkah
Quote matjerk 25-4-2021 04:34 PM
Apa punca dia cerai dgn yg sebelum ni? Ada siapa boleh jelaskan? Atau ada link nya?
Quote dubuk 25-4-2021 04:35 PM
alhamdulillah ya akhi we enti
Quote notM 25-4-2021 04:35 PM
Terbaik...jangan jadi Pelakor macam Melayu Sumatera, seperti Friska
Quote sarah82 25-4-2021 04:36 PM
matjerk replied at 25-4-2021 04:34 PM
Apa punca dia cerai dgn yg sebelum ni? Ada siapa boleh jelaskan? Atau ada link nya?

Masa mula2 dulu.. Bekas isteri claim kata dia ada hbgn dia wanita dari malaysia.. Tak salah aku la.
Quote batmana 25-4-2021 04:40 PM
susah jadi org skrg ni ni

kawin salah, tk kwin buat skandal salah

buat baik salah, tk buat baik mengata

buat jahat salah, abis nk buat baik ngata

jadi, behentila jadi lalat

psl mata lalat cume pandang najis aja

Lihat semua komen(187)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top