Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tak Malu Dedah Kisah Silam Jadi Penghuni Henry Gurney Di TikTok

19-4-2021 06:27 AM Komen: 35
Kredit foto: TikTok

Bekas pelajar Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka tidak malu mendedahkan kisah silamnya di TikTok.

Muhammad Izzad Daniel Abdullah, 22, yang mesra disapa Izzad aktif berkongsi pengalamannya menjadi penghuni di sekolah tersebut dan mendapat pujian netizen kerana tidak malu mendedahkan kisah silamnya.



Anak kedua daripada empat beradik itu menjadi penghuni di Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun atas kesalahan jenayah pecah rumah yang dilakukannya ketika berusia 17 tahun.

Waktu kena tangkap dengan polis tu memang tak boleh terimalah. Rasa macam nak salahkan tuhan.

Ibu bapa pun sedih sebab malu dengan orang kampung. Walaupun selalu ditegur dan marah, mereka masih sayangkan saya sebagai anak dan mahukan yang terbaik untuk saya.

Lama-lama lepas saya dah duduk di sekolah tu barulah saya nampak apa yang tuhan nak tunjuk, katanya kepada mStar.



Apa yang membuatkannya berani untuk tampil dan berkongsi kisah silam adalah kerana mahu menyedarkan orang ramai bahawa bekas pesalah juvana sepertinya juga mampu berubah menjadi lebih baik.

Pada awal saya masuk dulu baru ada 700 penghuni. Tapi ada ketika bilangannya pernah mencecah hingga 2,000 penghuni. Sampai ada yang kena tidur di depan tandas dan tempat lalu lalang.

"Netizen pun ramai yang ingin tahu bagaimana kehidupan saya sewaktu menjadi pelajar di sekolah itu. Jadi saya gunakan platform ini untuk kongsikan pengalaman dan dalam masa yang sama bagi kesedaran kepada mereka, ujarnya.



Walaupun ramai yang melabelkan sekolah tersebut sebagai insititusi pendidikan khas untuk remaja nakal, namun ramai yang menjadi manusia berguna apabila dibebaskan.

Contoh terbaik adalah Izzad kerana dia kini pelajar semester tiga Diploma Pengurusan Penerbangan di Kolej Antarabangsa Cybernatics, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Pemuda ini juga turut menyertai Projek Reben Kuning bagi menyedarkan masyarakat mengenai perlunya memberi peluang kedua kepada bekas banduan dan bekas pelajar sekolah juvana.


Kredit foto: TikTok


Jika kegagalan yang kita cari, itulah yang kita akan jumpa pada masa hadapan. Tapi jika kejayaan yang kita cari, kita perlu terus berusaha.

Setiap manusia perlu berubah dan wajib diberikan peluang kedua untuk berubah supaya budak-budak yang nakal ni dapat mengubah diri menjadi lebih baik, katanya yang berasal dari Maran, Pahang.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 35
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kakakpositifker 19-4-2021 01:05 PM
Semoga istiqamah. kesian. sedih. tak tahu nak cakap apa

Lain-lain Komen

Quote dua_chzy 10-2-2021 09:33 PM
Glad you bounced back kiddo. Keep it up!
Quote Suchi 10-2-2021 09:50 PM
Dia pandai jugak dapat 5A SPM, moga terus berjaya yang penting pengakhiran kita.
Umur pun muda lagi dik, dan kamu pun ada anak kan.
Quote dudaberhias 10-2-2021 10:00 PM
Dont worry dik, masa depan panjang lagi... Sentiasa positif... Semua orang boleh berubah lagi2 aliff aziz... Kita kena bagi banyak peluang dekat dia....

Kecuali shuk & tauke jambu.. yang ni paham2 je lah ye, dah la curang, dasar jejan tak guna.
Quote tumpanglalu74 10-2-2021 10:03 PM
Berlambak budak situ yang pake socmed macam takde ape.  Boleh buad fan club sekor2.  Budak betine gile nakkan bad boys.  Hah, ambik la.
Quote zehra2 10-2-2021 10:17 PM
pernah ada latihan sukan kat henry gurney melaka. nk gi toilet, kna lalu dkt dgn dapur..
budak2 masak kot.. tp kaki ada rantai..
tanya warden situ, ada yg salah bunuh mak bpk tp bwh umur, pun masuk situ.
yg berpagar ke bhgn darat je..
yg hala laut lepas tkde pagar.. kot nk lari, berenang laa ke selat melaka
Quote pearl.silver 10-2-2021 10:22 PM
Sedih bc
Bdk pandai sebenar ya kn
Tp salah pilih kwn dr mula
Nasib baik ada kesedaran untuk start semula..
Quote umbut 10-2-2021 10:24 PM
dudaberhias replied at 10-2-2021 10:00 PM
Dont worry dik, masa depan panjang lagi... Sentiasa positif... Semua orang boleh berubah lagi2 aliff ...

Yg hencem dimaafkan.. yg muka cam tenuk nooooo... tiada maaf bagimu..
Quote Belibis 10-2-2021 10:46 PM
umbut replied at 10-2-2021 10:24 PM
Yg hencem dimaafkan.. yg muka cam tenuk nooooo... tiada maaf bagimu..

Lumrah dunia..artis lawa seksi dipuji,kalau itam seksi,berasap kena maki.
Quote Tunan 10-2-2021 11:58 PM
Ada yg membunuh  tak senaggaja sbb nak selamatkan adik sendiri.. kesian..
Quote depresio 11-2-2021 12:49 AM
Keep it up dik good
Quote lurve82 11-2-2021 08:48 AM
dudaberhias replied at 10-2-2021 10:00 PM
Dont worry dik, masa depan panjang lagi... Sentiasa positif... Semua orang boleh berubah lagi2 aliff ...

sempat juga sis duda mencerca....


anyway can do juga budak ni...muda lagi dik...byk peluang dan ruang lagi utk perbaiki diri...
Quote Tinot7 11-2-2021 09:08 AM
Kipidap

Tapi camne umo kecik2 dah dpt bekal?

" Saya mula terjebak dengan kegiatan tidak sihat ketika berumur 12 tahun bermula dengan mengambil pil kuda, syabu dan kemudiannya morfin.
Quote ifanonline 11-2-2021 09:11 AM
walaupun setiap manusia ada melakukan kesilapan....tetapi kesilapan tersebut harus di hukum sebagai pengajaran kpd tuan badan...

yg penting, perlu bertaubat nasuha selepas melakukan kesilapan...
Quote c===8 11-2-2021 09:14 AM
Tinot7 replied at 11-2-2021 09:08 AM
Kipidap

Tapi camne umo kecik2 dah dpt bekal?

bekalan sentiasa ada, sediakan duit je
Quote nipskacang 11-2-2021 09:18 AM
Fuh what a story.. Muda tp mcm2 cabaran dh dilalui. Harap heols berjaya dunia & akhirat dekk.
Quote Tinot7 11-2-2021 09:21 AM
c===8 replied at 11-2-2021 09:14 AM
bekalan sentiasa ada, sediakan duit je

Dolu2 iols dgr drp bekas penagih dadah, dia beli dgn rega rm5 satu joint. Tapi ni rate 1990s la.

Budak ni dpt 1 dekad yg lalu pada umo 12 tahun. Mudah sgt dpt bekalan. Org yg membekalkan pula taktau la kena apa2 ke tak. Merosakkan negara je. Masyarakat tak patut pandang enteng perkara sebegini.
Quote asma87 11-2-2021 09:24 AM
Kadang budak2 henry gurney ni , dari family broken, parents jenis kacau bilau..tu yg anak2 jadi haru biru
Quote Artemesiaa 11-2-2021 10:16 AM
Masaalahnya dalam masyarakat sendiri berapa ramai je yang nak ambik iktibar dari pengalamannya tu.  Semua hanya pandai bercakap bila dirinya sendiri dah disana.
Quote me12345 11-2-2021 10:43 AM
Well done bro....semoga byk kejayaan dlm hidup lepas ni...

Lihat semua komen(35)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top