Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Maaf Jika Saya Menyinggung Perasaan Umat Islam, Agong" - Majikan Pukul Pekerja

18-4-2021 06:16 AM Komen: 88
Majikan yang didakwa menyerang dua pengawal peribadinya kerana berpuasa tampil membuat permohonan maaf.

"Sekiranya apa yang saya katakan kepada pengawal saya telah menyinggung perasaan sesiapa sahaja, saya rasa saya harus meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini, Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal saya.

"Saya tidak bermaksud menghina sesiapa dengan apa yang saya katakan," katanya yang digari dua anggota polis dalam bahasa Mandarin di luar ibu pejabat polis Dang Wangi pada Sabtu sebelum dibawa dengan kereta polis.



Pada Rabu, polis menerima laporan mengenai lelaki itu yang difahamkan kesal kerana dua pengawalnya berpuasa pada bulan Ramadan.

Pengadu, pengawal berusia 26 tahun memberitahu polis bahawa kejadian itu berlaku di sebuah kondominium di Jalan Pinang.

Dia mendakwa bahawa dia dan rakannya ditampar setelah memberitahu suspek bahawa mereka berpuasa ketika disoal.

Tambah pengadu, mereka kemudian mengikuti suspek ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, di mana mereka dipukul dengan tongkat.

Suspek juga dikaitkan dengan aktiviti perjudian haram dan pinjaman ah long.

Malah, ketika membuat serbuan di Bukit Tinggi pada Rabu, polis merampas jongkong emas dan wang tunai berjumlah RM28.54 juta dalam bentuk wang asing, telefon bimbit, tongkat, sepucuk pistol dan lima peluru.

Polis Dang Wangi dijangka menyelesaikan siasatan pada Isnin dan kemudian akan merujuk kertas siasatan (IP) kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP). 


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 88
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mizzmimi 24-4-2021 07:27 AM
Vote for wayang. Mengaku tak bersalah di mahkamah.

Lain-lain Komen

Quote sarah82 18-4-2021 01:44 AM
100 kg emas.. Fuhhhhhhhhhh.. Boleh golek2 atas emas
Quote clarizsa 18-4-2021 01:50 AM
I nk komen psl bnda lain sbb
Tadi jalan2 kat ig cheminah tu
Kecoh ada komen2 pasal vaksin n ada yg kondem keluarga diraja
I ingatkan dah jadi hot topic kat forum
Mmm xde pun
Ok tu je
Quote asamfish 18-4-2021 01:54 AM
sarah82 replied at 18-4-2021 01:44 AM
100 kg emas.. Fuhhhhhhhhhh.. Boleh golek2 atas emas

Perghhhhh.....dgn current price skarang ni dlm lebih kurang rm235 segram.......


Quote sarah82 18-4-2021 01:56 AM
asamfish replied at 18-4-2021 01:54 AM
Perghhhhh.....dgn current price skarang ni dlm lebih kurang rm235 segram.......

2 hari lepas.. Beli Public gold.. 999..RM251..dah turun erk?
Quote asamfish 18-4-2021 01:59 AM
sarah82 replied at 18-4-2021 01:56 AM
2 hari lepas.. Beli Public gold.. 999..RM251..dah turun erk?

Saya tgk kat goldprice.org

Quote sarah82 18-4-2021 02:03 AM
asamfish replied at 18-4-2021 01:59 AM
Saya tgk kat goldprice.org

Oh.. makin turun.. Harap bulan depan turun lagi.. Boleh beli lebih.. Heheehehe.
Quote apalancut 18-4-2021 02:20 AM
mana bideo.. kenapa mohon maaf dlm mandarin?
Quote monsterwife 18-4-2021 03:22 AM
apalancut replied at 18-4-2021 02:20 AM
mana bideo.. kenapa mohon maaf dlm mandarin?

Cina asal mainland ke ni?
Kan beribu yg masuk Malaysia tiba2 hilang x keluar2
Quote tumpanglalu74 18-4-2021 03:38 AM

https://youtu.be/vua37LXmMUo
Quote jalfa 18-4-2021 03:51 AM
Kenapa nak mintak maap...lu langsi kan..polis suruh ke?
Quote pyropura 18-4-2021 04:20 AM
monsterwife replied at 18-4-2021 03:22 AM
Cina asal mainland ke ni?
Kan beribu yg masuk Malaysia tiba2 hilang x keluar2

Biasa gengster ni Cina Mca lah, sebab tu boleh operate lama & boleh dapat Dato Sri pulak. Boleh pegang ex IGP lagi. Mca pulak geng Umno kan.
Quote pyropura 18-4-2021 04:22 AM
jalfa replied at 18-4-2021 03:51 AM
Kenapa nak mintak maap...lu langsi kan..polis suruh ke?

Gomen mulayu isele suruh kot. Mungkin taknak rakyat marah. Kan geng depa jugak tuww, sebab tu boleh beroperasi sekian lama.
Quote terma2nkondisi2 18-4-2021 04:26 AM
kebiasaannya, aliran prosesnya adalah begini

buat salah > mintak maaf > maaf diterima > takde tindakan susulan/dibiarkan begitu sahaja

kan?

Quote caprut 18-4-2021 05:41 AM
pyropura replied at 18-4-2021 04:20 AM
Biasa gengster ni Cina Mca lah, sebab tu boleh operate lama & boleh dapat Dato Sri pulak. Boleh pe ...


@Sarah82 ckp DAP. Haha,
Quote pu3_rania 18-4-2021 05:43 AM
Tak cukup sekadar maaf tapi tindakan proses undang2 kena tetap di teruskan
Quote LadyCarefree 18-4-2021 05:49 AM
pyropura replied at 18-4-2021 03:20 AM
Biasa gengster ni Cina Mca lah, sebab tu boleh operate lama & boleh dapat Dato Sri pulak. Boleh pe ...

Yg salah dan dikutuk tetap DAP
Quote imransulaiman 18-4-2021 06:23 AM
sarah82: 2 hari lepas.. Beli Public gold.. 999..RM251..dah turun erk?

Ni emas 916 ke? Baru je check harga 916 RM255.. Kalau RM235 tu kira murah.. Tapi ada kedai jual RM275!

Aku cadang nak try kumpul emas...mana tau naik melambung harga.. (beli coins tah apa nama..)
Quote Lentera 18-4-2021 06:29 AM
Emas & duit tu boleh tak bagi kt pm? Boleh gak cover duit negara yg dah nak abis tu. Banyak pahala apek ni nanti sebab infaq harta ke negara terchentaaa
Quote angelofish 18-4-2021 06:32 AM
yang kena pukul tu memang original melayu ke cina mualaf?

Lihat semua komen(88)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top