Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Beruang Madu 'Pecah Masuk' Dapur, Minum Minyak Masak

18-4-2021 05:17 AM Komen: 20
Penghuni sebuah rumah terkejut selepas dapur mereka dimasuki beruang madu yang kemudian meminum minyak masak.

Video kejadian berdurasi 39 saat itu tular di laman sosial Indonesia dikongsi akaun Instagram @infosumbar.



Portal Kompas melaporkan, kejadian dikatakan berlaku di Desa Lubuk Selasih, kelmarin.

Dalam video berkenaan, beruang madu itu menyelongkar dapur sebelum menemui bekas berisi minyak masak.

Haiwan itu kemudian dilihat terus meminum minyak masak berkenaan.

"Kepada penduduk setempat dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak memburu haiwan ini," tulis akaun @infosumbar.



Ketua Bahagian Pemuliharaan Sumber Alam Solok Afrilius mengesahkan kejadian berkenaan.

"Saya sahkan kejadian itu berlaku dan kami sudah menerima laporan daripada pemilik rumah berkenaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini sudah pergi ke lokasi berkenaan bagi mengesan beruang berkenaan.

Katanya, beruang madu memiliki daya bau yang kuat.


Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 20
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Afifi82 18-4-2021 11:09 PM
Alalalala. Sian dia...

Lain-lain Komen

Quote Carcosa 18-4-2021 05:20 AM
Siannye diaaaa... Takpe ke minum myk masak tu   {:childlike
Quote pu3_rania 18-4-2021 05:55 AM
Alahai kesiannya kelaparan
Pernah menyuapkan susu dan mengusap badan beruang madu yang jinak di Deerland, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Walaupun bulu badan keras macam berus sabut tapi muka sangatlah comel
Teringin nak repeat bercuti ke sana lagi
Quote ultra78 18-4-2021 05:57 AM
Beruang: Kenapa madu ni tak manis?

Quote NazRysha 18-4-2021 08:54 AM
kesiannya minum minyak masak
Quote user.name 18-4-2021 09:17 AM
beruang pon nak awet muda macam teresa gituhhh
Quote user.name 18-4-2021 09:17 AM
Quote user.name 18-4-2021 09:21 AM
Quote Supersirap 18-4-2021 09:22 AM
Adakah beruang madu ini sejenis haiwan yang ganas?
Quote misc 18-4-2021 09:32 AM
Siannya beruang tu. Agaknya dahaga sgt tu dia ingat minyak tu air. Nasib baik minyak masak bukan minyak diesel ke petrol ke.
Quote mbhcsf 18-4-2021 09:39 AM
wow, kena pi check kolesterol ni papa bear...
Quote sarah82 18-4-2021 10:13 AM
Tak cirit birit ka?
Quote AbukRokok 18-4-2021 01:42 PM
jangan gelojoh mr teddy
berhemah hemah sesudu sawit setiap hari
Quote supernaturalee 18-4-2021 01:55 PM
Kolestrol tgi tu
Pekat mcm madu tp tu minyakk

Sakit jantung tgh2 hutan aku tak taww


Quote jas7512 18-4-2021 02:54 PM
Allahu..kesiannya dia..mudah2an ada makanan dan minuman utk dia pasni....beruang ganas tak..klu x ganas rasa mcm nak bela je 2 ekor
Quote alinone78 18-4-2021 02:56 PM
Dia ingat minyak tu madu ke
Quote Decaffeinated 18-4-2021 03:16 PM
current issue nya apa?

Quote Jitu 18-4-2021 06:34 PM
Decaffeinated replied at 18-4-2021 03:16 PM
current issue nya apa?

"Kepada penduduk setempat dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak memburu haiwan ini," tulis akaun @infosumbar.

Quote ikanmasin 18-4-2021 08:30 PM
mst tgh lapar tu msk kawasan manusia kan..
Quote notM 18-4-2021 08:52 PM
Patut selongkar  Cari madu la....mungkin teringin nak makan buah sawit kot.

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top