Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Satu Lagi Iklan Judi Raya Tular, Mencabar Nampak!

17-4-2021 02:30 PM Komen: 50
Seolah-olah mencabar, muncul pula sebuah lagi klip video iklan lagu raya mempromosikan judi!

Muzik video itu merupakan klip video sama, tetapi disyaki melibatkan syarikat pertaruhan dan pelakon lain.


Tangkap layar video kedua iklan Hari Raya yang mempromosikan judi atas talian.

Berdasarkan klip video yang menggunakan tagline Hari Raya Berkaya dan berdurasi 18 saat itu, ternyata pihak pengeluar mahu mempromosikan laman web berunsurkan judi dengan menjadikan tema sambutan hari raya sebagai fokus utama.

Jika klip video sebelum ini memaparkan jalan cerita seorang pemuda tiada duit untuk pulang beraya, video kedua ini pula lebih kurang sama cuma apabila melibatkan pasangan suami isteri yang tiada duit ditambah pula motosikal mereka dicuri.

Rata-rata netizen mengutuk keras penghasilan video klip tersebut menghina agama dan mempromosikan judi yang diharamkan oleh Islam. 


Sumber: K! ONLINE.


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 50
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote bulan_gerhana 21-4-2021 01:50 PM
uk aloh.... iols pernah tertengok iklan dengan nombor2 ni ari tu... so sudden dia pop up.. lah.. iklan judi ke pon... haih.. bahye betoi... pandai derang grab chance buat iklan cara gini secara terang terangan.. sejak2 online advertisement business ni makin rancak kannn... sbb dia ckp cina.. iols apo la ingatkan.. iols skip je la... iols ingat dia promot apooo.. bukan calang2 model dia ambik.. ade pelakon hong kong pun adooo

Lain-lain Komen

Quote user.name 17-4-2021 01:07 PM
Quote user.name 17-4-2021 01:11 PM
Makin melampau! Tular satu lagi iklan raya promosi judi

Video IBC003 Hari Raya Berkaya dikecam netizen terbuka hina Islam                        

Athirah Huda Zalhe



BANGI, 5 Ramadan 1442H, Sabtu C Tatkala rakyat masih marah dengan iklan Aidilfitri versi mempromosi judi oleh Gbet333 baru-baru ini, tular pula video sama dipercayai membabitkan operator perjudian lain.

Terkini, video bertemakan Hari Raya Aidilfitri berdurasi lebih tiga minit dikeluarkan oleh IBC003, bagi mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka untuk meraih wang berganda.

Sama seperti iklan yang disiarkan Gbet333, video bertajuk IBC003 Hari Raya Berkaya itu juga menggunakan khidmat pelakon beragama Islam yang lengkap berbaju kurung dan Melayu, dengan berlatarbelakangkan suasana beraya di kampung.

Bersama kita raikan bila ada kemenangan IBC003, hari raya bahagia, demikian antara bait-bait lirik yang terdapat dalam video berkenaan.

Video terbaharu itu nyata menambah lagi kemarahan pengguna media sosial yang menyifatkan operator perjudian di Malaysia semakin melampau kerana terbuka menghina Islam.

Sama idea, konsep dengan yang Gbet333. Mesti krew produksi sama, dakwa Adam Azrul.

Jangan share, target dia memang nak orang share benda-benda ni. Seorang share boleh beribu orang tengok, kalau beribu share dah dapatlah target mereka. Kalau boleh block, tegas Zain Azraii Abd Manaf.

Harap pihak berwajib ambil tindakan dengan segera, saran Wardina Safiyah.

Sebelum ini, tular klip video berjudul GDBet333 Hari Raya yang tampil mengajak orang ramai menggunakan servis judi untuk meraih wang berganda.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilaporkan telah meminta penyedia platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube agar menurunkan iklan yang mengajak umat Islam di negara ini berjudi bagi mendapatkan duit balik kampung sempena Aidilfitri.
Quote KIM.K 17-4-2021 01:14 PM

Geng iban mana lah ni belakon melayu. Lagu ni catchy..habislah budak2 sekolah buat lagu raya..
Quote user.name 17-4-2021 01:16 PM
Acryl Sani arah pegawai kesan video judi raya terbaharu
Dikemaskini pada 17, Apr 2021



17 APRIL : Polis Diraja Malaysia (PDRM), sudah mengarahkan pegawainya untuk mengesan sekiranya wujud klip video lain mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian, berkonsepkan iklan hari raya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya sudah mengambil maklum mengenai kemunculan iklan seumpama itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kami sudah maklum mengenainya (kemunculan klip video) dan sedang mengesan mereka yang terbabit.

Saya mengarahkan pegawai untuk mengesan jika ada lagi klip video lain yang serupa, katanya kepada PNBBC Portal, hari ini.


Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

Beliau diminta mengulas klip video berjodol IBC003 Hari Raya Berkaya yang menonjolkan iklan perjudian melalui hiburan sama seperti klip video GDBet333 yang tular semalam.

Acryl Sani berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kemunculan klip video terbabit adalah trend terbaharu digunakan sindiket bagi mempromosikan kegiatan perjudian dalam talian.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana individu yang terlibat dalam apa juga video berkaitan promosi judi Hari Raya; sama ada video itu sudah disebar atau tidak, segera menyerah diri.

Sementara itu, belum pun reda isu penularan iklan hari raya mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian membabitkan pelakon beragama Islam, semalam, satu lagi klip video mengetengahkan konsep sama muncul di media sosial, hari ini.

Kemunculan iklan dalam bentuk klip video berdurasi tiga minit 19 saat itu, bertajuk IBC 003 Hari Raya Berkaya memaparkan watak lelaki yang berada di kawasan lain dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal untuk meraikan hari raya.

Dalam iklan terbabit, dia pada awalnya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada wanita dipercayai isterinya bertanyakan bila dia akan pulang ke rumah kerana hari raya hampir tiba dan mereka perlu melakukan persiapan meraikannya.

Namun, dalam perjalanan, motosikal dinaikinya rosak dan ketika dia singgah di sebuah bengkel untuk membaikinya, kenderaan itu dilarikan dua lelaki, menyebabkan dia terpaksa berjalan kaki ke rumah dan duduk berehat di tangga sebuah jambatan, secara tiba-tiba, menerima SMS di telefon bimbitnya yang menawarkan aktiviti perjudian dalam talian dengan habuan wang lumayan.

Berdasarkan klip video itu, iklan terbabit dipercayai dikeluarkan sebuah syarikat judi dalam talian berkenaan mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatannya untuk meraih wang berganda.

Antara bait lirik yang dipaparkan bersama lagu menerusi iklan terbabit adalah oh diri sedang mencuba di IBC003, aku pun mahu juga IBC003, manalah tahu berjaya, hari raya kita kaya, bersama kita raikan, bila ada kemenangan IBC003, hari raya bahagia

Lebih memalukan, klip video itu dilakonkan individu beragama Islam lengkap berbaju Melayu dan Kurung.

Klip video itu diakhiri dengan kegembiraan suami tadi kerana boleh tiba di rumah selepas menggunakan wang dimenangi menerusi aktiviti perjudian disertainya itu sambil membelikan hadiah dan pakaian baharu untuk isterinya.

Lelaki terbabit kemudian menceritakan kepada isterinya mengenai tawaran aktiviti perjudian dalam talian disertainya itu sambil kedua-duanya ketawa riang.

Hasil carian di laman berkenaan hari ini mendapati iklan asal terbabit dipercayai sudah dipadamkan kerana melanggar garis panduan komuniti YouTube, namun terdapat bebeberapa individu memuat naik semula klip video berkenaan di laman sosial berkenaan menyebabkannya sehingga kini masih boleh ditonton.

Namun, tidak dapat dipastikan klip video terbaru itu dihasilkan, disiarkan dan dipromosikan syarikat sama seperti iklan tular semalam. COleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
Quote white_musk 17-4-2021 01:17 PM
Terdesak nak duit katanya....
Quote Cik_jantung 17-4-2021 01:18 PM
Kann betul.. baru je aku komen td
Quote Punat_button 17-4-2021 01:19 PM
ha ha ha...

Quote bakingsoda 17-4-2021 01:23 PM
pandai dorang pilih lagu sedap2 buat iklan benda haram
Quote dudaberhias 17-4-2021 01:25 PM
pulak dah omg... entah2 memang tiap2 tahun deorang buat iklan ni cuma tak viral je... time ni je viral... ujung2 pelakon yang kena... syarikat judi tu beroperasi seperti biasa dan ada la bayar sikit2 pelindungan... agittew
Quote dudaberhias 17-4-2021 01:26 PM
satu je iols nak tanya... apesal lagu2 syarikat judi raya ni lagi sedap dari penyanyi2 baru buat?
katanya bayaran ciput, tapi lagu catchy kemain...
Quote nuhanis 17-4-2021 01:40 PM
Haah la..lagu raya dorang apsal sedap?
Suara penyanyi laki pun kemain merdu. Hahaha.
Quote sukacactus 17-4-2021 02:48 PM
Merata2 nak berkaya ni
Quote Normabaru 17-4-2021 02:50 PM
user.name:   JJTlnPAq3_I

Knp post sini... Xperlu post dik. Mkayakan pihak musuh islam
Quote epal21 17-4-2021 02:56 PM
Iols rasa yg nyanyi ni mesti penyanyi kelab/pub. Itu yg sedap suaranya.
Quote izwan_izi 17-4-2021 03:26 PM
user.name replied at 17-4-2021 01:16 PM
Acryl Sani arah pegawai kesan video judi raya terbaharu
Dikemaskini pada 17, Apr 2021


Timbalan KPN...

hello...pergi la trace syarikat judi tu...stakat nk trace produksi dgn pelakon buat ape...

Kan dh terang2 nama judi online tuu...Kata PDRM ada unit IT ape semuaaa...
Quote dubuk 17-4-2021 03:36 PM
kosong kosong tiga kosong kosong tiga kosong kosong tiga kosong kosong tigaaaaaaa
Quote MissYouSayang 17-4-2021 03:43 PM
Bwh PNtek ni judi pun dah jadi patuh shariah ke.
Quote tripleid 17-4-2021 03:43 PM
Meriah sungguh..la ni siap ada iklan judi  raya bagai..maklumla cabutan judi dah naik dari 8x zaman Dap ke 22x zaman kjaan isle pas.takbirrr!!

Quote arreysha 17-4-2021 04:15 PM
Dua video yg hr tu & yg terharu ni, kalau perasan semuanya miming mulut. Cuma part last sekali je ada sebutan kot. Kedua video guna suara latar org lain & bukan suara pelakon. Mungkin betullah pengakuan pelakon tu. Dia & pelakon lain tertipu. Kesian, berat cabaran Ramadhan tahun ni utk diaorg yg terlibat.

Lihat semua komen(50)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top