Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kahwin 4 Kali, Cerai 3 Kali Sebab Nak Cuti Panjang

16-4-2021 01:34 PM Komen: 12
Taipei: Seorang lelaki sanggup berkahwin empat kali dan bercerai tiga kali dalam masa 37 hari semata-mata mendapatkan cuti panjang.

Ini kerana undang-undang di Taiwan membenarkan seseorang yang bernikah mendapat cuti lapan hari.

Oddity Central melaporkan seorang kerani di negara itu berkahwin pada 6 April tahun lalu.

Pada hari terakhir cutinya, dia menceraikan isterinya dan berkahwin semula keesokan harinya untuk mendapat kemudahan cuti sama.

Gambar Hiasan

Dia mengahwini wanita sama empat kali dan menceraikannya tiga kali dalam masa 37 hari.

Dengan itu dia mendapat cuti berbayar 32 hari.

Bagaimanapun, ia tidaklah semudah dirancang kerana majikannya tahu apa yang cuba dilakukan lelaki itu dan tidak meluluskan cuti.

Kerani itu membuat aduan pada Biro Tenaga Kerja Bandar Taipei, mendakwa bank tempat dia bekerja tidak mematuhi undang-undang buruh.

Dia memberi alasan layak mendapat cuti 32 hari selepas berkahwin empat kali.

Biro Tenaga Kerja melakukan penyelidikan terhadap aduan itu dan memutuskan bank itu melanggar Undang-Undang Buruh.

Majikan terbabit didenda 20,000 dolar Taiwan (kira-kira RM2,890) Oktober tahun lalu, namun mengemukakan rayuan kerana mendakwa ia penyalahgunaan cuti perkahwinan oleh pekerjanya.

Pada 10 April lalu, Biro Tenaga Kerja Beishi memutuskan walaupun perbuatan pegawai bank berkenaan tidak beretika, tetapi lelaki itu tidak melanggar undang-undang.

Sebaliknya, bank berkenaan melanggar Artikel 2 peraturan cuti buruh.

Kes itu menjadi tular di media sosial apabila ia mencetuskan perdebatan hangat terutama mereka yang tidak percaya dengan keputusan itu.

Selain itu, ada yang menyifatkannya bakal membuka ruang kepada sesiapa saja melakukan tindakan sama.-CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
1
2
Komen: 12
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Tinot7 9-6-2021 06:21 AM
Pasni dia slamat ka?

Lain-lain Komen

Quote MoonRise 16-4-2021 01:52 PM
memang mejikan la kena sbb langgar akta, walaupon pekerja tak beretika.


Quote prettyuglybabe 16-4-2021 01:53 PM
buat la syarat cuti kawin boleh guna sekali je sepanjang kerja..
kau nak kawin banyak kali, sila guna annual leave..
Quote dee4ellese 16-4-2021 01:58 PM
prettyuglybabe replied at 16-4-2021 01:53 PM
buat la syarat cuti kawin boleh guna sekali je sepanjang kerja..
kau nak kawin banyak kali, sila gu ...

Ni mesti sebab cuti kawin tu dah termaktub dalam akta buruh diaorang... Bukan under company..
Quote ellejo 16-4-2021 02:24 PM
cepatnya proses cerai dia.
Quote ikankering82 16-4-2021 10:31 PM
ni guna otak kat tempat lain.
Quote anony-mous 16-4-2021 11:58 PM
Bijak pekerja dia sbb jumpa loophole dkt malaysia ni depends pd company nk bg berapa. Ada hamjad bg sehari je - tarikh hari kahwin
Quote kakakpositifker 17-4-2021 08:49 AM
Pun bolehhhh. Hahaha
Quote user.name 18-4-2021 06:28 AM
kahwin cerai wanita sama berulang kali? yang pejabat daftar kahwin tu kemahen laju jah buat proses ceraikan kahwinkan ceraikan kahwinkan balik?
Quote imransulaiman 18-4-2021 07:41 AM
Kalau aku majikan, aku biar je... Luluskan je cuti kerani tu. Nanti bila dia masuk kerja balik, bagi kerja berat dan sentiasa cari kesilapan dia. Lepas tu boleh pecat notis serta merta
Quote mijot 18-4-2021 07:49 AM
bijak mengunakan peluang walaupun tak beretika..
Quote Orkidcina 8-6-2021 11:59 PM
Ada jgk org mcm ni hmmmm
Quote Tinot7 9-6-2021 06:21 AM
Pasni dia slamat ka?

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top