Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Biadab! Video Lagu Raya Ajak Berjudi Hina Umat Islam

16-4-2021 07:57 AM Komen: 87
Kemunculan  sebuah iklan mempromosikan aktiviti perjudian dengan menggunakan lagu hari raya Aidilfitri sebagai muzik latar, mengundang kecaman netizen gara-gara menyinggung sensitiviti umat Islam.

Iklan yang dikeluarkan sebuah syarikat judi berjudul GDBet333 Hari Raya berdurasi dua minit itu turut dikecam kerana menggunakan pelakon dipercayai beragama Islam.


Kredit foto: YouTube

Iklan tersebut mengajak orang ramai meraih wang berganda dengan menggunakan perkhidmatan syarikat mereka bagi mencari dana untuk berhari raya.

Difahamkan, video iklan tersebut dimuat naik hampir seminggu lalu di YouTube.

Namun, hasil carian di laman berkenaan mendapati iklan tersebut sudah dipadamkan kerana melanggar garis panduan komuniti YouTube.

Bagaimanapun di laman Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan tindakan selamba syarikat berkenaan yang langsung tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam.

"Sukar nak percaya macam mana syarikat buat iklan raya. Atau memang ramai Muslim yang main (judi)?

"Korang tak kaya main benda ni, yang kaya cuma tauke perangai macam ni. Korang terduduk termenung gaduh dengan suami isteri duit tak cukup sebab kalah judi.

"Pelakon yang ambil job pun satu hal," demikian antara komen netizen.


Video: YouTube Firdausjalil

Apakah pihak berkuasa tidak peka dengan iklan seumpama ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini ketika umat Islam menjalani ibadah puasa, sekali gus promosi itu menghina agama Islam.

Sesungguhnya hal-hal berkaitan keagamaan adalah aspek yang begitu sensitif dan perlu mendapat perhatian semua pihak bagi tidak menyinggung mana-mana pihak.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
5
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 87
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Punat_button 19-4-2021 02:21 PM
agak tak faham kenapa dikatakan hina Islam?

Lain-lain Komen

Quote songhara1226 16-4-2021 08:12 AM
Pihak berkuasa sekarang ni, kalau bnda tu viral ataupon reporter tulis bru lah diorang terhegeh2 nak ambil tindakan, tindakan pon hanyalah mengambil keterangan dan kes akan dilupakan begitu sahaja
Quote salmon-suki 16-4-2021 08:13 AM
Baru taw ke ramai je melayu muslim main judi.. islam sebab lahir kt negara "islam" n sbb Islam agama rasmi sini tp perangai lg kafir drpd kafir{:smile{:nose
Quote makneng 16-4-2021 08:15 AM
Tapi lagu dia meriah dan catchy...
Mak tgk kat pesbuk si senduk.. Hahahahaha
Quote makneng 16-4-2021 08:16 AM
salmon-suki: Baru taw ke ramai je melayu muslim main judi.. islam sebab lahir kt negara "islam" n sbb Islam agama rasmi sini tp perangai lg kafir drpd kafir{:s ...



Truth hurts dekkkk hahaha
Quote ctaz 16-4-2021 08:32 AM
cam biasa...
cuma perlu minta maaf aje...
nanti rakyat malaysia pasti lupo....
Quote nazzse 16-4-2021 09:01 AM
Sapa pelakon2 tu. Famous ke?
Quote chandrahusin 16-4-2021 09:05 AM
nmpak perkataan cuci tu
selalu je ada kat fb Rani Kulop
psl cuci2 tu
main judi la tu kan
selamba je selama ni
msg2 bgtau diorg cuci2 tu
Quote MoonRise 16-4-2021 09:08 AM
aduhh, makin berani plak iklankan benda macam ni.
Tak reti bahasa betul.
Quote LadyCarefree 16-4-2021 09:19 AM
nazzse: Sapa pelakon2 tu. Famous ke?



Tu la. Instabodoh ke?
Quote bored_atticus 16-4-2021 09:23 AM
Melambak iklan judi ni.. promote business pakai model wanita berhijab. Kalau ada main game handphone.. mesti perasan..
Quote axl_bach 16-4-2021 09:25 AM
chandrahusin replied at 16-4-2021 09:05 AM
nmpak perkataan cuci tu
selalu je ada kat fb Rani Kulop
psl cuci2 tu

Tgk kat wasap group member2 aku pun byk dok sembang lawak masuk 10 cuci 200.....aku haram x faham lawak tu
Quote chandrahusin 16-4-2021 09:26 AM
axl_bach replied at 16-4-2021 09:25 AM
Tgk kat wasap group member2 aku pun byk dok sembang lawak masuk 10 cuci 200.....aku haram x faham  ...

Kannn
Harap ada sapa2 yg berpengetahuan boleh terangkan apa hal cuci2 nih
Quote husna_amal 16-4-2021 09:38 AM
lagu dia best..haha
Quote mamichik 16-4-2021 10:02 AM
ini memang sgt2 kurang ajar
Quote melinda_kerr 16-4-2021 10:03 AM
Sama kes dgn company jual tudung guna pondan sebagai model...
Quote Simunggu 16-4-2021 10:03 AM
iklan tak boleh ni...gam...
Quote vender14 16-4-2021 10:08 AM
Syrkt judi tu legal ke? Dorg tarik player melayu sbb ramai org melayu yg main. Truth hurts{:childlike
Quote copy_paste 16-4-2021 10:09 AM
elehh,ape msalah, tetap jugak org main judi....
Quote Buritan 16-4-2021 10:25 AM
songhara1226: Pihak berkuasa sekarang ni, kalau bnda tu viral ataupon reporter tulis bru lah diorang terhegeh2 nak ambil tindakan, tindakan pon hanyalah mengambil k ...



Koh koh bongok punye iklannn.. tp mmg ramai melayu islam main joodii..

Lihat semua komen(87)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top